Showing posts with label reviewbuku. Show all posts
Showing posts with label reviewbuku. Show all posts

Sunday, 29 November 2015

BOOK REVIEW : MEREKA [bukufixi]

MEREKA - ARIFF ADLY


Hello dan Assalamualaikum.

Ok aku baru habiskan baca buku ni dan terus decide nak buat review. Well, sebelum ni aku gila-gila punya suka dengan novel sebelum ni tajuk KACAU dan bila sorang member aku baru nak berjinak-jinak nak baca buku fixi, aku suruh dia baca kacau dulu. Dan aku looking forward nak baca novel kedua 'mereka' ni.

Honestly, agak lama lah aku habiskan buku ni. Genap 7 hari seminggu. Mungkin sebab aku tak berapa cepat nak serap cerita yang macam 'mereka' ni. Cerita yang kau masuk dalam dunia lain dan datang segala jenis makhluk yang tiba-tiba menghuru-harakan hidup kau. Aku susah nak absorb, sebab tu aku ambil banyak masa untuk baca. Dan aku rasa plot ada sedikit messy.

Cerita dia mengusahkan 8 orang sekawan yang buat reunion dan bila dorang tidur, kat situ lah benda-benda tu terjadi. Bila diorang berlapan masuk kedalam dunia lain dan mengalami kejadian-kejadian pelik dan bahaya. Terlalu thriller untuk aku jelaskan.

Cerita ni ada kaitan dengan black magic dan kepercayaan yang terlalu kepada Satan. Dalam cerita ni lah kau akan jumpa erti persahabatan yang sebenar. Macamana kau nak decide untuk selamatkan diri kau dan kawan-kawan yang lain yang dah nak mati. Macamana kau nak elakkan supaya kau tak jadi selfish dan macamana tali persahabatan tu putus dalam sekelip mata disebabkan sikap selfish kau yang nak libatkan kawan-kawan dalam kerja bangang yang kau dah 'plan' kononnya.

Jangan risau, Ini cuma review dan pendapat aku je. Cuma aku memang kena baca slowly dan faham satu-persatu jalan cerita dia dan aku lagi prefer 'kacau'. Untuk korang yang belum dapatkan 'mereka', boleh lah dapatkan.

Cik Siah bagi 3/5 bintang!

Saturday, 21 November 2015

BOOK REVIEW : KELABU [bukufixi]

KELABU - NADIA KHAN
Heloo..
Korang pernah dengar tak tajuk ni? Kalau korang peminat tegar BUKU FIXI, buku yang mesti korang baca ialah kelabu. Sedangkan aku pun, buku fixi pertama yang aku beli adalah buku ni. Dah lama sebenarnya. Lama sangat. Tapi, buku ni sampai sekarang masih dalam senarai best seller walaupun dah berbelas cetakan. Kau bayangkan.

Bagi aku, buku ni wajib dan mesti dibaca. Aku dah ulang baca sebanyak 4 kali. Dan mula-mula aku baca, aku cuma ambil masa kurang dari 48jam untuk habiskan. Dan jangan terkejut kalau aku kata dalam banyak-banyak buku fixi, ini yang paling tebal. Dah macam kamus. So, mungkin review ni untuk yang baru berjinak-jinak dengan buku fixi ni.

Cerita ni sebenarnya akan bermain dengan perasaan dan emosi korang. Ye, betul. Dengan ke'macho'an si Amir, kegilaan Shah, dan Jun si gadis manis. Bila sampai pertengahan cerita, disitu lah emosi korang akan jadi tak berapa nak stabil. Silap-silap boleh keluar carut. Tapi tenang, banyak lagi yang korang akan tahu kebenarannya satu persatu muka surat ni. Walaupun cerita ni memang sangat-sangat 'kelabu', tapi ada lawaknya yang buat korang rasa sikit pun tak bosan baca buku setebal ni. Trust me! 

