Showing posts with label sheetmask. Show all posts
Showing posts with label sheetmask. Show all posts

Friday, 22 January 2016

BEAUTY REVIEW : INNISFREE IT'S REAL SQUEEZE MASK ( GREEN TEA ).


Hello dan Assalamualaikum..

Hai guys! So, our topic for today is SHEET MASK!!! I excited sebab i ni obses dengan sheet mask so i palinggg suka mencuba semua sheet mask. Hehe.

Untuk kali ni, i nak buat review pasal korean punya brand which is INNISFREE. Apa yang i suka dengan korean product especially Innisfree ni, ialah dorang menggunakan bahan-bahan semulajadi. And mcm kita tahu memang sangat sangat berkhasiat dan berguna untuk kulit. 


And green tea ni for moisturize. Ni first time i pakai sheet mask Innisfree and it was AWESOME! The scent sangat-sangat harum tapi tak terlalu kuat, just nice. Dan juga mask nya nipis. I taktahu kalau korang suka mask yang lebih tebal, but i sangat suka dan lebih selesa pakai yang nipis. And innisfree ada semua yang i perlukan!

Kali ni i pakai green tea, mask yang i dapat kat SINI. I sebenarnya tak boleh nak dapatkan brand Innisfree kat Sabah sebab tak ada kedai. So, yeah, just boleh beli online dan kebetulan dapat ni as free gift. 


Don't worry, still ada english instruction. And bila i pakai, i took 30minutes baru tanggalkan. Biasanya ngam-ngam 20minit i memang tanggalkan ( kalau tak tertidur ). But yang ni, i biarkan lama sikit sebab i sangat-sangat selesa dan haaa idk how to describe.

Bila tanggalkan, the essence tak sticky langsung. And the best part is it brighten my skin even until now. My skin pun rasa moisturize and sampai pagi tadi my skin still in moisture and bright. Sebab i tidur dengan air-cond, kadang-kadang untuk mask sebelum ni, i terpaksa letak aloe vera gel untuk lembapkan my skin sbb essence tu tak lembapkan kulit pada masa yg panjang and ada juga yang terlalu sticky sampai i rasa nak basuh je muka. But this... really did its job!

And lepas tu, the essence yang ada kat pack tu, gunakan dan urut kat muka and neck, memang sangat best. I mula-mula takut nak gunakan sebab takut sticky tapi tak lekit langsung. And it so so nice. Ahhh


Innisfree ada 16 sheet mask dengan berlainan 'flavour' ( i taktau kenapa i selalu cakap flavour lulz ). And i skrg dalam perancangan nak beli semua and try satu persatu disebabkan my sheet mask punya stock tinggal 3 --'

I THINK I'M FALLING IN LOVE WITH INNISFREE SHEET MASK! 
Nak tengok macamana nipisnya mask nya, sangat-sangat nipis macam gel. And it is sooo sooo good! So, anyone yang dah lama tak pakai mask, or your skin jenis yang dry atau terdedah kepada panas and aircond. Try this innisfree green tea sheet mask and i yakin you akan suka. ( Omg i'm so excited! )


PROS :
  • Scent is so nice
  • Not sticky
  • Brighten my skin 
  • Moisturized my skin 
  • Reduce redness
  • My skin feel smooth clean
  • Doesn't cause any itchy and break out
 CONS :
  • Still not available at Sabah ( Innisfree Store) 
Rating : 4.8/5 bintang!

Monday, 18 January 2016

BEAUTY REVIEW : WATSONS MIXED BERRY EXTRACT FACIAL MASK ( ANTIOXIDANT & MOISTURISING )


Heloo dan Assalamualaikum..

Untuk review kali ni, still jugak facial sheet mask dari watsons. Which is yang ni mask yang ketiga i try selepas aloe vera & camu-camu. Boleh check kat link ye. So, untuk kali ni ialah MIXED BERRY EXTRACT which is contain mixture of precious superfruits including blackberry, blueberry, respberry, king's berry & acai berry. ALL ABOUT BERRY!

Firstly, bila bak keluar pack nya, dapat rasa essence nya yang banyak. So, bila pakai i really love the scent. Seriously sangat-sangat wangi!  Basically, mixed berry ni for antioxidant & moisturising. Em i rasa semua mask dari watsons ada function yang sama iaitu moisturising. But i still i tak guna the essence yang tertingal kat pack sebab dia akan buat my skin rasa sangat sticky means dia tak absorb 100% ke kulit. So, i just guna essence dari topeng tu and massage dekat muka and neck. Feeelll soo nice.

Macam kita tahu, buah-buahan yang terkandung dalam unsur antioxidant ialah salah-satunya vitamin C, and BERRY ni sangat kaya dengan vit C. So, it's good untuk sel badan kita termasuk juga kulit muka.


I'm so sorry sebab the pictures kali ni tak banyak sebab i snap tadi pagi sebab sebelum guna mask ni i tak sempat lagi charge battery camera so yeah.. my bad.. 

