Sunday 29 November 2015

BOOK REVIEW : MEREKA [bukufixi]

MEREKA - ARIFF ADLY


Hello dan Assalamualaikum.

Ok aku baru habiskan baca buku ni dan terus decide nak buat review. Well, sebelum ni aku gila-gila punya suka dengan novel sebelum ni tajuk KACAU dan bila sorang member aku baru nak berjinak-jinak nak baca buku fixi, aku suruh dia baca kacau dulu. Dan aku looking forward nak baca novel kedua 'mereka' ni.

Honestly, agak lama lah aku habiskan buku ni. Genap 7 hari seminggu. Mungkin sebab aku tak berapa cepat nak serap cerita yang macam 'mereka' ni. Cerita yang kau masuk dalam dunia lain dan datang segala jenis makhluk yang tiba-tiba menghuru-harakan hidup kau. Aku susah nak absorb, sebab tu aku ambil banyak masa untuk baca. Dan aku rasa plot ada sedikit messy.

Cerita dia mengusahkan 8 orang sekawan yang buat reunion dan bila dorang tidur, kat situ lah benda-benda tu terjadi. Bila diorang berlapan masuk kedalam dunia lain dan mengalami kejadian-kejadian pelik dan bahaya. Terlalu thriller untuk aku jelaskan.

Cerita ni ada kaitan dengan black magic dan kepercayaan yang terlalu kepada Satan. Dalam cerita ni lah kau akan jumpa erti persahabatan yang sebenar. Macamana kau nak decide untuk selamatkan diri kau dan kawan-kawan yang lain yang dah nak mati. Macamana kau nak elakkan supaya kau tak jadi selfish dan macamana tali persahabatan tu putus dalam sekelip mata disebabkan sikap selfish kau yang nak libatkan kawan-kawan dalam kerja bangang yang kau dah 'plan' kononnya.

Jangan risau, Ini cuma review dan pendapat aku je. Cuma aku memang kena baca slowly dan faham satu-persatu jalan cerita dia dan aku lagi prefer 'kacau'. Untuk korang yang belum dapatkan 'mereka', boleh lah dapatkan.

Cik Siah bagi 3/5 bintang!

Friday 27 November 2015

TUTORIAL : CARA MUDAH DOWNLOAD MP3 DARI YOUTUBE

Hello & Assalamualaikum.

Hari ni aku nak berkongsi satu tutorial yang senang untuk korang buat. Macamana nak download mp3 dari youtube. Maksudnya korang cuma nakkan lagunya sahaja taknak video. Ini selalu jadi bila korang dah cuba cari kat mana-mana untuk download tapi tak jumpa. Dan biasanya korang akan perlukan ni bila nak download video cover. Kadang-kadang cover version lagi sedap dari original version kan? so korang kena convert lah dari format video ke format audio/mp3. Okay faham. So, korang ikut je tutorial ni. Cikidaut!

1. Korang pergi ke SINI . Bila korang dah masuk kat web tu pastikan webnya betul okay? ( Refer gambar kat bawah ni )


2. Buka youtube dan tekan right click dan COPY URL pada video yang korang nak download untuk diconvertkan ke format MP3. Kalau korang tak sure mana satu nak click, boleh refer gambr ye.

 3. Kalau korang dah copy URL tadi, pergi balik kat web youtubemp3 tadi dan PASTE kat dalam box  putih tu. *Masa korang buka awal-awal web youtubemp3 tadi, memang dah ada url kan? delete je url tu dan gantikan dengan url yang korang copy tadi. ( Refer gambar ikut nombor k )


4. Akhir sekali kalau yang macam dalam gambar tu keluar, tekan OK. Then, tunggu siap download. Dah siap! Selamat Mencuba!


 Jangan lupa comment ye sama ada menjadi ke tidak tutorial ni. Kalau nak request apa-apa tutorial boleh comment juga. Thank you :)

Wednesday 25 November 2015

BAGAIMANA MUZIK MENGUBAH MOOD DAN HIDUP ANDA?

Hello dan Assalamualaikum..

 Korang pernah tak rasa lega bila dengar muzik, tak kira lah cuma instrument atau berlagu. Lagi-lagi bila lepas korang rasa serabut, marah, tertekan. Pernah kan? Adakah itu bermaksud korang 'pencinta muzik'? Kalau ya, kita geng! Korang tahu tak muzik ni berdasarkan penelitian merupakan salah satu cara untuk lepaskan tekanan, menenangkan jiwa, mencerdaskan otak dan banyak lagi. Okay jom kita share macamana muzik tu boleh mengubah mood ataupun hidup kita.Cekidaut!

1. Menenangkan Fikiran.
  • Bila korang rasa tertekan dan rasa macam otak korang dah stuck dan tak boleh berfungsi dengan baik dah. Confirm mood korang pun rasa macam nak sepak terajang orang kan? (aku selalui macamtu eh, jangan bohong kalau korang tak pernah rasa macamtu ). Untuk mengelakkan mood korang tu terjangkit ke orang lain dengan perlakuan korang. Ambil sedikit ruang untuk dengar muzik. Cara aku, aku akan pergi kat tempat yang tak ada orang macam bilik ke, dan dengar lagu kat handphone. Aku akan make sure aku pakai earphone. So, korang boleh cuba, dengar slow muzik ke ataupun piano instrument ataupun yang rancak ikut kehendak korang. Tak ada masalah. 
  • Korang tak perlu sebarang ubat penenang ke anti-stress ke apa-apa jenis ubat semua tu. Kalau boleh elakkan lah.
2.  Merangsang Perkembangan Otak
  • Ini khas untuk ibu mengandung, research membuktikan bahawa kalau si ibu membiasakan mendengar muzik ketika hamil, boleh meningkatkan kecerdasan otak bayinya. Sel-sel otak tu senang berhubung lah kan bak kata iklan TV. Tapi jangan lah pulak nak dengar muzik keras sangat. Muzik klasik atau instrument adalah yang paling sesuai.
3. Fokus
  • Untuk yang mempraktikkan belajar atau buat kerja sambil mendengar muzik, korang boleh kekal fokus dengan mendengar muzik-muzik klasik atau yang bernada perlahan. Tak kisah lah bahasa apa sekalipun. Korang boleh tengok study tips yang lain yang aku sediakan ye. 
4. Membantu Proses Penyembuhan
  • Berdasarkan research dari University Of Kentucky, pesakit yang menjalani pembedahan yang berasa takut dan stress bila disuruh mendengar muzik sebelum ke ruang pembedahan dan  selepas pembedahan akan berasa kurang stress dan cepat sembuh berbanding yang tidak mendengar muzik.
  • Aku pernah terbaca berita di luar negara. Ada seorang lelaki koma apabila ahli keluarganya pasang muzik kegemaran dia tiap hari, dia sikit-sikit menunjukkan reaksi positif. 
5.  Meningkatkankan Semangat
  • Muzik rancak terbukti dapat meningkatkan mood korang. Tak kisah lah korang nak menari ke apa, yang penting mood korang kembali ke sedia kala. Mood korang jadi normal balik.
Muzik cara aku?
  • Tak kira lah mood aku dalam keadaan macamana sekali pun, aku tetap akan dengar muzik. Biarpun cuma satu dua lagu, aku mesti akan dengar lagu-lagu yang aku suka. Aku akan install apps yang terbaik yang sesuai untuk pencinta muzik macam aku tak kisah lah apps untuk mendengar lagu ataupun download. Biasanya aku akan install dari handphone samsung aku, sebab tak leceh dan banyak cikadak macam apple. So, yeahh.. apps yang lain aku dah delete sebab rasa macam tak best. Tinggal yang kat dalam gambar tu je yang aku rasa terbaik.

Apps Muzik Terbaik.
  • Bagi aku apps yang paling seronok dan menarik setakat ni adalah Spotify. Kat spotify ni, dalam mood apa pun korang, dia akan sediakan folder. Contohnya, kalau mood korang sekarang tengah nak dengar lagu country, pergi kat folder nya dan semua semua dalam tu adalah lagu country dari yang lama sampailah yang latest.
  • Apps terbaik yang kedua, ialah Smule, Smule ni seperti yang korang tahu, apps untuk karaoke ye kawan-kawan. So, kalau aku tengah stress ke ataupun bosan, aku biasanya akan buka smule dan cari lagu apa nak karaoke then nyanyi lah ikut suka hati. Korang pun boleh duet dengan orang lain dalam smule ni. Sangat berkesan untuk kurangkan stress dan lupakan semua masalah. Try lah!
  • Ketiga ialah Soundcloud, kat sini aku biasanya akan dengar cover yang dibuat oleh orang-orang biasa. Selain suka dengar muzik akustik, aku juga suka dengar cover. 