Untuk yang tak baca lagi. Nak bagi tahu kalau korang tak baca lagi kelabu, please lah baca ye. Korang tak akan menyesal. Tak akan. Oh ya, kalau korang dah jumpa buku ni takpayah baca sinopsisnya, terus je beli. haha. ( untuk buku ni je, buku lain korang nak baca, baca lah ), Tak payah tanya kenapa, korang akan faham bila baca buku ni. Okay setakat ni je. Selamat membaca.

Cik Maimon bagi full star 5/5 !

Wednesday, 18 November 2015

BOOK REVIEW : LAKNAT [bukufixi]

LAKNAT - FAHMI MUSTAFFA

LAKNAT ni buku pertama yang rasmi label 'Untuk pembaca matang'. Dan bila aku start ja baca, aku dah faham kenapa label tu diletakkan. Laknat ni merupakan buku yang aku baca lepas ja habis baca BADUT . Sebenarnya ada beberapa buah buku lagi yang aku boleh baca, tapi aku cari buku ni untuk dihadam dulu. Nasib dah ada jual. Lama juga lah masa aku ambil untuk habiskan buku ni. Dalam 3 minggu macamtu lah.

By the way, melalui buku ni aku dah mula faham dan belajar, bila satu je peristiwa hitam yang kita panggil penderaan mental dan fizikal, si mangsa akan melalui banyak fasa-fasa yang secara pelan-pelan akan menjadikan diri dia bukan diri dia yang sebenar. Maka wujudlah karakter yang lain dalam diri dia. Split personality yang wujud dalam cerita ni buat kepala otak aku pening. Karakter Molly & Anita juga sesuatu yang aku tak sangka. Siapa Molly dan Anita? Korang kena baca sendiri. Aku sangat terganggu dengan cerita-cerita Molly, aku tak dapat tangkap siapa sebenarnya dia. Tapi aku dapat jawapan diakhir muka surat novel ni.

Dalam cerita ni juga wujud golongan-golongan atheist yang terus mempertahankan pendirian dorang tentang ketidakwujudan Tuhan sampai lah menemui ajal. Dalam keadaan yang paling siksa dan jijik. Dari segi gaya bahasa yang digunakan oleh penulis tu aku suka. Mungkin tak semua suka dengan jalan cerita yang sebegini, tapi sebenarnya dunia sekarang memang begini. Wujud si Alim Ulama yang serupa anjing, wujud juga si bijak pandai yang riak seolah dia tahu semua benda dan menidakkan kewujudan yang Diatas. 

Till then, Cauu.

Cik Bedah bagi 4/5 bintang!

Tuesday, 17 November 2015

BOOK REVIEW : BADUT [bukufixi]

BADUT - MARISA, DWI, RIZKI


Badut ni sebenarnya ceritanya aku baca masa tengah-tengah nak final exam haritu. Masa orang sibuk study week, aku sibuk baca novel lah, layan k-drama lah. ( Jangan ikut macam aku, nanti punah harapan ) haha. Tapi, aku start baca masa study week, tapi lepas habis jawab last payyyper, baru lah aku sambung baca balik. Nasib baik jugak lah aku insaf kan masa final exam tu, aku letak jauh-jauh buku ni muahah.

Okay, sebenarnya buku ni ada versi indonesia dan badut ni adalah versi bahasa melayu nya. Buku ni nipis je, cerita pasal si badut yang ceria dan selalu buat orang happy tapi kehidupannya yang sebenar tak lah gembira pun. Akhirnya dia dibunuh, dan lepas tu banyak lah benda-benda pelik jadi. Korang nak tahu siapa yang bunuh? kenapa dia dibunuh? Apa yang jadi lepas dia kena bunuh tu? Haa.. korang baca lah sendiri. Alaaa, bukannya tebal pun buku dia, silap-silap sehari korang dah khatam dah.

Bagi aku cerita dia smooth, cuma ada sikit yang agak membosankan. Seram tak berapa seram juga lah. Tapi ada part-part dia yang buat aku curious juga. Apa sebenarnya yang 'dia' nak sebenarnya. haha. Okay, itu je untuk review kali ni. Cauuu.

Cik Adele bagi 3/5 bintang!