Honestly, i suka yang ni daripada 2 'flavour' yang i pernah try sebelum ni. I dont know why but yang ni lagi macam enjoy juga sebab the scent memang scent yang i sangat sangat suka kot & maybe juga i terlalu excited sebab last week i tak dapat nak exfoliate my skin & pakai mask sebab my ear problem dan lepastu demam pulak. Or maybe juga maybe i memang perlukan something yang boleh kuatkan balik my body sebab baru baik dari segala macam sakit kan. Sbb i rasa sangat calm bila pakai. I pakai for 25 minutes sebab tertidur sekejap. Haha.
 

PROS :
  • Affordable
  • scent of berries is sooo good
  • moisturized my skin after use 
 CONS :
  • STICKY  
Rating : 3.4/5 bintang!

Thursday, 7 January 2016

BEAUTY REVIEW : NIVEA EXTRA WHITE MAKE UP STARTER 3 IN 1 WHITENING PORE MINIMIZING MASK

Hello dan Assalamualaikum..
Harini rasa macam dah 80% puas hati sebab new header dah siap. Lepas cari gambar, clip art, cari dan download font apa semua. Akhirnya siap juga lah header blog saya. Alhamdulillah. Oh, URL pun dah tukar. And maybe ada sikit sana-sini column yang nak ditambah ikut kesesuaian. So, stay tuned ya.

Let's start our review for today ladies and gentlemen. Let's discuss about NIVEA EXTRA WHITE MAKE UP STARTER 3 IN 1 WHITENING PORE MINIMIZING MASK. Tak ingat bila i beli, but i beli sebab ada tulis 'buy 1 free 1' lulz. Haha Nahh, just kidding. Beli sebab ada tulis minimizing pore kat situ. As you know, i have quite large pores problem so yeah. Walaupun tulis kat sana Make up starter whatever, i tak pakai make up but still beli. Tak salah kan. Yepp, beli ni few months ago. Dah terperuk dalam peti sejuk dah berbulan. Check expired date, lama lagi. So i decided to use this.
Setiap kali sebelum pakai mask, i akan letak facial mask ke dalam freezer dalam 5-10 minutes supaya jadi extra cold. 5-10 minutes je, kalau lama-lama nanti, mask korang jadi keras, i taktahu eh. Haha.




The reason why i pilih ni nak pakai semalam sebab my skin agak redness, dull, SANGAT OILY sampai i kena lap muka dengan tissue basaha every 30 minutes dan break out. Biasalah, when a girl having their PMS. Sila jangan tegur muka naik jerawat ke, merah-merah ke, berminyak berkilat-kilat ke. Boleh bawak gaduh ye.

And my skin akan jadi sangat sensitive dan sangat berminyak bila datang 'time' tu. Basically, mask ni utk protect you from any damage kalau-kalau awak pakai make up terlalu lama ke and anything yang berkaitan dengan make up. Pakai mask ni untuk protect your skin daripada damage dan breakout.

  
Sebab kedua i beli pun sebab ni, ada effect yang dia tulis kat belakang tu. Brightening, moisturizing and toner effect. Dan yess, agak setuju dengan brightening & toner effect. But not moisturizing. Sebab bila i dah tanggal masa after 40minutes macamtu, 5 minit lepas tanggal mask tu my skin jadi agak dry. Yepp, even lepas i apply essence dalam pack tu. Still dry.


Apa yang best nya mask ni, essence dia tak terlalu melekit. Atau i boleh kata, tak melekit. Even after i apply essence dalam pack tu banyak, tak bagi effect melekit macam watsons sheet haritu. Sebab i tak suka kalau benda-benda melekit. It's so uncomfortable for me. Tapi for this one, memang superb. Essence nya sangat cepat meresap.Sebab tu jugak jadi dry kot? Hmm not sure.


Lepas pakai tu seriously rasa sangat fresh and selesa, my skin rasa lembut dan tak ada lekit-lekit sebab letak banyak essence. So, comfortable. And yep, bangun pagi tadi pagi pun still rasa lembut dan segar. Plus my skin rasa 'ringan'. i feel soooo good and fresh even after woke up from long nap. 
Yang bestnya juga. Mask ni nipis. Ada orang suka dan selesa pakai mask sheet yang tebal dan ada yang nipis. Tapi for me, i prefer yang nipis. Sebab senang ditekup di muka dan senang diurut. How to explain, i pun taktau but i prefer yang nipis la. But kalau beli tu, kena pulak mask yang tebal, it's okay for me. Takde hal.



Friendly reminder : I believe every facial mask is good for all type skin. tapi ada juga mask yang bila kita pakai dan even dah letak essence untuk bagi dia extra moisturize, still buat kulit muka korang dry. Kalau i, lepas 5-10 minutes lepas apply essence dan urut kat muka & neck, tegok cermin dantengok keadaan kulit. Kalau dah cun and still moisturize, i dah tak apply apa-apa lagi dan terus tidur. Tapi kalau tengok kulit dry, i just apply moisturiser. I just apply sikit je. cukup cover seluruh muka. Caranya? ambil moisturizer ( paling bagus jenis 'gel' dan non-SPF moisturizer) letak sikit kat tapak tangan-rub-dan tempek kat muka. Done! Thats it. Untuk i, I pakai The Face Shop Aloe Vera Gel. 

