Wednesday 29 April 2015

BOOK REVIEW : MANI - WANITA KEBAYA KUNING [lejenpress]


MANI : WANITA KEBAYA KUNING - SYAFIE MAHYUNI

Kisah si Marcus merupakan seorang penulis datang ke tempat pelancongan yang cantik dan tenang bersama isteri. Emily. Buku ni aku ambil masa tiga hari untuk habiskan. Campur tolak darab bahagi dengan waktu aku tidur-makan-minum-berak-shishi. Mulanya kau akan rasa berbunga dengan kemesraan Marcus dan Emily tapi lama kelamaan kau akan rasa janggal-gerun-takut semua ada. Dalam cerita ni je kau akan jumpa cendol harga RM 1.50 hahaha. pertengahan muka surat, aku dah rasa takut dan tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi. Dimana tubuh Emily dan apa kena mengena Marcus dengan semua ini. Jujur aku cakap, aku awal sikit tahu kenapa semua ni boleh jadi kat Marcus & Emily dan blablabla. Entah mungkin masa aku tengah membaca, kotak fikiran aku tengah ligat berfungsi kot. Dan bila aku dah mula melompat kegirangan sebab dah sampai kat penghujung cerita-aku terfaktab sekejap. Aku nak minta kat saudara Syafie Mahyuni, cepatlah siapkan sambungannya. Hahaha.

 Cik Kiah bagi 3.5/5 !

 Buku ni buku kedua yang buat aku takut nak ke tandas malam-malam buta selepas karya bertajuk Asrama karya Mohd.Fatrim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...