Saturday 21 November 2015

BOOK REVIEW : KELABU [bukufixi]

KELABU - NADIA KHAN
Heloo..
Korang pernah dengar tak tajuk ni? Kalau korang peminat tegar BUKU FIXI, buku yang mesti korang baca ialah kelabu. Sedangkan aku pun, buku fixi pertama yang aku beli adalah buku ni. Dah lama sebenarnya. Lama sangat. Tapi, buku ni sampai sekarang masih dalam senarai best seller walaupun dah berbelas cetakan. Kau bayangkan.

Bagi aku, buku ni wajib dan mesti dibaca. Aku dah ulang baca sebanyak 4 kali. Dan mula-mula aku baca, aku cuma ambil masa kurang dari 48jam untuk habiskan. Dan jangan terkejut kalau aku kata dalam banyak-banyak buku fixi, ini yang paling tebal. Dah macam kamus. So, mungkin review ni untuk yang baru berjinak-jinak dengan buku fixi ni.

Cerita ni sebenarnya akan bermain dengan perasaan dan emosi korang. Ye, betul. Dengan ke'macho'an si Amir, kegilaan Shah, dan Jun si gadis manis. Bila sampai pertengahan cerita, disitu lah emosi korang akan jadi tak berapa nak stabil. Silap-silap boleh keluar carut. Tapi tenang, banyak lagi yang korang akan tahu kebenarannya satu persatu muka surat ni. Walaupun cerita ni memang sangat-sangat 'kelabu', tapi ada lawaknya yang buat korang rasa sikit pun tak bosan baca buku setebal ni. Trust me! 

Untuk yang tak baca lagi. Nak bagi tahu kalau korang tak baca lagi kelabu, please lah baca ye. Korang tak akan menyesal. Tak akan. Oh ya, kalau korang dah jumpa buku ni takpayah baca sinopsisnya, terus je beli. haha. ( untuk buku ni je, buku lain korang nak baca, baca lah ), Tak payah tanya kenapa, korang akan faham bila baca buku ni. Okay setakat ni je. Selamat membaca.

Cik Maimon bagi full star 5/5 !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...