566 tracks dalam handphone aku still tak mencukupi --'

Kalau ada tips tambahan dari dorang dan apps muzik yang korang rasa best, boleh share kat ruang comment okay.

Tuesday 24 November 2015

APA YANG PELAJAR UNIVERSITI WAJIB TAHU?

Hello everybody..

Well, aku sebenarnya tengah dalam mood rindu dengan universiti. So sekarang dalam mood nak post entry pasal study. Tapi takpe lah sebab mungkin akan berguna untuk adik-adik yang baru nak menjejaki ke alam Universiti ke Kolej. Sebelum korang jadi part of the university, korang kena tahu apa korang wajib tahu dan korang perlukan sepanjang bergelar pelajar U. Cekidaut!

1. KAD PELAJAR/KAD MATRIX
  • Kad matrix ni korang boleh ibaratkan sebagai nyawa korang ye. Sebab korang kena bawa kemana je korang pergi sepanjang berada dalam kampus. Pergi kelas ke, ada ceramah ke pebenda. Korang kena bawa sampai kad matrix korang tu buruk lunyai. Haha. Tapi aku dulu masa sem 1 je pakai. Start dari sem 2 sampai habis aku tak pakai dah. Dan tak pernah kantoi dengan pak guard dan kena denda. Haha. Tak pakai kat sini bukan macam main letak je kad matrix tu taktahu mana. Tak pakai maksudnya, kad tu letak juga kat dalam bag cumanya tak keluarkan. 
  • Aku tak sure kalau U lain tapi kalau UiTM peraturan dia agak ketat tau so kalau korang kantoi dengan Guard yang korang tak pakai matrix, korang akan kena saman. Bayar RM50. Kau nak RM50 terbang melayang macamtu je? 
2.  BUKU ( buku teks, slides/handouts, buku manual )
  • Okay ini panduan especially untuk adik-adik yang baru nak masuk U. Bila dah start study nanti, korang mesti kena ada material atau bahan rujukan kan. Kat sini aku nasihatkan cari material daripada senior-senior. Biasanya dorang akan jual dengan harga yang lebih murah. Sebab kebanyakan subject untuk semester ni, tak akan ulang lagi untuk sem-sem depan. Kecuali kalau korang kena repeat paper la. Beli dengan senior ni banyak benefit korang akan dapat selain lebih murah dan korang boleh jimat duit, biasanya dorang akan bagi free past year questions. 
  • Honestly, korang akan lebih memerlukan slides/handout daripada buku teks. Sebab buku teks agak susah untuk korang nak hadam sebab tulisan panjang2 lah tak menarik lah macam2. Tapi Slides tu memang penting lah. Biasanya lecturer sendiri akan bagi soft copy untuk korang fotostat dan itu je yang akan korang gunakan. Dan buku manual pula sama penting untuk korang lebih memahami apa yang korang study. Contohnya, kalau dalam slide korang ada point-point je tak ada explaination, korang cari dalam buku manual biasanya ada. TAPI jangan salah buku manual eh, takut-takut isi dalam buku tu tak sama. So, tipsnya sebelum korang nak fotostat ke atau beli buku manual tu, tanya lecturer yang ajar korang subject tu. Kalau dia kata boleh juga, boleh lah proceed. 
  • Kalau lecturer korang nak juga guna buku teks untuk mengajar dan suruh korang beli, korang kena dapatkan juga lah buku teks tu. Lain pengajar, lain gayanya.
3. KELAS MALAM & KELAS HUJUNG MINGGU
  •  Bersedia untuk datang kelas malam dan hujung minggu ye. Benda-benda macamtu biasa untuk pelajar U. Memang rutin. Biasanya kalau yang buat kelas malam ni lecturer part-time dan kelas hujung minggu biasanya untuk replacement class atau kelas tambahan. Biasanya penyakit kelas hujung minggu ni datang bila nak dekat final exam. Haaaa, memang semua berlumba nak buat kelas masa hujung minggu. 
4. KEHADIRAN
  • Korang kena jaga kehadiran korang ke kelas. Kalau diikutkan kalau 3 kali tak datang kelas tanpa notis, korang akan dapat surat amaran pertama. Bila dah dalat 'surat cinta' tu, haaa maksudnya korang dalam pemerhatian fakulti. Dan kalau masih berterusan ( tak datang kelas tanpa sebab ), korang akan di'bar' dari final exam. Maksudnya korang akan disenarai hitamkan dari menduduki final exam. Dalam erti kata lain, kau tak boleh jawab final exam sebab nama kau dah dikeluarkan. 
  • Ada lecturer yang akan bagi amaran kat kau atau yang lagi prihatin, dorang akan tanya 'kenapa awak tak datang kelas minggu lalu? mana surat?' Itu kira dah bagus. Dan ada lecturer yang akan diam je tuptup ko dah dapat surat amaran. Creepy kan? 
5. TEAM-MATE MALAS
  • Untuk assignment, korang akan buat dalam individu dan berkumpulan. Saja lah nak ingatkan, kalau kerja berkumpulan tu, hati-hati kalau ada yang malas dan taknak buat kerja. Dorang akan biar member lain buat dan dia tak ada rasa aa-apa pun. Untuk orang macamtu, takpayah bawa dalam kumpulan. Kalau memang dah dalam kumpulan korang spesies yang macamtu, cuba cakap kat dia elok-elok. Kalau dia tahu malu, dia berubah lah. Kalau tak juga nak menolong, dalam assignment korang nanti kalau dah siap, jangan tulis nama dia. Boom!
6. TIBA-TIBA QUIZ/TEST
  • Haaaaa.. ini memang selalu jadi. Jangan nak buat-buat terkejut kalau tiba-tiba lecturer masuk kelas tak sempat duduk lagi dia dah cakap 'Okay, harini kita ada quiz', 'Class, harini kita buat test.'. Pesan aku, redah je! Hahaha.  
  • At least, malam sebelumnya tu, korang buat revision sikit pasal apa yang korang dah belajar masa class yang sebelumnya. So kalau ada benda-benda mengejut macamni korang tak sakit jantung. 
7.  OGA 
  • Ini yang palinggggg penting. Korang tau OGA tu apa? OGA tu On-Going Assesment. OGA ni akan menyumbang peratus yang besar dalam final exam korang nanti. Aku tak sure U lain, tapi tempat aku OGA menyumbang kepada 40% markah dan 60% lagi untuk Final exam. 
  • Mana datangnya OGA ni? Dari quiz, test, kehadiran dan ada lagi element-element yang lain. Biasanya lecturer akan bagitau berapa % korang dapat dalam OGA ni masa dekat-dekat nak final exam. Scary kan? So, jangan pandang ringan ye.
 Okay itu je setakat ni. Korang boleh tengok study tips kat jugak okay? Kalau ada pertanyaan atau komen atau apa-apa pun. Boleh comment kat bawah ye. Thank you :)

Saturday 21 November 2015

10 TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH DAN EFEKTIF ( Study Tips )

Heloo..

Kalau entry sebelum ni aku share tips nak memilih course yang sesuai kat Universiti. Kali ni nak share study tips. Tak kira lah untuk student sekolah ke atau U, rasanya lebih kepada student U tapi tak kisah lah mana-mana tips kat bawah ni yang rasa-rasa boleh digunakan untuk rujukan, boleh cuba ye. Biasanya kalau dah seharian kat sekolah atau kampus, memang tak larat dah nak buka buku kat rumah atau hostel. Kadang-kadang rasa malas tu berlanjutan lah sampai berhari, berminggu, berbulan. Dan bila rasa nak buka balik buku nak study, kat sana lah tiba-tiba datang macam-macam ragam ( lagi-lagi bila lepas cuti ). So, aku sediakan tips dan cara aku sendiri belajar.