Monday, 16 November 2015

BOOK REVIEW : LARI [bukufixi]

LARI - MIM JAMIL

Sebenarnya buku ni aku dah baca beberapa bulan yang lalu. Tapi tak sempat lagi buat review. Seingat aku, aku habiskan buku ni dalam 2 atau tiga hari macam tu lah. Apa yang aku boleh cakap, penceritaaan buku ni simple, bahasa yang digunakan tu bahasa mudah dan santai. Yelah, budak-budak 14 tahun punya cara cakap kan.

Mengisahkan Rahman budak 14tahun yang lari dari rumah sebab dah malas nak tinggal kat rumah dengan bapa tiri yang gila kentang punya jahat dan mak dia yang asyik dok diam je dengan apa yang pak tiri dia dah buat. So, dalam perjalanan dia nak cari pakcik dia tu, banyak benda yang dia lalui. Kelakar cerita ni, kalau si Rahman ni depan mata aku, aku tampar-tampar muka dia. haha. Tapi endingnya, tak semudah yang korang jangka, atau korang tak akan dapat jangka. Sedangkan aku pun ternganga pfft. 

Okay setakat tu ja yang aku boleh bagi tahu. Nak bagitahu panjang-panjang kang tak saspen pula. Pergi beli sekarang! 
Kalau korang nak beli online, atau nak tengok tajuk buku yang lain boleh KLIK SINI ye. Oh any Sabahan yang nak cari buku fixi kat mana ada jual, cari dekat TIMES k? Sebab Sabah belum ada MPH dan seribu kali korang keluar masuk POPULAR, memang tak akan ada jual kat situ ( except for fixi novo ) sebab aku pernah nampak haritu. 

Okay cauu!

Cik Maimun bagi 4.3/5 bintang! 

Saturday, 14 November 2015

BOOK REVIEW : ORANG NGOMONG ANJING GONGGONG [dubookpress]


ORANG NGOMONG ANJING GONGGONG - MUTALIB UTHMAN

Rasanya dah lama aku tak buat review buku. Sejak dah masuk sem Jun lalu sampailah Oktober, memang aku tak ada masa nak membaca novel-novel semua ni. Tapi beli tu tetap beli la, baca je tak ada masa. So, makin bertambah lah koleksi dan stok buku aku sekarang haha.

Okay kali ni aku nak buat review pasal buku ni. ( tengok gambar atas, jangan pemalas ). Buku ni sebenarnya hasil perahan otak boss besar kepada Dubook Press, Abiang Mut. Buku ni bukan lah novel pun. Cuma catatan sindir menyindir dan dalam masa yang sama akan ajak korang berfikir betul tidak apa yang dia dok tulis. Dan sememangnya betul. Hahaha. Alahh, siapa yang makan cili dia lah rasa pedas kan?

Overall, aku habiskan buku ni dalam masa 20minit campur dengan ketawa, korek hidung, kentut, semua lah. Bacaan yang santai dan kelakar. tapi korang akan dapat jugak manfaat ( kalau korang jenis tak bodoh dan rajin berfikir ). Sebab dia kata, 'orang bodoh dilarang baca'. Hahaha. Tak ada pun unsur-unsur menghina atau menghasut ke apa benda, otak tu jgn nak sempit sangat ye.

Kalau korang rasa-rasa nak usha buku-buku yang Dubook Press jual boleh KLIK SINI ye. Atau datang terus kedai diorang dekat Bangi.

Itu je buat masa ni. Cik Bibah bagi 4/5 bintang!

Friday, 22 May 2015

BOOK REVIEW : ANTITHESIS [dubookpress]


ANTITHESIS - BENZ ALI


Antithesis.. buku yang aku rasa ada macam-macam rasa. Ada manis-pahit-masam-kelat-tawar. Semua ada. Aku baca buku ni awal tahun 2015 kalau aku tak silap. Jujurnya, aku tak kenal pun siapa dia Benz Ali. Lepas aku baca buku beliau, baru aku jejak dia kat facebook. Dan aku jumpa. Okay berbalik kepada buku ni. Sudah ditulis kat atas cover buku kalau kau jenis manusia yang cepat tersinggung atau dalam erti kata moden nya kau tak open minded, jangan beli buku ni. JANGAN.

