![]() |
Ini gambar aku eh. Tak curi. |
Heloo heyy. Harini aku macam bermurah hati dan ringan sikit tulng nak update pasal personal matter. ( Reviews tu kejap-kejap lagi eh? ). Well, inginku laungkan satu dunia yang aku dengan separa rasmi nya sudah menamatkan diploma. kenapa separa rasmi? Kalau dah graduate nanti baru lah boleh dikatakan 100 peratus rasmi kan? haha. So, disebabkan harini aku ada mood nak update blog, aku mungkin akan tulis panjang meleret.
Tapi, mungkin berguna untuk sesiapa saja diluar sana yang rasa dia tak berapa nak boleh 'angkat' kehidupan di Universiti ni. Kenapa? Sebab apa? Aku pun pernah rasa macamtu. Pernah rasa serabut gila dengan kehidupan U. Rasa nak give up, rasa nak berhenti dan cari kerja, dapat duit dan beli apa-apa yang aku nak. haha akak dah berkali terfikir macam tu dik. Meh akak cerita meh..
Macam mana boleh masuk UiTM?
-Rezeki. Result SPM aku bukannya gempak mana weyy. Tapi bersyukur lah dengan berbekalkan result tu, melebihi dari apa yang cikgu aku expect. Aku? Aku tak ada expectation langsung. Even untuk dapat A pun tak ada. Lepastu, aku dapat tawaran form 6. Aku pergi lah. mak aku dah membebel suruh masuk. Tapi tak sampai sebulan aku dah blah. Sebab dapat tawaran Politeknik kat Sabak Bernam Selangor (Aku dah lupa nama dia ) course environment engineering. Dah nak pergi doh, tapi lepastu dapat pula tawaran UiTM kat Kota Kinabalu course Public Administration atau dalam bahasa ibunda nya Dip. Pentadbiran Awam. Kau nak singkat lagi, DPA. Dah fikir banyak-banyak kat mana aku nak pergi ( Poli atau U ), aku buat keputusan untuk pergi UiTM. So, kat sana lah permulaan hidup aku sebagai pelajar UiTM. Aku nasib baik lah sebab aku kiranya dah terlambat masuk sebab orang dah masuk chapter 2, aku baru start masuk kelas. kau rasa? haha.
Semester 1.
-Aku banyak buang masa kat sini. sepanjang 6 bulan. Aku pergi kelas. Bila sampai bilik hostel, aku tengok movie. haha. Ye, betul. Aku langsung tak perform. nak dipendekkan cerita, semester 1 aku berlalu begitu saja. Entah, rasanya sebab aku dah kena culture shock ke apa entah la. Tapi, aku rasa memang silap diri sendiri. Hasilnya, aku dapat pointer mati dan aku dapat 1st warning(P1).
Semester 2.
-Aku dah start cuak kena lagi nd warning(P2) untuk semester kedua ni. So, aku jadi rajin sikit lah. Aktiviti U pun aku involve, talk ke apa ke. aku akan ikut. Aku pun dah start cari member yang 'berotak' dan aku dah rajin sikit buat revision. GPA aku sikit dapat kepala 3 tapi tak sampai. So, yeah. At least, aku dah boleh dapat pengajaran supaya aku tak ulang silap yang sama macam semester 1. Aku dah dapat bezakan bila masa aku boleh main, dan bila masa aku kena fokus.
Semester 3.
-Untuk student DPA, kitorang akan start belajar subject Law masa semester 3 sampai lah semester 5. Dan yang paling core adalah business law yang akan study masa sem 5. Untuk semester 3 ni aku ambil 8 subject sebab aku kena kurangkan subject masa sem 2 untuk make sure pointer aku naik. So, subject yg sepatutnya aku ambil masa sem2, aku ambil masa sem 3 ni. And luckily, aku pass semua subject sem2 dan failed subject law. Untuk sem 3, subject law nya ialah Malaysian Legal System atau MLS.
Semester 4.
-Masa ni aku dah start couple. Aku rasa aku start tu masa hujung-hujung semester 3. So, entah lah maybe aku terlalu fokus nak menjaga anak orang daripada fokus dengan study kot. Tak, sebenarnya, org tu tak bagi negatif impact pun kat study aku. Dia banyak gila bagi support & advice. So, aku sampai skrg tak salahkan dia. Sebab aku sendiri yang lost control. well, love can kill you. haha. dan aku failed subject calculation. Betapa besarnya impact subject calculation tu nanti aku explain dalam next entry ye.
Semester 5.
