Showing posts with label blackhead whitehead. Show all posts
Showing posts with label blackhead whitehead. Show all posts

Thursday, 7 January 2016

BEAUTY REVIEW : CARA BETUL MENGGUNAKAN VIETNAM MASK ( BLACKHEAD/WHITEHEAD REMOVER ) PART 2.



Hello dan Assalamualaikum..

Actually, i dah buat review pasal vietnam mask secara kasar before this. Boleh check SINI ye untuk part 1. Untuk vietnam mask review part 1, so far page view paling tinggi antara my entries. Yeayyyy! *Thank You* So, untuk part 2 i akan tunjuk macamana cara effective nak gunakan vietnam mask ni. Check it out! 



Basically korang perlu sediakan bahan-bahan diatas. Don't worry, barang-barang basic yang ada kat rumah awak je. Tak payah beli, tak payah cari jauh-jauh.
  1. Vietnam Mask
  2. Toner
  3. Towel Muka
  4. Cotton Bud
  5. Air Suam
SEBELUM MULA : Apply Toner di area yang korang nak tampal vietnam mask. Contohnya, Kalau hidung, apply toner di bahagian hidung je. Tujuan : Untuk merangsang tindakbalas agar lebih cepat. Faham tak ayat tu? Haha. I belajar benda-benda basic macamni from some of my korean friends, sebelum diorang letak apa-apa kat muka mcm mask sheet atau wash-off mask, apply toner dulu. Idk but it's really works. So yeah, kat vietnam mask ni pun i dah terbiasa untuk buat macamtu. But kalau korang taknak letak toner dulu pun, tak apa. Hehe.

First step, ambil hujung towel dan celup ke dalam air suam tadi. Kemudian lap(maaflah bahasa kadang-kadang tak berapa nak betul). So, lap kan kat muka atau mana-mana bahagian yang korang nak tampal. Kalau hidung je, fokus kat hidung je. Buat lah beberapa kali sampai rasa puas hati. Pastikan air tu kalau masih dalam kategori 'panas' Jangan lah panas sangat, nanti melecur. Tujuan : Untuk membuka liang pori-pori (pores) tu supaya blackhead/whitehead tu senang ditarik dan bila tarik nanti, tak lah tertinggal kat sana tak mahu keluar dari liang pori-pori tu.


Seterusnya, ambil cotton bud buat macam dalam gambar tu lepastu sapukan lah tempat yang korang nak buang blackhead tu. I selalu buat kat hidung saja sebab yang teruk kat hidung tu. Kalau korang nak letak kat pipi atau dagu pun boleh. Ulang je step ni.


Bila dah siap lumurkan mask tu, tampal lah dengan kertas yang disediakan tu. Korang akan rasa sejuk-sejuk pedas-pedas kan. Don't worry, biasa je tu. Kemudian, tunggu sampai kering dalam masa 15-30 minutes. Sementara tu korang boleh la buat apa-apa, makan ke, karaoke ke.


Bila time korang nak buka tu yang kena tahan sikit. Agak sakit nak tarik sebab tu korang kena tarik pelan-pelan. Rasanya dalam part 1 ada bagitahu bila korang tarik kertas tu, tarik dari bawah ke atas. Supaya blackhead korang berjaya ditarik dan tak ada yang tertinggal. Wahh, berjaya! Haha. Dalam 30 minutes biarkan, sempat makan lagi, bila tarik ini lah hasilnya.

TADAAA~
 
 
TIPS 1 : Gunakan vietnam mask ni paling kerap pun 3 kali sebulan. JANGAN LEBIH. Sebab kalau awak gunakan banyak kali, kononnya nak prevent dari blackhead tu tumbuh, tu salah. Makin kerap awak pakai, makin besar liang pori-pori dan makin besar dan banyak juga blackhead. Biarkan sekali tarik, dapat tarik banyak daripada nanti, kulit awak akan mengelupas dan break out sebab mask ni kuat.

TIPS 2 : Lepas pakai dan tarik tu, rub kat tempat-tempat yang ditampal tadi menggunakan ais batu. Kalau takde ais batu, air sejuk pun boleh. Tujuan : untuk menutup liang pori yang awak buka tadi & untuk menutup liang pori yang terbuka luas sebab blackhead awak dah tarik tadi. Keyword dia senang je, bila nak buka liang pori guna air suam. Dan kalau nak tutup balik guna air sejuk atau ais batu.

Okay. That's it for today. Leave your comment below yea. Selamat Mencuba!

Monday, 4 January 2016

BEAUTY REVIEW : NEUTROGENA DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING DAILY SCRUB

Hai dan Assalamualaikum..