1. PASTIKAN PERALATAN BELAJAR CUKUP.
  • Bagi aku, aku paling tak suka bila stationary tak cukup. Aku akan jadi hilang mood nak belajar terus. Perangai aku ni memang dari sekolah menengah lagi. So, mula-mula aku akan pastikan pen, pencil, pemadam, pembaris, highlighter apa semua memang ada dalam pencil box. Aku memang gunakan pencil box yang besar gedabak so aku boleh muatkan semua benda kat dalam tu. Termasuklah stapler kecil, stick note dan macam-macam. So, kalau perlukan apa-apa, memang dah ada kat dalam pencil box ye kawan-kawan. Tapi, kalau korang pakai pencil box yang kecil pun tak apa, asal stationary korang cukup, dah okay dah tu. 


2. NOTA & MIND-MAP
  • Kalau korang jenis yang suka study last minute, korang kena buat peta minda. Sebab bila korang study last minute dan nak baca buku teks tebal tu memang tak lah kan. Kalau korang baca pun, korang tak akan dapat catch up semua yang tertulis. So, korang perlukan mind map atau nota kecil je untuk baca. Masa yang sesuai untuk buat mind map atau nota ringkas ni setiap kali bila korang dah habis belajar satu tajuk, buat satu mind map/nota. Elakkan bertangguh ye. Bila korang tangguh, makin malas korang nak buat lagi. Lagipun bila korang buat mind map lepas je habis belajar tajuk tu, otak korang still lagi fresh.



  • Korang boleh gunakan pen berwarna supaya korang senang ingat fakta yang penting melalui warna. Aku lebih suka guna pen warna stabilo ni, lagipun tahan lama. Aku guna dari semester 2 sampai sekarang warna dia still terang lagi. Tak apa kalau mind map korang tak cantik, tak colourful, yang penting korang faham dan senang ingat.


  • Penggunaan stick note pun penting untuk korang tulis mana-mana isi penting untuk korang lekatkan kat mana-mana yang sesuai. Contohnya, formula math. Korang boleh tampal kat study board kat dalam bilik. 
3. TUMPUKAN PERHATIAN DI DALAM KELAS
  • Yang paling penting ialah korang kena tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Korang kena dengar betul-betul apa yang cikgu/lecturer sampaikan sebab apa yang dorang cakap tu benda-benda yang kadang-kadang tak tertulis pun dalam buku teks/slide. So, masa ni lah korang kena tumpukan betul-betul apa yang disampaikan dan kalau korang tak faham, sila tanya. Kalau korang malu nak bertanya depan kelas, masa take 5 ke bila-bila, korang boleh je jumpa dia personal. Lagi senang. 
4. STUDY GROUP
  • Study group ni juga berkesan untuk korang mengembangkan lagi idea dan pemahaman korang dalam pelajaran. Kalau ada yang korang tak faham, korang boleh discuss dan cari jawapan ramai-ramai. Lagi mudah untuk korang faham.
5. JAWAB BANYAK LATIHAN & SOALAN-SOALAN LEPAS
  • Percaya lah cakap aku, kalau korang banyak buat past year question, korang akan senang jawab untuk test atau final exam nanti. Sebab soalannya lebih kurang je cuma ayatnya je ditukar. Tapi elakkan spot soalan masa exam nanti, takut tak keluar, korang yang ternganga.
  • Untuk subject mengira, korang kena banyak buat latihan. Satu hari lima soalan pun dah cukup, supaya korang tak lupa dan senang ingat formula. Yelah, masa final exam nanti tak semua formula diberi kan. Ada yang korang kena ingat sendiri. 
6. HEALTHY SNACKS & WATER
  • Korang wajib minum air putih secukupnya tahu tak? Kalau pergi kelas ke library ke, bawa lah botol air. Kena cukup air dalam badan untuk otak korang berfungsi dengan baik. Kalau korang tak boleh berfikir dengan baik, susah lah korang nak study. Dan makanlah biskut atau snacks yang baik untuk kesihatan. Contohnya biskut jacob's atau yang mengandungi oats. 
7. HIGHLIGHTER
  • Guna highlighter untuk tandakan mana-mana yang penting. dan elakkan guna satu warna sahaja supaya korang tak terkeliru nanti. Sekali lagi aku cakap, warna memainkan peranan penting ye.

8. ENVIRONMENT
  • Yang ni tak semua orang boleh terima. Kalau macam aku, course aku memerlukan 80% menghafal dan mengingat dan bila study, aku akan dengar lagu. Kebanyakan kawan-kawan aku akan study kat tempat-tempat senyap untuk menghafal. Kalau aku, boleh belajar dalam keadaan yang ada muzik dan suasana senyap. Ikut mood juga. 
  • Bagi yang tak boleh belajar dalam suasana yang bising dan ada bunyi, korang boleh cari environment yang senyap contohnya library, dalam bilik dan tempat-tempat yang mengikut kesesuaian korang ye.
9. ELAKKAN STRESS & REHAT 
  • Korang tak boleh lah belajar terlalu kuat ye. Korang kena ambil masa untuk berehat dan rehatkan fikiran. Rehat dulu tengok drama ke runningman ke. Keluar kejap main bowling ke. Rehatkan fikiran dan elakkan stress. Kalau stress, apa pun tak dapat.
10. MENGAJAR ORANG LAIN & TAK KEDEKUT ILMU
  • Satu lagi tips berguna, dengan mengajar dan memberi penerangan kepada orang lain, korang makin cepat untuk mengingat dan tak mudah lupa. Rajin-rajin mengajar member korang bila dorang tak faham. Jangan kedekut ilmu, sebab ilmu tu untuk dikongsi. 

TIPS MEMILIH BIDANG/JURUSAN DI UNIVERSITI.


Mungkin entry ni sesuai untuk adik-adik yang nak melanjutkan pelajaran ke Universiti. Pemilihan bidang di Universiti adalah salah satu perkara yang sangat penting sebelum korang proceed untuk ke step seterusnya. Untuk yang lepasan SPM atau STPM dan masih tak tahu atau keliru nak pilih bidang yang sesuai, korang boleh refer tips yang aku sediakan okay?