-Nak masuk-masuk sem 5 ni aku dah break up. Setelah setahun lebih. Haha padan lah muka aku. So, bila dah masuk sem 5, aku langsung tak boleh fokus kat apa-apa. Aku start buat something yang aku rasa nak buat. Lantak lah. Almost 2month aku tersepit macamtu and finally i made a big decision untuk stay hostel ILLEGALLY. (Yepp, start dari sem 2 sampai sem 7 aku dah start tinggal luar ye adik-adik, sewa rumah). Aku terfikir kalau aku macamni sampai habis sem, GPA aku memang teruk habis. So, i made a decision utk tinggal kat bilik member merangkap kawan2 satu kelas, sampai habis sem. And Alhamdulillah, aku pass semua subject.
And untuk DPA, kitorang cuma ada 5 semeter. Dan aku tergolong dalam budak-budak yang extent.
Semester 6.
-Awkward as fuck bila sampai sem 6. Tapi tak lah malu sangat sebab aku ni tergolong dalam golongan-golongan student yang bermuka tembok. Jangan risau, aku tak keseorangan. Member-member aku pun pulun semua extent. hahahaha. Tapi start sem 6 aku dah nakal balik, tapi nakal-nakal pun bila aku dengan dorang, tetap study.
Semester 7.
-Semester yang paling sedih untuk aku. Hahaha. tak ada lah sedih sangat dik non oi. Cuma, member aku lain extent sampai sem 6 je. Aku bertiga dengan dua org lagi member still ada kat sana. Kau rasa? Tapi kan sem akhir ni lah, aku rasa yang banyak ajar aku betul-betul untuk jadi someone yang berdikari. almaklumlah, member semua dah tak ada. Kat rumah sewa pun, semua akak-akak yang dah bekerja. Tapi yang bestnya, dorang selalu bagi advice kalau rasa-rasa tgok aku yang gila ni tiba-tiba jadi moody. And bila dah nak pindah, rasa sedih gila. So, comclusionnya, tamatlah riwayat aku di UiTM bila dapat result haritu, semua subject pass.
So, pokok pangkalnya. Jangan give up. tak kisah korang extent sampai setahun dua ke, teruskan je. Tak payah nak dengar sangat cakap orang. yang cakap pasal kau tu, kot-kot SPM pun tak lepas. kannn? Aku pernah terfikir nak quit je dari uitm tu. Sebab aku rasa aku memang yang paling bodoh lah. 3 pointer pun cuma hampir-hampir je tak pernah pun dapat GPA tu 3pointer. Tapi, kena ingat lah, korang nak cari kerja, bukan setakat tengok pointer je. Rezeki tu Allah sentiasa bagi. Yang penting usaha jangan putus. Jangan menyesal dengan keputusan yang kau buat, sebab semua tu mesti ada hikmahnya. Bila kau rasa kau dah penat, slow down, relaks, dengar lagu dulu, chill-chill dulu tengok runningman ke. Lepastu, bangun balik. Prove them wrong. Okay?
Ingat aku 7sem tak penat ke, tapi tulah tak ada benda yang senang untuk kau capai dalam dunia ni. Teruskan je. Nanti bila dah habis belajar, kau akan rasa puas dia lain macam.
Masa aku tengah tunggu result haritu, tangan dan kaki aku sejuk dan dahi aku berpeluh. Sebelum ni aku tak pernah rasa macamtu pun. Dan bila datang je email, aku terus buka, bila nampak semua subject aku dia tulis LU, ada jugak la berkaca mata ni kan. Bangga dengan diri sendiri. So, please please please jangan give up selagi kau masih bernafas dan masih boleh tuntut ilmu.
Adik-adik yang dapat offer course yang sama macam aku ni kalau nak tanya apa-apa pasal course ni boleh je komen kat bawah tu. Akak nak tolong ni dik oi. Hee okay cau.
p/s : Untuk subject DPA dari semester satu sampai lah semester 5. Apa yang korang belajar, subject apa, subject tu pasal apa. Aku akan explain dalam next entry okay? Aku dah penat menaip.
thank u . inspiring me a little bit & make me feel better . hehe . saya pun carry this course dan study kat uitm kk jga . :)
ReplyDeleteyou are welcome :) sem berapa?
Deleteminat course nie tapi why x bnyk pilihan erkk? semua tmpt jauh2.. kt sabah, sarawak, kedah huhuhu
ReplyDeleteand nak tnya.. klu lepasan SPM apa yg kne kredit utk dpt kn course nie ye? boleh email x? ni email sy.. sayhasaifullah@gmail.com
ReplyDeletePls check your email. thank you :)
DeleteBoleh tak email dekat saya jugak. Saya pun berminat dengan course ni. Email:annisnorezam@gmail.com
DeleteSusah tak nak bawak semua subject untuk course ni?
ReplyDeleteIn sya Allah, mula2 memang akan rasa susah nk bawa untuk subject ini. Tpw lama lama bnda ini akan rasa senang. yg penting kena rjin.