 It's been a while huh? Sorry my dear readers sebab lama tak update blog because i got something to settle kat kampung. My aunt married and my other job. Guhh.. I don't even get enough time to take care of my skin and body. Kau ghase?. Plus sebulan kat kampung memang tak ada line langsung. Maka, mood nak update blog pun tak ada. So, let's proceed on our review :)

Oh by the way. HAPPY NEW YEAR !


Hari ni nak buat review pasal Neutrogena daily scrub. Actually beli 2weeks ago (kalau tak silap) kat watsons. Well, actually i got my favourite scrub for treatment which is St Ives Apricot Scrub. And this one beli haritu sebab scrub tertinggal kat kampung. I try to find my st Ives apricot scrub but the salesgirl said dah habis. So, yeah mundar mandir dalam watsons tu and decided to try this Neutogena scrub. Before this memang pernah nampak orang post pasal scrub ni but macam biasa lah ada positive dan negative. Sebab masa tu pun terdesak nak beli scrub sebab dah 4 hari bertungkus lumus prepare untuk majlis kahwin makcik dengan berkemas, masak, apa semua sampai muka pun naik minyak. Seriously tak tipu. Dan bila sampai masa nak balik, i just bring my cleanser dan scrub & mask tertinggal kat bilik air. :(

BACK TO OUR FOCUS. So far, this thing did a good job. The smell is soooooo niceeeee! Sebab dia tulis kat sana 'daily scrub' im still not sure whether its okay to use it everyday or not but i did (so far). Tapi dalam kuantiti yang sedikit. Pakai every night after cleanser. No joke, lepas pakai tu my skin feel so smooth. Beli hari tu got free sheet mask. Yeay!


 Sebab aku ada masalah pores & blackhead, i think this scrub suitable for me. Dia akan buang semua blackhead ke apa head yang ada kat muka. Dalam erti kata lain, membersih secara mendalam. i can feel it!

Ini sangat penting untuk anyone yang ada oily skin type macam aku. Atau sebelum beli product sincare, Please please please choose your skincare wisely. Periksa ingredients dulu baru beli. Contohnya, kalau kulit muka korang jenis berminyak/oily, make sure your skincare tu 'oil-free'. Sebab kita nak bersihkan muka, yang oily tu, nak get rid all the oil yang menyumbat kat kulit kan? Kalau kita pakai lagi yang ada oil, itu bukan membersih namanya, itu nak menambahkan lagi minyak. Amacam?


Kalau korang nampak, ada tulis the active ingredients yang terkandung dalam scrub ni ialah Salicylic Acid : 0.5% . SA ni sebenarnya bagus untuk merawat kulit bermasalah/berjerawat dan juga untuk yang jenis muka oily. Untuk oily skin, SA ni berfungsi untuk membersih pores korang secara mendalam. Sebab bersihkan muka dengan clenaser saja sebenarnya tak cukup membersihkan kulit muka secara keseluruhan. Thats why kita juga perluka pre-cleanser dan scrub. Selain tu juga, SA dapat kurangkan redness yang ada kat muka. So, satu bonus lah kalau skincare korang mengandungi Salicylic Acid ni. Lebih lanjut tentang SA ni, boleh refer kat SINI ye.
So, ini rupanya kalau korang picit keluarkan scrubnya. Structurnya halus dan tak menyakitkan kulit. Lebih cair dan creamy berbanding scrub lain.

So, as i think this scrub not really works on my stubborn blackhead, i think i still need my St. Ives Apricot Scrub to make sure my skin look much better after this. Kalau korang tak nak pakai this scrub daily pun, its okay. No problem. Pakai 2-3 kali seminggu pun dah okay. And maybe i will reduce my usage to 2 times a week and 2 times for my St. Ives scrub. Depends on my skin condition after this.

PRO :
  • My skin feels so smooth & soft after use it
  • Smell so nice
  • Grains are tiny & it doesn't hurt my skin
  • Gentle & mild
  • Reduced my clogged pores
  • Doesn't make any breakout
  • Oil-free ( suitable for oily/sensitive/acne type of skin )
CONS :
  • Just have one size (only 100g) 
  • Does not works on stubborn white/blackhead 
Rating :  Cik Anas bagi 4//5 bintang!

Saturday, 14 November 2015

BEAUTY REVIEW : ST. IVES SCRUB (APRICOT SCRUB BLEMISH CONTROL )

Hai.. okay so now nak buat shoer review pasal scrub yang aku guna. Tengok gambar je dah tahu brand apa kan? ST.IVES ni sebenarnya ramai je yang bagi positive feedback kat twitter ke or facebook ataupun korang google je memang ada. scrub ni kalau tak silap ada empat jenis utk purpose yg berbeza-beza lah. 1st try aku guna APRICOT SCRUB. Scrub ni aku bagitahu eh, memang wangi dan bila kau apply kat muka, kau rasa selesa lah juga dengan bau dia kan.

1. CARA PENGGUNAAN. KENA PAKAI HARI-HARI KE?



-Honestly, ini 1st time aku pakai scrub bagai ( sebab kulit aku Masyaallah makin teruk ). So aku pun ambil dengan berani nya nak pakai produk-produk ni untuk cegah kulit aku dari tambah bermasalah. Okay by the way. cara nak guna lepas korang cuci muka guna cleanser, lepastu apply lah scrub ni, sapu je kat muka. focuskan kat tempat yang bermasalah contohnya kat area hidung yang biasa tumbuh blackhead/whitehead. Tunggu beberapa minit ( jangan lama sangat ), lepastu basuh. Danggg! lepas korang basuh dah bersih tu korang akan rasa kulit muka korang licin dan lembut. haha. ye, betul. Jangan satu ganas sangat ye, sebab untuk struktur apricot ni, struktur dia kasar. Takut kulit korang luka nanti. Pelan-pelan je. 

-Tapi dek non, tak payah pakai hari-hari ye, sebab kalau pakai hari-hari kulit korang akan jadi kering dan tak pasal-pasal masalah lain pula timbul. dalam 2-3 kali seminggu tu dah cun dah. 

2. KAT MANA JUAL DAN HARGA?
-Macam biasalah korang boleh dapatkan kat watson or guardian. Sebab kat sana je yang senang nak dapat kan. Tak payah susahkan diri cari tempat lain. Untuk ni aku minta ampun sangat aku dah lupa harga, tapi masa aku beli dalam RM20++. 


3. KESAN SELEPAS GUNA.
-Minyak dekat muka terkawal. ( maksudnya muka dan tak terlalu berminyak )
-Lepas guna, kulit akan rasa bersih, halus dan licin
-Membantu kawal blackhead/whitehead
-Mengurangkan pores
-Membantu mengawal pertumbuhan jerawat
-Tanggalkan kulit mati

So, bagi aku, product ni sangat bagus dan struktur dia yang kasar tu tak menjadi masalah. ( bagi aku lah ). yang paling penting, produk ni FREE PARABEN. So, tak perlu bimbang.

Cik Noy bagi 4/5 bintang !

Tuesday, 19 May 2015

BEAUTY REVIEW : VIETNAM MASK (BLACKHEAD/WHTEHEAD REMOVER)


So, kali ni aku rajin sikit nak buat review produk. Bagi korang yang ada masalah blackhead atau whitehead, boleh lah cuba vietnam mask ni. Thanks to facebook sebab ada sorang amoi dalam satu group aku join ni hampir tiap hari duk promote, mula-mula aku ignore tapi lama-lama aku ternampak housemates aku pun guna. Aku gatal lah tangan calitkan kat hidung dan lekat kertas yang dalam pack tu. And.. disitu lah bermulanya jatuh hati pandang keberapa kali aku pun taktau. 


Produk ni aku boleh cakap memang superb. Dia tarik segala macam kotoran yang melekat kat hidung, pipi, dagu entah mana-mana celah lagi. Tapi, engkorang kene tahan sikit lah masa nak cabut tu susah sikit sebab bila dah melekat susah sikit nak tarik. Jangan sampai kulit mengelupas atau luka. 

Cara pakai, sapu lah mask ni kat hidung/pipi/dagu. Sebaiknya sapu guna cotton bud sebab guna jari kang bakteria lain pulak yang datang. Lepas dah sapu, lekat dengan kertas yang diberi. Tunggu dalam setengah jam ( atau lebih ) lepastu bila dah kering, engkorang tarik dari bawah ke atas dengan perlahan.  Lepastu boleh cuci muka. Tak kisah lah kau lelaki ke perempuan ke. Pakai je, untuk kebersihan muka/diri engkorang. Harga tak lah mahal. kurang dari RM10 saje. Aku beli pun RM7. Mungkin ada lagi yang murah dari ni. Survey lah harga dulu ek. Satu botol ni kau boleh pakai dalam sebulan atau mungkin lebih ikut kekerapan kau pakai lah. Botol ni kiut-miut-kecik saje.

P/S : Sebelum tampal tu, korang boleh stim kejap muka dengan air suam dalam beberapa minit supaya pori-pori terbuka untuk memudahkan blackhead/whitehead korang ditarik.

 Ini lah hasil nya lepas aku pakai mask ni. Aku tak cilok gambar dari google ek. Ini memang aku lah ni punya kotoran blackhead yang nak jugak menyumbat kat kulit aku. Euwwww~


Cik Habibah bagi full setarrrrrr! 5/5

UPDATE : 
CHECK OUT MY VIETNAM MASK REVIEW PART 2 
AND THE EFFECTIVE WAY TO APPLY. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...