1. MINAT DAN CITA-CITA

  • Pastikan korang kenal pasti minat korang dalam bidang apa dan cita-cita korang pada masa hadapan. Ini akan memudahkan korang untuk memilih bidang yang berkaitan dengan minat dan cita-cita. Contohnya, kalau korang minat dalam bidang pertanian, so fokus dengan bidang pertanian sahaja. So, dalam bidang pertanian tu, korang boleh pilih sama ada nak pengkhususan dalam perikanan ke, perladangan ke atau lain-lain. So, akan lebih senang untuk korang memilih dan tak keliru dengan bidang-bidang lain.
2. SESUAI DENGAN KEPUTUSAN
  • Ini yang paling penting, walaupun minat korang ke arah lain tapi keputusan korang tak mengizinkan untuk pilih bidang tu, jangan sesekali berkeras juga nak pilih bidang tu. Sebab apa? Tak akan dapat! Percaya pada rezeki. Keputusan upsr dan pmr korang dah boleh tolak tepi dah sebab tak akan diambil kira, Yang penting result SPM. Pilih bidang yang memang memerlukan kelayakan yang setanding dengan keputusan yang korang dapat. Minat boleh dipupuk ye adik-adik. Jangan risau.
3. BUAT RESEARCH
  • Sebelum korang pilih bidang yang korang nak. Tolong tolong tolong buat research pasal bidang tu. Bukan setakat tanya pakcik, maklong, kawan ye. Tapi buat research betul-betul supaya korang tak menyesal dengan pilihan. Paling bagus, korang datang ke 'KARNIVAL JOM MASUK U' atau mana-mana karnival pendidikan dan rajinkan diri tanya diorang yang jaga booth kat situ pasal bidang yang korang nak tu, bukan setakat bidang je, Universiti pun korang boleh buat research dan perbandingan. Biasanya lecturer pun turun padang jaga booth U masing-masing tau, so ambil lah kesempatan untuk bertanya, malu bertanya sesat jalan. Tau tak apa yang lagi best? korang akan dapat goodie bag free dalam dia ada pen, notebook dengan brochure. Hahahaha. Kalau tak dapat pergi, google je, mesti ada. Bila dah buat research betul-betul, korang boleh lah proceed. Utamakan buat research kat Universiti Awam ye adik-adik.
4. JANGAN IKUT KAWAN
  • Biasanya, kalau kawan korang nak bidang tu, korang pun akan ikut. Setia kawan lah kononnya. Padahal korang tak tahu apa-apa pun pasal bidang tu. Jangan sekali-kali okay? Bila dah masuk U, korang akan pilih jalan hidup sendiri untuk masa depan korang. Buat pilihan sendiri berdasarkan minat dan kemampuan masing-masing. Awak belajar kat U bukan berminggu dik, bertahun tau. 
5. PENDAPAT IBU BAPA
  • Pendapat ibu bapa pun memainkan peranan kat sini. Refer lah pada parents ye pasal bidang yang seeloknya korang nak pilih. Ibu bapa ni banyak pengalaman dan pengetahuan pun luas. Dorang tahu mana yang patut dan tak patut korang pilih. Jarang lah mak bapa kata TIDAK kalau anak-anak nak ke Universiti, so jangan takut dan jangan anggap ringan benda-bend macamni. Utamakan ibu-bapa.
6. PEKERJAAN
  • Korang juga kena buat research pasal prospek pekerjaan untuk bidang yang korang nak tu. Bila dah kerja nanti, korang kena buat apa? Sektor mana yang lagi bagus, berapa gaji. semua tu kena ambil kira dek non.
7. IPTA / IPTS
  • Aku nasihatkan pilih IPTA untuk jimat duit. Korang akan dapat banyak benefit kalau study kat IPTA, Silap-silap tak payah pinjam PTPTN sebab yuran pengajian tak sampai pun seribu untuk satu semester. Percaya atau tidak untuk yuran diploma UiTM, satu semester cuma perlu bayar RM480 dan kalau korang student baru (semester 1), kena bayar mahal sikit RM680. Tapi kalau korang nak juga IPTS atau rezeki dah masuk IPTS, it's up to you. Cuma be careful ye sebab sebenarnya ada yang tak mendapat kelulusan dan bila cari kerja nanti, kalau sijil tak ada kelulusan, korang tak boleh diterima kerja. Itu lah pentingnya buat RESEARCH.
8. BUAT PILIHAN BIJAK
  • Kalau korang dapat 2 tawaran sekaligus. Contohnya macam aku dulu, unexpectedly dapat tarawan Politeknik dan lepastu dapat juga tawaran UiTM. Di situlah pentingnya korang untuk membuat keputusan. Bandingkan kedua-dua tawaran dan bidang yang ditawarkan dan cari pro dan contra nya. Bila dah yakin, korang boleh proceed dengan pilihan korang ye. 
So, nasihat aku, buatlah pilihan bijak. Jangan terburu-buru. Nak tentukan masa depan ni tak boleh rushing tau. Sebab sekali kita dah melangkah ke U, kita tak boleh undur balik. Banyak yang menunggu korang bila korang melangkah ke alam Universiti ni. Sebab tu, keyakinan dan kesungguhan tu kena ada. Good luck untuk yang tengah stress nak pilih course/bidang tu. Jangan stress oi, kalau stress korang tak boleh buat keputusan dengan baik. 

Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh comment kat bawah ni ye, saya sedia membantu. Hee. Thank you :)

BOOK REVIEW : KELABU [bukufixi]

KELABU - NADIA KHAN
Heloo..
Korang pernah dengar tak tajuk ni? Kalau korang peminat tegar BUKU FIXI, buku yang mesti korang baca ialah kelabu. Sedangkan aku pun, buku fixi pertama yang aku beli adalah buku ni. Dah lama sebenarnya. Lama sangat. Tapi, buku ni sampai sekarang masih dalam senarai best seller walaupun dah berbelas cetakan. Kau bayangkan.

Bagi aku, buku ni wajib dan mesti dibaca. Aku dah ulang baca sebanyak 4 kali. Dan mula-mula aku baca, aku cuma ambil masa kurang dari 48jam untuk habiskan. Dan jangan terkejut kalau aku kata dalam banyak-banyak buku fixi, ini yang paling tebal. Dah macam kamus. So, mungkin review ni untuk yang baru berjinak-jinak dengan buku fixi ni.

Cerita ni sebenarnya akan bermain dengan perasaan dan emosi korang. Ye, betul. Dengan ke'macho'an si Amir, kegilaan Shah, dan Jun si gadis manis. Bila sampai pertengahan cerita, disitu lah emosi korang akan jadi tak berapa nak stabil. Silap-silap boleh keluar carut. Tapi tenang, banyak lagi yang korang akan tahu kebenarannya satu persatu muka surat ni. Walaupun cerita ni memang sangat-sangat 'kelabu', tapi ada lawaknya yang buat korang rasa sikit pun tak bosan baca buku setebal ni. Trust me! 

Untuk yang tak baca lagi. Nak bagi tahu kalau korang tak baca lagi kelabu, please lah baca ye. Korang tak akan menyesal. Tak akan. Oh ya, kalau korang dah jumpa buku ni takpayah baca sinopsisnya, terus je beli. haha. ( untuk buku ni je, buku lain korang nak baca, baca lah ), Tak payah tanya kenapa, korang akan faham bila baca buku ni. Okay setakat ni je. Selamat membaca.

Cik Maimon bagi full star 5/5 !

Friday 20 November 2015

BEAUTY REVIEW : JEJU ALOE VERA 99% FRESH SOOTHING GEL THE FACE SHOP



Kali ni kita cerita pasal product korea pula ye. Ramai dah tahu gel aloe vera ni sangat banyak kegunaannya kan? Banyak juga gel berlainan jenama yang terdapat kat pasaran. Tinggal pilih je. Bagi aku, pilihan yang paling sesuai ialah aloe vera gel keluaran THE FACE SHOP product dari korea. Kalau korang nak tahu, Jeju merupakan satu tempat kat Korea yang kaya dengan tumbuhan semula jadi nya. Dan tak hairan lah banyak product yang berasaskan tumbuhan semula jadi dihsilkan dari jeju island ni. Contohnya macam gel aloe vera ni, mengandungi 99% ekstrak aloe vera dan kalau korang buka penutupnya, bau aloe vera tu memang sangat wangi ye. Sejak awal tahun ni aku start pakai sampai lah sekarang dan tak terfikir nak tukar gel aloe vera brand lain sebab yang ini pun dah bagus sangat-sangat dah. Harga nya dalam RM20++ tapi THE FACE SHOP ni selalu buat sale. Korang boleh dapat dengan harga yang lagi murah. 
Kegunaan :


1. Moisturizer.
-Masa mula-mula aku beli dulu sebab muka aku mengelupas sebab tersalah guna cleanser, teruk juga lah. So, aku cuba beli ni untuk sapu pada kulit muka aku yang mengelupas terutama sekali kat bahagian hidung. Dalam 2 hari dah nampak perubahan ketara. Lepastu, aku mula guna sebagai moisturizer lah, aku gunakan setiap pagi dan sebelum tidur.
2. Merawat Rambut.
-Kalau rambut korang ada masalah kering dan menggerbang. Korang boleh pakai gel aloe vera ni dekat rambut untuk kurangkan kekeringan rambut korang. Bukan tu je, rambut korang akan jadi wangi. Untuk rambut yang tak ada masalah apa-apa pun korang boleh guna juga, no problem. Untuk make sure yang rambut korang sentiasa terjaga kan?
3. Sunburn
-Kalau korang lama sangat berjemur kat tengahari terik atau baru lepas mandi laut ke camping pengakap ke sampai muka merah-merah, korang sapukan je aloe vera gel ni untuk merawat kulit korang tu. 
4. Kulit Melecur
-Kalau kulit korang melecur, cepat-cepat sapukan gel ni kat tempat yang terkena tu supaya tak jadi teruk ye. Sebab housemate aku pernah kena air panas dan aku cuba sapukan gel ni kat tangan dia, alhamdulillah lecuran tu cool down. 
5. Selebihnya korang boleh refer gambar kat atas k.

Pros:

  • Wangi -Tidak melekit  
  • 99% ekstrak aloe vera 
  • Sejuk semasa diguna 
  • Bekas plastik dan tidak mudah pecah 
  • Boleh diguna untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif 
  • Berkesan sebagai pelembab dan mengurangkan sunburn 
  • NO paraben, benzophenone, animal oil, mineral oil, artificial coloring


Cons:

  • Mengambil masa yang lama untuk meresap ke kulit
Cik Senah bagi 4.5/5 bintang!

Thursday 19 November 2015

BEAUTY REVIEW : 21st CENTURY CHEWABLE VITAMIN C-1000mg


Heloo.. Kali ni nak buat review pasal suppliment yang aku makan. Mesti ramai dah familiar dengan brand 21st Century kan? Banyak suppliment yang dorang jual untuk pastikan kesihatan kita terjaga dari hujung rambut ke hujung kaki. Boleh cekidaut website kat link aku bagi kat atas ye. 

Seumur hidup, aku cuma ambil satu suppliment je ( setakat ni lah ), iaitu vitamin C. Ini kira 1st time aku ambil vitamin C. Sengaja ambil yang chewable sebab rasa lebih selamat dan berkesan. Sebab dapat rasa dia betul-betul cair kat dalam mulut. Haha. Untuk vitamin ni, dalam nya ada 60tablet, so dapat bertahan kira-kira dalam tempoh 2 bulan. Makan sebiji sehari ye, biasanya aku akan makan selepas makan malam. Ikut kelapangan korang ye. Tapi korang jangan risau, walaupun chewable, rasa dia sedap sangat. Kesannya korang boleh nampak dekat kulit, sama ada nampak lebih berseri dan cerah, dan juga melembabkan kulit. 
Bagi aku, vitamin ni berkesan untuk kulit. Sebab ini adalah botol kedua, aku boleh nampak kulit makin sekata berbanding dulu. Kalau ada luka atau jerawat, akan cepat baik dan kesan-kesan jerawat yang hitam-hitam tu makin hilang. Akan nampak perubahan kalau ambil konsisten. Dari segi kesihatan pula, kalau selsema pun akan cepat baik. Sebab aku jenis sensitif dan alah pada habuk. Dulu selalu gatal-gatal dekat hidung dan hidung berair. Tapi sekarang dah kurang gatal-gatal dan selsema akan depat baik.

Korang boleh dapatkan vitamin C ni kat Guardian dan Watson dengan harga RM29.90 ye. Tiap kali korang nak beli produk suppliment atau produk-produk lain, kena make sure original. So, kalau nak selamat, Guardian dan Watson lah jawapannya. 


Kepentingan Vitamin C 
1. KULIT DAN KULIT MUKA - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi.Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

2. ANTIOKSIDAN - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.

3. TINDAKAN KARDIOVASKULAR - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah



Kebaikan Vitamin C
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
-Anti penuaan dan anti kedut
-Mengatasi masalah resdung dan alahan
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar 
adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress


Lagi satu tips, kalu korang nak beli suppliment ke apa-apa product sekalipun, kena make sure yang ada batch code dekat bawah botol dan pelekat blink-blik ( Maaf ye aku lupa nak snap sticker blink-blink tu ). Untuk suppliment 21st century ni, sticker nya ada kat bahagian belakang botol tu. Jangan lupa juga periksa tarikh luput. 

Selamat Mencuba!

Cik Tipah bagi 4/5 bintang!

TIPS : ATASI BIBIR KERING

Bibir menjadi kering adalah salah satu punca masalah ketidakselesaan yang kita hadapi sehari-hari kan? Banyak faktor yang jadi punca bibir menjadi kering ni sebenarnya. Faktor cuaca atau environment, cuaca terlalu panas dan suhu terlalu sejuk pun boleh menyebabkan bibir kering dan merekah. Selain tu, ada beberapa faktor lagi seperti kurang minum air dan tabiat menjilat bibir. ( Bibir sendiri ye ). Okay kat sini aku sediakan tips macamana nak atasi bibir kering dengan mudah dan tak perlu berbelanja besar.

1. MINUM AIR PUTIH
Semua dah tahu kan sebenarnya bila kita kurang minum air putih, tubuh kita akan mengalami dehidrasi. Maka sebab tu bibir pun jadi kering sebab badan tak mendapat air yang secukupnya. So, korang kena latih diri untuk minum air putih 8 gelas sehari ye. Lebih tak apa, asal jangan kurang.

2. BUAH DAN SAYURAN
Pengambilan buah dan sayur ni baik untuk kesihatan sebab buah dan sayur ni banyak mengandungi air dan vitamin yang tubuh perlukan. Untuk yang tak pandai makan sayur macam aku, korang boleh lah banyakkan makan buah ye. Buah yang mengandungi banyak air contohnya tembikai(92%), tembikai susu(90%), nanas (87%), plum (85%) dan banyak lagi. Tapi syok makan buah tu, air putih jangan tinggal.

3. MADU
Korang tahu kan madu banyak khasiatnya dan boleh merawat macam-macam penyakit. Macamtu juga dengan masalah bibir kering. Caranya cuma calitkan je madu tu dekat bibir. Berfungsi juga untuk melembapkan bibir korang.

4. LIP BALM/LIP TREAT
Lip Balm pun berkesan untuk merawat bibir kering. Lip balm ni senang untuk korang bawa kemana-mana sebab kecil. Saiz lipstik kan. Ada banyak brand yang jual kat luar sana dan make sure korang beli yang betul-betul berkesan ye. Macamana? Rajin-rajin baca review ye kat blog ke mana-mana. Contohnya macam aku, lip balm aku selalu ada dekat pencilbox sebab bila dekat campus akan terdedah dengan air-cond kat classroom dan library, itu pun akan menjadi bibir korang jadi kering. Lip balm yang aku gunakan ialah jenama IN2IT. Disebabkan aku tak pakai lipstik, aku agak rimas kalau pakai lip balm yang berwarna, so aku beli perisa Vanilla yang sememangnya tak ada warna dan paling penting sangat membantu untuk pulihkan bibir kering. Selain vanilla, IN2IT ada perisa lain ye kalau korang nak yang berwarna, silakan beli yang berwarna ikut kesesuaian korang. Harganya cuma RM6++

Itu je untuk kali ni ye, kita jumpa kat tips lain pula. Selamat mencuba!

Wednesday 18 November 2015

BOOK REVIEW : LAKNAT [bukufixi]

LAKNAT - FAHMI MUSTAFFA

LAKNAT ni buku pertama yang rasmi label 'Untuk pembaca matang'. Dan bila aku start ja baca, aku dah faham kenapa label tu diletakkan. Laknat ni merupakan buku yang aku baca lepas ja habis baca BADUT . Sebenarnya ada beberapa buah buku lagi yang aku boleh baca, tapi aku cari buku ni untuk dihadam dulu. Nasib dah ada jual. Lama juga lah masa aku ambil untuk habiskan buku ni. Dalam 3 minggu macamtu lah.

By the way, melalui buku ni aku dah mula faham dan belajar, bila satu je peristiwa hitam yang kita panggil penderaan mental dan fizikal, si mangsa akan melalui banyak fasa-fasa yang secara pelan-pelan akan menjadikan diri dia bukan diri dia yang sebenar. Maka wujudlah karakter yang lain dalam diri dia. Split personality yang wujud dalam cerita ni buat kepala otak aku pening. Karakter Molly & Anita juga sesuatu yang aku tak sangka. Siapa Molly dan Anita? Korang kena baca sendiri. Aku sangat terganggu dengan cerita-cerita Molly, aku tak dapat tangkap siapa sebenarnya dia. Tapi aku dapat jawapan diakhir muka surat novel ni.

Dalam cerita ni juga wujud golongan-golongan atheist yang terus mempertahankan pendirian dorang tentang ketidakwujudan Tuhan sampai lah menemui ajal. Dalam keadaan yang paling siksa dan jijik. Dari segi gaya bahasa yang digunakan oleh penulis tu aku suka. Mungkin tak semua suka dengan jalan cerita yang sebegini, tapi sebenarnya dunia sekarang memang begini. Wujud si Alim Ulama yang serupa anjing, wujud juga si bijak pandai yang riak seolah dia tahu semua benda dan menidakkan kewujudan yang Diatas. 

Till then, Cauu.

Cik Bedah bagi 4/5 bintang!

BEAUTY REVIEW : BIO-ESSENCE MIRACLE BIO WATER


Hai semua..
Kali ni entry kita berkenaan review lagi. Haha. Kali ni aku nak share sikit pasal Bio-Essence Miracle Bio Water. Which is the hot item kan sekarang ni. Well, Aku sebenarnya dah beli lama dah, haritu beli sekali dengan cleanser NUTOX sekitar awal-awal bulan lapan macamtu lah. ( Beli pun sebab terpengaruh dengan twitter kbye ). Tapi sebenarnya, i found that this product is good and kinda addictive. Kenapa?

Yeppp! Multi-Purpose
Miracle Bio Water ni boleh digunakan untuk muka, badan, rambut dan untuk baby pun boleh. Kira macam all in one spray water lah. Sesuai untuk dibawa kemana-mana. Contohnya, aku akan make sure benda ni ada dalam beg aku kalau nak pergi ke kelas. Which mean, aku jarang pakai ni kalau kat rumah, kalau pakai pun untuk rambut, sebab kalau rasa-rasa rambut macam kering ke apa, just spray kan Bio Water ni. Sangat bagus! Untuk muka pula, aku akan selalu guna bila aku dekat luar. Contohnya bila aku terpaksa stay kat campus dari pagi sampai ke petang atau malam menghadap assignment yang menggunung, muka pun dah macam zombie, aku akan spray kan ni kat muka. Akan jadi segar balik. Muka pun jadi lembap dan kalau ada rasa penat dan mengantuk tu, boleh jadi fresh kembali. Air nya pun kalau spray tu sejuk ke dan mudah meresap dan lepas guna tu tak ada pun apa-apa kesan negatif macam gatal-gatal ke, pedih atau mengelupas. 
  1. Face such as relieving sensitive skin, controlling oil effectively, lifting skin, refining pores etc
  2. Body such as soothing and calming damaged skin, moisturizing and refreshes skin under hot sun
  3. Hair such as moisturizing lustrous hair and relieving dryness & split ends
  4. Babies such as soothing diaper rashes and ideal skincare for babies

And disebabkan Miracle Bio Water ni sangat best untuk diguna, korang semua boleh bawa kalau travel ke, kerja outstation ke, yeahh kalau korang buat aktiviti luar, masukkan lah ni dalam handbag ke clutch bag korang. Kalau rasa macam malassss sangat nak bawa botol yang panjang 100ml ni, ada yang kecil lagi botolnya, aku tak sure berapa ml tapi haritu ada nampak. Comel je.

Selain tu, Bio-Essence pun ada product lain juga. Which is got many positive feedback. Korang boleh cuba tengok kat mana-mana yang ada jual ye, (paling senang guardian/watson je) Heee..

Harga untuk 100ml Miracle Bio Water ni dalam RM16++ dan ada juga jual dalam bentuk value pack, murah sikit lah kot. So, itu sahaja dari akak. Selamat mencuba. 

Cik Senah bagi 4.3/5 bintang!


Tuesday 17 November 2015

BEAUTY REVIEW : AIKEN TEA TREE OIL SPOT AWAY PIMPLE CREAM


Untuk yang ada masalah jerawat, i mean kalau tiba-tiba jerawat nak menggatal tumbuh dekat muka ke, korang boleh pakai this product ye. Cream ni oil free, so untuk yang ada masalah oily & sensitive skin tu jangan risau dik non.

Cara pakai :
-Sebaiknya korang siap-siap bersihkan muka dulu guna cleanser, and then baru lah apply. Tak best lah kalau apply cream ni dengan muka berminyak dan tak bersih apa semua kan. Kebersihan tu memainkan peranan penting ye. So, cuci muka dulu, then apply la kat mana yang tumbuh jerawat / bekas jerawat. Biasanya bekas jerawat tu warna gelap-gelap kan, letak ni, pelan-pelan dia akan hilang. 

Untuk jerawat yang baru nak tumbuh, korang pakai cream ni kat tempatnya, esoknya tak akan jadi tumbuh. Biasanya, macam tu lah. Tapi kalau tumbuh juga, just keep on apply cream ni sampai kecut ye. Kalau yang dah besar atau membengkak, kalau korang apply, korang akan rasa gatal-gatal tau kat pimple tu, alaaa cream tu nak berlawan dengan bakteria kan, so itu normal jangan risau ye. Bekas jerawat pun boleh hilang, cuma ikut keadaan kulit lah, ada yang cepat hilang, ada yang ambil masa. Tak semua kulit sama kan. Sabar. Selamat Mencuba. 

Harga :
-Korang boleh dapatkan dengan harga RM9.90 sahaja (20g).


Cik Samsiah bagi 3.5/5 bintang!

BOOK REVIEW : BADUT [bukufixi]

BADUT - MARISA, DWI, RIZKI


Badut ni sebenarnya ceritanya aku baca masa tengah-tengah nak final exam haritu. Masa orang sibuk study week, aku sibuk baca novel lah, layan k-drama lah. ( Jangan ikut macam aku, nanti punah harapan ) haha. Tapi, aku start baca masa study week, tapi lepas habis jawab last payyyper, baru lah aku sambung baca balik. Nasib baik jugak lah aku insaf kan masa final exam tu, aku letak jauh-jauh buku ni muahah.

Okay, sebenarnya buku ni ada versi indonesia dan badut ni adalah versi bahasa melayu nya. Buku ni nipis je, cerita pasal si badut yang ceria dan selalu buat orang happy tapi kehidupannya yang sebenar tak lah gembira pun. Akhirnya dia dibunuh, dan lepas tu banyak lah benda-benda pelik jadi. Korang nak tahu siapa yang bunuh? kenapa dia dibunuh? Apa yang jadi lepas dia kena bunuh tu? Haa.. korang baca lah sendiri. Alaaa, bukannya tebal pun buku dia, silap-silap sehari korang dah khatam dah.

Bagi aku cerita dia smooth, cuma ada sikit yang agak membosankan. Seram tak berapa seram juga lah. Tapi ada part-part dia yang buat aku curious juga. Apa sebenarnya yang 'dia' nak sebenarnya. haha. Okay, itu je untuk review kali ni. Cauuu.

Cik Adele bagi 3/5 bintang!

Monday 16 November 2015

BOOK REVIEW : LARI [bukufixi]

LARI - MIM JAMIL

Sebenarnya buku ni aku dah baca beberapa bulan yang lalu. Tapi tak sempat lagi buat review. Seingat aku, aku habiskan buku ni dalam 2 atau tiga hari macam tu lah. Apa yang aku boleh cakap, penceritaaan buku ni simple, bahasa yang digunakan tu bahasa mudah dan santai. Yelah, budak-budak 14 tahun punya cara cakap kan.

Mengisahkan Rahman budak 14tahun yang lari dari rumah sebab dah malas nak tinggal kat rumah dengan bapa tiri yang gila kentang punya jahat dan mak dia yang asyik dok diam je dengan apa yang pak tiri dia dah buat. So, dalam perjalanan dia nak cari pakcik dia tu, banyak benda yang dia lalui. Kelakar cerita ni, kalau si Rahman ni depan mata aku, aku tampar-tampar muka dia. haha. Tapi endingnya, tak semudah yang korang jangka, atau korang tak akan dapat jangka. Sedangkan aku pun ternganga pfft. 

Okay setakat tu ja yang aku boleh bagi tahu. Nak bagitahu panjang-panjang kang tak saspen pula. Pergi beli sekarang! 
Kalau korang nak beli online, atau nak tengok tajuk buku yang lain boleh KLIK SINI ye. Oh any Sabahan yang nak cari buku fixi kat mana ada jual, cari dekat TIMES k? Sebab Sabah belum ada MPH dan seribu kali korang keluar masuk POPULAR, memang tak akan ada jual kat situ ( except for fixi novo ) sebab aku pernah nampak haritu. 

Okay cauu!

Cik Maimun bagi 4.3/5 bintang! 

Sunday 15 November 2015

Tamatlah Diploma Pentadbiran Awam UiTM.

Ini gambar aku eh. Tak curi.
Heloo heyy. Harini aku macam bermurah hati dan ringan sikit tulng nak update pasal personal matter. ( Reviews tu kejap-kejap lagi eh? ). Well, inginku laungkan satu dunia yang aku dengan separa rasmi nya sudah menamatkan diploma. kenapa separa rasmi? Kalau dah graduate nanti baru lah boleh dikatakan 100 peratus rasmi kan? haha. So, disebabkan harini aku ada mood nak update blog, aku mungkin akan tulis panjang meleret. 

Tapi, mungkin berguna untuk sesiapa saja diluar sana yang rasa dia tak berapa nak boleh 'angkat' kehidupan di Universiti ni. Kenapa? Sebab apa? Aku pun pernah rasa macamtu. Pernah rasa serabut gila dengan kehidupan U. Rasa nak give up, rasa nak berhenti dan cari kerja, dapat duit dan beli apa-apa yang aku nak. haha akak dah berkali terfikir macam tu dik. Meh akak cerita meh..

Macam mana boleh masuk UiTM?
-Rezeki. Result SPM aku bukannya gempak mana weyy. Tapi bersyukur lah dengan berbekalkan result tu, melebihi dari apa yang cikgu aku expect. Aku? Aku tak ada expectation langsung. Even untuk dapat A pun tak ada. Lepastu, aku dapat tawaran form 6. Aku pergi lah. mak aku dah membebel suruh masuk. Tapi tak sampai sebulan aku dah blah. Sebab dapat tawaran Politeknik kat Sabak Bernam Selangor (Aku dah lupa nama dia ) course environment engineering. Dah nak pergi doh, tapi lepastu dapat pula tawaran UiTM kat Kota Kinabalu course Public Administration atau dalam bahasa ibunda nya Dip. Pentadbiran Awam. Kau nak singkat lagi, DPA. Dah fikir banyak-banyak kat mana aku nak pergi ( Poli atau U ), aku buat keputusan untuk pergi UiTM. So, kat sana lah permulaan hidup aku sebagai pelajar UiTM. Aku nasib baik lah sebab aku kiranya dah terlambat masuk sebab orang dah masuk chapter 2, aku baru start masuk kelas. kau rasa? haha. 

Semester 1.
-Aku banyak buang masa kat sini. sepanjang 6 bulan. Aku pergi kelas. Bila sampai bilik hostel, aku tengok movie. haha. Ye, betul. Aku langsung tak perform. nak dipendekkan cerita, semester 1 aku berlalu begitu saja. Entah, rasanya sebab aku dah kena culture shock ke apa entah la. Tapi, aku rasa memang silap diri sendiri. Hasilnya, aku dapat pointer mati dan aku dapat 1st warning(P1). 

Semester 2.
-Aku dah start cuak kena lagi nd warning(P2) untuk semester kedua ni. So, aku jadi rajin sikit lah. Aktiviti U pun aku involve, talk ke apa ke. aku akan ikut. Aku pun dah start cari member yang 'berotak' dan aku dah rajin sikit buat revision. GPA aku sikit dapat kepala 3 tapi tak sampai. So, yeah. At least, aku dah boleh dapat pengajaran supaya aku tak ulang silap yang sama macam semester 1. Aku dah dapat bezakan bila masa aku boleh main, dan bila masa aku kena fokus. 

Semester 3.
-Untuk student DPA, kitorang akan start belajar subject Law masa semester 3 sampai lah semester 5. Dan yang paling core adalah business law yang akan study masa sem 5. Untuk semester 3 ni aku ambil 8 subject sebab aku kena kurangkan subject masa sem 2 untuk make sure pointer aku naik. So, subject yg sepatutnya aku ambil masa sem2, aku ambil masa sem 3 ni. And luckily, aku pass semua subject sem2 dan failed subject law. Untuk sem 3, subject law nya ialah Malaysian Legal System atau MLS. 

Semester 4.
-Masa ni aku dah start couple. Aku rasa aku start tu masa hujung-hujung semester 3. So, entah lah maybe aku terlalu fokus nak menjaga anak orang daripada fokus dengan study kot. Tak, sebenarnya, org tu tak bagi negatif impact pun kat study aku. Dia banyak gila bagi support & advice. So, aku sampai skrg tak salahkan dia. Sebab aku sendiri yang lost control. well, love can kill you. haha. dan aku failed subject calculation. Betapa besarnya impact subject calculation tu nanti aku explain dalam next entry ye.

Semester 5.
-Nak masuk-masuk sem 5 ni aku dah break up. Setelah setahun lebih. Haha padan lah muka aku. So, bila dah masuk sem 5, aku langsung tak boleh fokus kat apa-apa. Aku start buat something yang aku rasa nak buat. Lantak lah. Almost 2month aku tersepit macamtu and finally i made a big decision untuk stay hostel ILLEGALLY. (Yepp, start dari sem 2 sampai sem 7 aku dah start tinggal luar ye adik-adik, sewa rumah). Aku terfikir kalau aku macamni sampai habis sem, GPA aku memang teruk habis. So, i made a decision utk tinggal kat bilik member merangkap kawan2 satu kelas, sampai habis sem. And Alhamdulillah, aku pass semua subject.
And untuk DPA, kitorang cuma ada 5 semeter. Dan aku tergolong dalam budak-budak yang extent.

Semester 6.
-Awkward as fuck bila sampai sem 6. Tapi tak lah malu sangat sebab aku ni tergolong dalam golongan-golongan student yang bermuka tembok. Jangan risau, aku tak keseorangan. Member-member aku pun pulun semua extent. hahahaha. Tapi start sem 6 aku dah nakal balik, tapi nakal-nakal pun bila aku dengan dorang, tetap study. 

Semester 7.
-Semester yang paling sedih untuk aku. Hahaha. tak ada lah sedih sangat dik non oi. Cuma, member aku lain extent sampai sem 6 je. Aku bertiga dengan dua org lagi member still ada kat sana. Kau rasa? Tapi kan sem akhir ni lah, aku rasa yang banyak ajar aku betul-betul untuk jadi someone yang berdikari. almaklumlah, member semua dah tak ada. Kat rumah sewa pun, semua akak-akak yang dah bekerja. Tapi yang bestnya, dorang selalu bagi advice kalau rasa-rasa tgok aku yang gila ni tiba-tiba jadi moody. And bila dah nak pindah, rasa sedih gila. So, comclusionnya, tamatlah riwayat aku di UiTM bila dapat result haritu, semua subject pass.

So, pokok pangkalnya. Jangan give up. tak kisah korang extent sampai setahun dua ke, teruskan je. Tak payah nak dengar sangat cakap orang. yang cakap pasal kau tu, kot-kot SPM pun tak lepas. kannn? Aku pernah terfikir nak quit je dari uitm tu. Sebab aku rasa aku memang yang paling bodoh lah. 3 pointer pun cuma hampir-hampir je tak pernah pun dapat GPA tu 3pointer. Tapi, kena ingat lah, korang nak cari kerja, bukan setakat tengok pointer je. Rezeki tu Allah sentiasa bagi. Yang penting usaha jangan putus. Jangan menyesal dengan keputusan yang kau buat, sebab semua tu mesti ada hikmahnya. Bila kau rasa kau dah penat, slow down, relaks, dengar lagu dulu, chill-chill dulu tengok runningman ke. Lepastu, bangun balik. Prove them wrong. Okay? 

Ingat aku 7sem tak penat ke, tapi tulah tak ada benda yang senang untuk kau capai dalam dunia ni. Teruskan je. Nanti bila dah habis belajar, kau akan rasa puas dia lain macam. 
Masa aku tengah tunggu result haritu, tangan dan kaki aku sejuk dan dahi aku berpeluh. Sebelum ni aku tak pernah rasa macamtu pun. Dan bila datang je email, aku terus buka, bila nampak semua subject aku dia tulis LU, ada jugak la berkaca mata ni kan. Bangga dengan diri sendiri. So, please please please jangan give up selagi kau masih bernafas dan masih boleh tuntut ilmu. 

Adik-adik yang dapat offer course yang sama macam aku ni kalau nak tanya apa-apa pasal course ni boleh je komen kat bawah tu. Akak nak tolong ni dik oi. Hee okay cau.


p/s : Untuk subject DPA dari semester satu sampai lah semester 5. Apa yang korang belajar, subject apa, subject tu pasal apa. Aku akan explain dalam next entry okay? Aku dah penat menaip.

Saturday 14 November 2015

BOOK REVIEW : ORANG NGOMONG ANJING GONGGONG [dubookpress]


ORANG NGOMONG ANJING GONGGONG - MUTALIB UTHMAN

Rasanya dah lama aku tak buat review buku. Sejak dah masuk sem Jun lalu sampailah Oktober, memang aku tak ada masa nak membaca novel-novel semua ni. Tapi beli tu tetap beli la, baca je tak ada masa. So, makin bertambah lah koleksi dan stok buku aku sekarang haha.