DeleteAda subjek apa eh study pentadbiran awam ni?
ReplyDeleteuntuk pentadbiran awam ni kita akan blajar macam macam bnda mcm business math,account,costing,science computer,law.Macam macam yang kita akan belaja r dalam course ni.
DeleteSubjek dpa untuk sem 1??
DeleteSubjek dpa untuk sem 1??
Deleteberapa kredit dea mw ah?
ReplyDeletekalau math tak kredit ..bleh ka?
Assalamualaikum. nak tumpang tanya. result saya untuk sem 1 mmg teruk. ada 2 sub yg fail. apa patut saya buat skrg? mintak pendapat sapa2. tq
ReplyDeletetakutnya nak masuk cpurse ni. tengok awak struggle is so damn scary
ReplyDeleteSis klau nk shorten sem bg course PA masa degree blh ke?
ReplyDelete#emailsy- asma.bakar98@gmail.com
subjek apa yg akn kita blajar if we choose this DPA? and subjek apa yg prlu credit and cemerlang 😂 utk lpasan spm for apply this course? pls email me, dianaiisya11@gmail.com
ReplyDeleteAssalam , saya berminat dengan course ni , saya baca macam menarik tp risau tk dpt je sebab dh mohon ,saya perlukan penerangan kakak , please email me at fariscech@gmail.com
ReplyDeleteExcuse me, course DPA ini ada dekat UiTM mana? UiTM Shah Alam ada tak? Thank you.
ReplyDeletesalam akak.sy dah dpt twran dr saito college . course diploma penguatkuasaan undang2 . tp sy confuse . tlng email sy kak . tawfieyqarefieyq99@gmail.com
ReplyDeletecan u email me nuradilahbukhari@gmail.com , i need to ask u something please
ReplyDeleteMansurnizam99@gmail.com....tolong email sya kak....ada sikit pertnyaann please..
ReplyDeleteassalamualaikum,hai sis lau nmpk komen saya,emel saya bleh?saya nak tahu lbih lanjut tntg dip DPA NI,my emel: azwa0503@gmail.com
ReplyDeleteAssalamualaikum sis,sya ad bnda nk tnya ni, email sya pls -amalinanur30@gmail.com-
ReplyDeleteAssalamualaikum sis,sya ad bnda nk tnya ni, email sya pls -amalinanur30@gmail.com-
ReplyDeleteassalamualaikum... saya lepasan spm yg dpt tawaran dpa ni... bole tnya tak, amik ptptn ke dulu? sebenarnya kos belajar kt uitm tinggi ke? kenapa bile sebut shj uitm orang akan assume banyak hutang?
ReplyDeleteTak sis. Course ni tak perlu cost yang tinggi pun. Kalau untuk buku boleh ja cari buku dari senior2.in sya Allah boleh dapat harga lagi murah n sometime ada senior yg akan bagi free ja
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHey sis nak tanya ni, bidang public administration ni, kalau sambung degree pendidikan, boleh ambik cikgu math ke?
ReplyDeleteCourse ni Ada kira2 macam math dan addmath gak?
ReplyDeleteSis nk tnya...apa peluang pekerjaan apabila ambik course DPA
ReplyDeletekazen sy ada dpt twrn ni d uitm. ble trgkn lbih details hehe. norsofea351@gmail.com my email. tq
ReplyDeleteKak.. saya lemah bi kak .. tapi saya dapat course ni macam mana eh. Takutnya Ya Allah.. Basic acc,eko,sains komputer pun takde kak
ReplyDeleteDulu amik aliran apaa
DeleteSama la sy..Lemah Bi gak..Apply course lain dpt course ni..
ReplyDeleteKak sy dp 5B 2c je spm.. Sejarah dpt C..bi dpt B+..aku minat giler kat course ni yaampun :'(..1st intake dulu rejected by uitm kk😌😟skrg nah mohon intake 2 lgi. .Rasa2 diorg terima tak kak? Plss reply asap😭😭😭
ReplyDeleteSekarang dah kerja/sambung degree?
ReplyDeleteDegree ad ker dlm pentadbiran awam??
ReplyDeleteDegree ada sains pentadbiran, pentadbiran corporate and environment administration
Deletekak kalau org yg lemah math ni mcm mna ya takut plak tengok byk jgk blajar pasal math tu
ReplyDeleteCourse ni sem 1 ada business maths simple je, sem 2 n sem 3 ada accounting.
DeleteAssalamualaikum....saya dah letak dpa as my 1st choice dekat upu tapi x dpt...so kalau buat rayuan still dpt tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Banyak perkara nak di tanya. Tolong email boleh
ReplyDeleteBoleh tanya kat sini, saya boleh tolong jawabkan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete