Showing posts with label suppliment. Show all posts
Showing posts with label suppliment. Show all posts

Thursday, 19 November 2015

BEAUTY REVIEW : 21st CENTURY CHEWABLE VITAMIN C-1000mg


Heloo.. Kali ni nak buat review pasal suppliment yang aku makan. Mesti ramai dah familiar dengan brand 21st Century kan? Banyak suppliment yang dorang jual untuk pastikan kesihatan kita terjaga dari hujung rambut ke hujung kaki. Boleh cekidaut website kat link aku bagi kat atas ye. 

Seumur hidup, aku cuma ambil satu suppliment je ( setakat ni lah ), iaitu vitamin C. Ini kira 1st time aku ambil vitamin C. Sengaja ambil yang chewable sebab rasa lebih selamat dan berkesan. Sebab dapat rasa dia betul-betul cair kat dalam mulut. Haha. Untuk vitamin ni, dalam nya ada 60tablet, so dapat bertahan kira-kira dalam tempoh 2 bulan. Makan sebiji sehari ye, biasanya aku akan makan selepas makan malam. Ikut kelapangan korang ye. Tapi korang jangan risau, walaupun chewable, rasa dia sedap sangat. Kesannya korang boleh nampak dekat kulit, sama ada nampak lebih berseri dan cerah, dan juga melembabkan kulit. 
Bagi aku, vitamin ni berkesan untuk kulit. Sebab ini adalah botol kedua, aku boleh nampak kulit makin sekata berbanding dulu. Kalau ada luka atau jerawat, akan cepat baik dan kesan-kesan jerawat yang hitam-hitam tu makin hilang. Akan nampak perubahan kalau ambil konsisten. Dari segi kesihatan pula, kalau selsema pun akan cepat baik. Sebab aku jenis sensitif dan alah pada habuk. Dulu selalu gatal-gatal dekat hidung dan hidung berair. Tapi sekarang dah kurang gatal-gatal dan selsema akan depat baik.

Korang boleh dapatkan vitamin C ni kat Guardian dan Watson dengan harga RM29.90 ye. Tiap kali korang nak beli produk suppliment atau produk-produk lain, kena make sure original. So, kalau nak selamat, Guardian dan Watson lah jawapannya. 


Kepentingan Vitamin C 
1. KULIT DAN KULIT MUKA - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi.Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

2. ANTIOKSIDAN - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.

3. TINDAKAN KARDIOVASKULAR - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah



Kebaikan Vitamin C
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
-Anti penuaan dan anti kedut
-Mengatasi masalah resdung dan alahan
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar 
adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress


Lagi satu tips, kalu korang nak beli suppliment ke apa-apa product sekalipun, kena make sure yang ada batch code dekat bawah botol dan pelekat blink-blik ( Maaf ye aku lupa nak snap sticker blink-blink tu ). Untuk suppliment 21st century ni, sticker nya ada kat bahagian belakang botol tu. Jangan lupa juga periksa tarikh luput. 

Selamat Mencuba!

Cik Tipah bagi 4/5 bintang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...