Okay kali ni aku nak buat review pasal buku ni. ( tengok gambar atas, jangan pemalas ). Buku ni sebenarnya hasil perahan otak boss besar kepada Dubook Press, Abiang Mut. Buku ni bukan lah novel pun. Cuma catatan sindir menyindir dan dalam masa yang sama akan ajak korang berfikir betul tidak apa yang dia dok tulis. Dan sememangnya betul. Hahaha. Alahh, siapa yang makan cili dia lah rasa pedas kan?

Overall, aku habiskan buku ni dalam masa 20minit campur dengan ketawa, korek hidung, kentut, semua lah. Bacaan yang santai dan kelakar. tapi korang akan dapat jugak manfaat ( kalau korang jenis tak bodoh dan rajin berfikir ). Sebab dia kata, 'orang bodoh dilarang baca'. Hahaha. Tak ada pun unsur-unsur menghina atau menghasut ke apa benda, otak tu jgn nak sempit sangat ye.

Kalau korang rasa-rasa nak usha buku-buku yang Dubook Press jual boleh KLIK SINI ye. Atau datang terus kedai diorang dekat Bangi.

Itu je buat masa ni. Cik Bibah bagi 4/5 bintang!

BEAUTY REVIEW : ST. IVES SCRUB (APRICOT SCRUB BLEMISH CONTROL )

Hai.. okay so now nak buat shoer review pasal scrub yang aku guna. Tengok gambar je dah tahu brand apa kan? ST.IVES ni sebenarnya ramai je yang bagi positive feedback kat twitter ke or facebook ataupun korang google je memang ada. scrub ni kalau tak silap ada empat jenis utk purpose yg berbeza-beza lah. 1st try aku guna APRICOT SCRUB. Scrub ni aku bagitahu eh, memang wangi dan bila kau apply kat muka, kau rasa selesa lah juga dengan bau dia kan.

1. CARA PENGGUNAAN. KENA PAKAI HARI-HARI KE?



-Honestly, ini 1st time aku pakai scrub bagai ( sebab kulit aku Masyaallah makin teruk ). So aku pun ambil dengan berani nya nak pakai produk-produk ni untuk cegah kulit aku dari tambah bermasalah. Okay by the way. cara nak guna lepas korang cuci muka guna cleanser, lepastu apply lah scrub ni, sapu je kat muka. focuskan kat tempat yang bermasalah contohnya kat area hidung yang biasa tumbuh blackhead/whitehead. Tunggu beberapa minit ( jangan lama sangat ), lepastu basuh. Danggg! lepas korang basuh dah bersih tu korang akan rasa kulit muka korang licin dan lembut. haha. ye, betul. Jangan satu ganas sangat ye, sebab untuk struktur apricot ni, struktur dia kasar. Takut kulit korang luka nanti. Pelan-pelan je. 

-Tapi dek non, tak payah pakai hari-hari ye, sebab kalau pakai hari-hari kulit korang akan jadi kering dan tak pasal-pasal masalah lain pula timbul. dalam 2-3 kali seminggu tu dah cun dah. 

2. KAT MANA JUAL DAN HARGA?
-Macam biasalah korang boleh dapatkan kat watson or guardian. Sebab kat sana je yang senang nak dapat kan. Tak payah susahkan diri cari tempat lain. Untuk ni aku minta ampun sangat aku dah lupa harga, tapi masa aku beli dalam RM20++. 


3. KESAN SELEPAS GUNA.
-Minyak dekat muka terkawal. ( maksudnya muka dan tak terlalu berminyak )
-Lepas guna, kulit akan rasa bersih, halus dan licin
-Membantu kawal blackhead/whitehead
-Mengurangkan pores
-Membantu mengawal pertumbuhan jerawat
-Tanggalkan kulit mati

So, bagi aku, product ni sangat bagus dan struktur dia yang kasar tu tak menjadi masalah. ( bagi aku lah ). yang paling penting, produk ni FREE PARABEN. So, tak perlu bimbang.

Cik Noy bagi 4/5 bintang !

Friday 13 November 2015

BEAUTY REVIEW : NUTOX SKINCARE




Hai heloo.. So, kali ni aku nak buat review pasal product skincare. Well, aku bukan lah pakai make up ( tak pernah ) tapi aku pakai lah skin care sebab aku punya kulit oily & ada masalah pores. kadang-kadang pun jerawat tu bermaharajalela. So, tak taknak aku kena pakai lah benda alah ni. So, basically aku pernah guna beberapa product dan ada yang okay ada yang tidak. dan still tak boleh menyelesaikan masalah pores aku yang makin teruk ni k.

Aku pakai NUTOX dah lebih kurang 4 bulan dan aku start pakai cleanser and then toner dan kadang-kadang aku pakai moisterizer. Korang boleh guna NUTOX tanpa was2 sebab Halal dan FREE Paraben.


Meh lah aku explain sikit satu-persatu, sebab aku tau korang tak berapa nak rajin sangat nak cari kat banyak-banyak blog kan. elehhh..

1. CLEANSING FOAM 
-Sebab aku beli cleanser ni salah satu nya ialah sebab kulit aku yang berminyak. Kalau kulit muka kau jenis yang oily macam aku, kau sangat-sangat memerlukan ni. Sebab hasilnya sekarang kulit aku dah kurang berminyak. Macam biasalah, pakai dua kali sehari pagi dan malam. Berbeza sikit dengan cleanser lain, bau dia tak lah wangi, ada bau-bau ubat sikit tapi hasilnya berkesan. kalau tak, takkan lah aku guna lagi kan. Dan product NUTOX ni mengandungi bird nest collagen ( kolagen sarang burung ) yang dapat membantu dan mengekalkan keremajaan kulit korang tu.

2. ASTRIGENT TONER
-Okay ini paling best. Toner ni yang banyak membantu sebenarnya. Toner ni sangat berkesan kat pores aku. dah pakai beberapa bulan, nampak la perubahan kulit aku poresnya dan berkurangan. Yes, betul. Walaupun progressnya ambil masa sikit tapi memang berkesan. Tapi tak lah aku kata kulit aku dah flawless habis takde pores langsung kan. tu tipu lah cik bedah oi. Toner ni pun sangat selesa pakai. Apply kat muka dan kau tap tap kan kat seluruh muka, dia akan cepat menyerap. So, tak ada lah tinggalkan kesan berminyak ke apa. dia akan terus meresap ke dalam kulit muka hang. Strukturnya pun tak melekit.

3. MOISTURISING LOTION
-Ha.. yang ni sebenarnya aku tersalah beli. Disebabkan main rembat je sebab nak cepat masa tu. But Lotion ni khas untuk yang berkulit kering, boleh cuba ni. Dia akan melembabkan kulit kau. Dah nama pun moisturiser kan. Tapi, kalau aku duduk lama dalam tempat yang ber air-cond macam library ke, kelas ke, aku akan apply ni. Sebab kalau duduk lama-lama kat tempat yang berhawa dingin pun kulit akan jadi kering. So, aku apply ni untuk mengelakkan kekeringan yang melampau gittew. Tak selalu guna, tapi bila guna resultnya tak mengecewakan. Trust me. Awak-awak yang ada masalah kulit kering, boleh cuba ni ye.

KAT MANA NAK DAPATKAN DAN HARGA?
Korang boleh dapatkan kat farmasi watson & guardian ( mungkin ada kat tempat lain, aku tak sure ) tapi kat watson dan guardian confirm ada. Kalau tak jumpa, kau tanya je pekerja-pekerja kat sana ( malu bertanya sesat jalan ) hahaha. Dan harga nya start dari RM18++ sampai lah RM60++

Sebenarnya ada banyak lagi product NUTOX ni. Ada BB cream, serum, Night Repair, etc. Kalau korang nak gunakan fullset pun boleh je. Ikut kemampuan dan keselesaan masing-masing. Apa-apa pun, korang boleh check dan like kat NUTOX OFFICIAL FACEBOOK untuk tengok info yang terbaru. Dorang akan selalu update kalau ada product baru ke, atau dorang tengah buat contest ke, ataupun tengah buat sale.

Ni korang boleh refer kat gambar kat bawah ikut jenis kulit muka korang k especially yang rasa-rasa nak guna fullset tu.




Cik Bedah bagi 4/5 bintang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...