Aku bukan aktivis atau apa. Tapi mungkin dah tertulis aku jenis manusia yang tak kisah apa pun yang aku baca-dengar-lihat, jadi aku tak payah pujuk kepala otak aku supaya terima apa yang penulis cuba sampaikan. Buku ni sangat berani. Lantang. Macam aku cakap tadi, kalau kau jenis yang bukan open minded, kau akan cakap buku ni biadap. Isu yang cuba penulis sampaikan pun ada yang menurut aku betul, ada juga yang buat aku kurang bersetuju. Masing-masing ada pemikiran dan pandangan masing-masing so kau tak boleh lah menidakkan apa yang kau rasa dan menidakkan apa yang si penulis cuba ketengahkan. Semua yang disampaikan memang betul, cuma dari segi pendapat tu tak semua orang sama. Isi-isi dalam buku ni boleh dikatakan 360 darjah melawan arus. Bila aku baca setengah muka surat buku ni, aku berkerut dahi sekejap, dia ni semua benda tak setuju ke? Dia nak apa sebenarnya? Sebut je, politik, agama, isu semasa, ustaz alim ulama, kalimah Allah, semua ada. Aku taktahu tapi isu kalimah Allah ni antara tulisan/pandangan penulis yang aku setuju hampir 100%

Sebenarnya aku suka baca buku macamni. Walaupun tak semua isinya kau setuju, tapi at least, kau akan dapat sesuatu. Kau tahu dan belajar terima dan kenal pandangan orang. Kau akan latih juga diri kau untuk berfikir. Sesuatu yang kau tak akan dapat kat mana-mana selain membaca. Tak kira siapa yang menulis, atau apa yang ditulis. At least, dia berani menulis, berani suarakan pendapat melalui penulisan. Tabik. 

Buka lah minda, berfikirlah. 

Cik Senah bagi 3/5 bintang!

Thursday, 21 May 2015

BOOK REVIEW : KACAU [bukufixi]

KACAU - ARIFF ADLY

Buku setebal 327 muka surat ni aku baca beberapa bulan lalu. Aku dah tak ingat. Tapi cerita nya aku tak boleh lupa. Seingat aku, aku habiskan buku ni dalam 3 hari kalau tak silap. Genre buku ni thriller/seram penulisnya Ariff Adly.

Mengisahkan 8 orang kawan dok gatal takde kerja mengada nak main spirit kat bangunan lama shopping complex. Lepas dari sana, bermula sesuatu yang engkorang tak sangka. Mungkin korang boleh kata 'eleh cerita macamni boring dah'. Haha. Cuba engkorang baca dulu then cakap. Aku nasihatkan jangan skip baca, sehelai muka surat korang skip, korang dah tak boleh faham dah cerita. Seram? Aku mengaku lah memang seram. Makin lama makin seram, dalam seram ada juga kelakarnya dan bahasa yang digunakan pun bahasa yang buat orang tak boring. Young and fresh gittew!

Ending? Minta maaf ler, ini bukan cerita seram biasa dan ending yang tengah berlegar dalam kepala otak engkorang tak sama dengan ending buku ni. Haha.

Cik Latipah bagi 4/5 bintang!

Wednesday, 20 May 2015

BOOK REVIEW : KOPI LEJEN [lejenpress]

ANTOLOGI CERPEN - KOPI LEJEN

Aku penggemar tegar kopi. Dari aku tingkatan sampai sekarang. Bagi aku aroma kopi tu dah cukup buat aku terbang diawang-awangan haha. Dapat kau bayangkan baca buku sambil minum kopi panas hitam-pekat-likat time hujan. Woahhh aku lah paling bahagia kat muka bumi Tuhan ni. Sebenarnya buku ni aku baca masa tengah final exam. Maaf ler, nafsu membaca aku akan datang tak kenal masa.