PROS :
  • Not Sticky
  • Thin
  • Fit my face perfectly!
CONS :
  • Makes my skin dry after use it.

Rating : Cik Senah bagi 4/5 bintang!

Friday, 18 December 2015

BEAUTY REVIEW : WATSONS CAMU CAMU FRUIT EXTRACT FACIAL MASK ( WHITENING & MOISTURISING )

Hello dan Assalamualaikum..

Haritu ada update pasal Watsons Aloe Vera Facial Mask. Kali ni nak share review pasal Watsons Camu Camu Extract seperti yang dijanjikan. Pakai mask ni semalam rasa berbeza masa aku pakai yang aloe vera. Maksudnya aku lebih selesa dan suka sangat pakai.  Bila hidu baunya memang sangat sangat wangi. Bau berry tu macam ada bau bunga juga. Memang wangi.

Berbeza dengan Aloe Vera, Camu Camu ni lebih kepada Whitening dan Moisturising. Kalau korang nak tahu Camu Camu ni kaya dengan Vitamin C sangat banyak khasiatnya untuk kulit. Camu Cmu Berry ni pun kalau tak silap ada dalam Innershine. Dulu rajin minum lah masa sekolah menengah, sekarang dah tak minum dah sebab mahal. Tunggu kerja nanti memang nak minum balik. Ok berbalik pada review ye kawan-kawan. Mula-mula pakai ada rasa pedih sikit, tapi tu tak sure sama ada kesan daripada terdedah cahaya matahari pagi semalam atau macamana. Masa rasa pedih sikit tu dah risau takut tak ngam ke atau nanti tiba-tiba timbul jerawat. Tapi syukur tak ada apa-apa.


Selepas pakai tu rasa muka segar dan lembap. Dengan wangi tu lagi still melekat kat muka, rasa best je tidur lepastu.


Apa yang buat aku suka extractnya banyak berbanding yang aloe vera itu hari aku pakai. Tengok tu, banyak kan? Aloe vera haritu tak banyak macamni.The same problem jugak, sticky! Terlalu melekit. Ada sikit tak selesa lah lepas sapu extract tu kat muka sebab melekit. Mungkin juga aku excited sangat sapu banyak extract tu, sebab tu melekit. Haha.



PROS :
  • Smell so nice
  • Affordable
CONS :
  • STICKY!

Cik Bayah bagi 3.2/5 bintang!

Selamat Mencuba!

Monday, 14 December 2015

BEAUTY REVIEW : WATSONS ALOE VERA FACIAL MASK ( RADIANT & MOSTURISING )

Hello dan Assalamualaikum..

Kali ni nak buat review pasal watsons facial mask aloe vera. Sebenarnya dah pakai few weeks ago but sekarang baru teringat nak buat review.  So, this is my first time trying watsons mask. Sebab sebelum ni jarang pakai. 

The reason why i choose aloe vera, sebab aku da terbiasa dan selesa dengan produk yang berkaitan dengan aloe vera ni. So, bila masuk watsons haritu dan nampak brand watsons ni terasa nak try. So, i bought aloe vera & camu camu fruits extract. Insyaallah kalau dah pakai camu camu fruits nanti aku akan buat review ye.

Basically untuk aloe vera, its more about radiant (menyeri) dan mosturizing (melembap). Aku ingat lagi aku pakai sebab sepanjang hari tu aku terdedah dengan cahaya matahari dan berpeluh. So, malamnya aku pakai mask ni untuk melegakan kulit muka lah. Dan bila tengok kat packaging nya, ada tertulis made in korea so aku pun macam.. emm okay lah, apa salahnya try kan? So masa buka paketnya, pertama sekali aku hidu baunya, kita pun tahu kan aloe vera ni wangi. Makanya dah jadi habit untuk aku menghidu benda-benda yang berkaitan dengan aloe vera ni hehe. Bila dah hidu, bau aloe vera nya tak terasa sangat. Maksud aku, ada bau, tapi baunya sangat kurang.


pakai kat muka, not bad, essence yang ada tak lah sampai meleleh ke tangan dan buat tak selesa macam sesetengah produk. Lebih kurang 40 minit pakai kat muka, mask pun dah kering, kulit rasa smooth dan lembap. Dan essence yang tertinggal kat dalam pack nya sapu lagi kat muka dan urut sekitarnya. Bila ada essence kat dalam pack tu tertinggal, jangan terus buang ye, lumurkan kat muka dan urut lah dalam satu atau dua minit. 



Kesimpulannya, tak ada masalah kalau nak pakai lagi next time sebab lepas pakai, tak ada masalah pada kulit aku. Tak ada breakouts. Tapi satu yang buat aku tak selesa, sticky ataupun melekit. Yang lain semuanya okay. Lepas pakai rasa lebih lembut.


PROS :
  • Affordable ( RM 6.90 )
CONS :
  • Sticky
  • Saiz mask agak kecil
  • Kurang aroma/bau aloe vera
Cik Firah bagi 2.8/5 bintang !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...