Monday 16 November 2015

BOOK REVIEW : LARI [bukufixi]

LARI - MIM JAMIL

Sebenarnya buku ni aku dah baca beberapa bulan yang lalu. Tapi tak sempat lagi buat review. Seingat aku, aku habiskan buku ni dalam 2 atau tiga hari macam tu lah. Apa yang aku boleh cakap, penceritaaan buku ni simple, bahasa yang digunakan tu bahasa mudah dan santai. Yelah, budak-budak 14 tahun punya cara cakap kan.

Mengisahkan Rahman budak 14tahun yang lari dari rumah sebab dah malas nak tinggal kat rumah dengan bapa tiri yang gila kentang punya jahat dan mak dia yang asyik dok diam je dengan apa yang pak tiri dia dah buat. So, dalam perjalanan dia nak cari pakcik dia tu, banyak benda yang dia lalui. Kelakar cerita ni, kalau si Rahman ni depan mata aku, aku tampar-tampar muka dia. haha. Tapi endingnya, tak semudah yang korang jangka, atau korang tak akan dapat jangka. Sedangkan aku pun ternganga pfft. 

Okay setakat tu ja yang aku boleh bagi tahu. Nak bagitahu panjang-panjang kang tak saspen pula. Pergi beli sekarang! 
Kalau korang nak beli online, atau nak tengok tajuk buku yang lain boleh KLIK SINI ye. Oh any Sabahan yang nak cari buku fixi kat mana ada jual, cari dekat TIMES k? Sebab Sabah belum ada MPH dan seribu kali korang keluar masuk POPULAR, memang tak akan ada jual kat situ ( except for fixi novo ) sebab aku pernah nampak haritu. 

Okay cauu!

Cik Maimun bagi 4.3/5 bintang! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...