Beralih ke review buku, kali ni aku kongsi pasal kopi lejen. Dalam buku ni ada 15 cerpen dari penulis yang berlainan-jalan cerita yang berlainan-watak yang berbeza tapi semuanya ada sangkut paut dengan kopi. Pendapat peribadi aku, cerpen kegemaran aku dalam kopi lejen ialah cerpen pertama 'wanita si pengutip kopi'. Aku tersentuh bila cerita yang penulis cuba sampaikan, apa pun yang terjadi, jangan pernah menyesal atau malu dengan hidup. Jangan pernah malu kalau kita miskin, jangan pernah malu kalau mak kita cuma bekerja sebagai pengutip kopi. Dan aku suka endingnya. Apa-apapun buku ni sangat berbaloi untuk engkorang beli.

Cik Peah bagi 3.5/5 bintang!

Monday, 18 May 2015

BOOK REVIEW : CATATAN MATLUTHFI [putehpress]

CATATAN MATLUTHFI
Catatan Matluthfi ni sebenarnya aku dah baca masa sebelum final exam haritu lagi. Cuma, masa tu aku belum buat pun blog ni dan memang tak ada masa nak berblog bagai. So, kalau engkorang semua kenal matluthfi, mesti tahu macamana dia ketengahkan satu isu tu dengan slumber, guna vlog je beb. Aku tak tipu kalau tengok video dia, kau akan rasa macam-macam. Lawak ada, sedih pun ada, dan motivasi kau pun mungkin akan naik juga. yelah, sebab video dia graduate buat aku semangat nak habiskan study lulz. So cerita pasal buku ni, dalam ni banyak catatan dia yang buat kau selak sehelai demi sehelai muka surat nak tahu apa benda lah dia dok tulis kat catatan dia ni. Paling penting, setiap catatan yang dia tulis tu ada 'isi' yang buat kau berfikir sejenak-seketika-berjam-berhari-berbulan ( terpulang pada kau lah ).

Untuk engkorang yang tak tahu lagi siapa dia ni? atau macam pernah dengaq nama tapi lupa lah pulak. atau nak cuba tengok video dia ke atau blog dia. Mehh lah aku bagi link. Nama pun informasi dihujung jari kan. Ini BLOG dan ini akaun YOUTUBE. Mungkin dengan kau layan video dia, kau akan faham apa yang dia cuba sampaikan. Jangan risau lah, video atau blog dia tak menyesatkan atau ada unsur-unsur hasutan pun. Dan aku jamin tak membosankan. Eh, zaman-zaman video membosankan-serius sepanjang masa ni dah nak habis lah so jangan ah risau.

Cik Tipah bagi 4.5/5 bintang!

Wednesday, 29 April 2015

BOOK REVIEW : MANI - WANITA KEBAYA KUNING [lejenpress]


MANI : WANITA KEBAYA KUNING - SYAFIE MAHYUNI

Kisah si Marcus merupakan seorang penulis datang ke tempat pelancongan yang cantik dan tenang bersama isteri. Emily. Buku ni aku ambil masa tiga hari untuk habiskan. Campur tolak darab bahagi dengan waktu aku tidur-makan-minum-berak-shishi. Mulanya kau akan rasa berbunga dengan kemesraan Marcus dan Emily tapi lama kelamaan kau akan rasa janggal-gerun-takut semua ada. Dalam cerita ni je kau akan jumpa cendol harga RM 1.50 hahaha. pertengahan muka surat, aku dah rasa takut dan tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi. Dimana tubuh Emily dan apa kena mengena Marcus dengan semua ini. Jujur aku cakap, aku awal sikit tahu kenapa semua ni boleh jadi kat Marcus & Emily dan blablabla. Entah mungkin masa aku tengah membaca, kotak fikiran aku tengah ligat berfungsi kot. Dan bila aku dah mula melompat kegirangan sebab dah sampai kat penghujung cerita-aku terfaktab sekejap. Aku nak minta kat saudara Syafie Mahyuni, cepatlah siapkan sambungannya. Hahaha.

 Cik Kiah bagi 3.5/5 !

 Buku ni buku kedua yang buat aku takut nak ke tandas malam-malam buta selepas karya bertajuk Asrama karya Mohd.Fatrim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...