Thursday 19 November 2015

BEAUTY REVIEW : 21st CENTURY CHEWABLE VITAMIN C-1000mg


Heloo.. Kali ni nak buat review pasal suppliment yang aku makan. Mesti ramai dah familiar dengan brand 21st Century kan? Banyak suppliment yang dorang jual untuk pastikan kesihatan kita terjaga dari hujung rambut ke hujung kaki. Boleh cekidaut website kat link aku bagi kat atas ye. 

Seumur hidup, aku cuma ambil satu suppliment je ( setakat ni lah ), iaitu vitamin C. Ini kira 1st time aku ambil vitamin C. Sengaja ambil yang chewable sebab rasa lebih selamat dan berkesan. Sebab dapat rasa dia betul-betul cair kat dalam mulut. Haha. Untuk vitamin ni, dalam nya ada 60tablet, so dapat bertahan kira-kira dalam tempoh 2 bulan. Makan sebiji sehari ye, biasanya aku akan makan selepas makan malam. Ikut kelapangan korang ye. Tapi korang jangan risau, walaupun chewable, rasa dia sedap sangat. Kesannya korang boleh nampak dekat kulit, sama ada nampak lebih berseri dan cerah, dan juga melembabkan kulit. 
Bagi aku, vitamin ni berkesan untuk kulit. Sebab ini adalah botol kedua, aku boleh nampak kulit makin sekata berbanding dulu. Kalau ada luka atau jerawat, akan cepat baik dan kesan-kesan jerawat yang hitam-hitam tu makin hilang. Akan nampak perubahan kalau ambil konsisten. Dari segi kesihatan pula, kalau selsema pun akan cepat baik. Sebab aku jenis sensitif dan alah pada habuk. Dulu selalu gatal-gatal dekat hidung dan hidung berair. Tapi sekarang dah kurang gatal-gatal dan selsema akan depat baik.

Korang boleh dapatkan vitamin C ni kat Guardian dan Watson dengan harga RM29.90 ye. Tiap kali korang nak beli produk suppliment atau produk-produk lain, kena make sure original. So, kalau nak selamat, Guardian dan Watson lah jawapannya. 


Kepentingan Vitamin C 
1. KULIT DAN KULIT MUKA - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi.Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

2. ANTIOKSIDAN - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.

3. TINDAKAN KARDIOVASKULAR - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah



Kebaikan Vitamin C
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
-Anti penuaan dan anti kedut
-Mengatasi masalah resdung dan alahan
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar 
adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress


Lagi satu tips, kalu korang nak beli suppliment ke apa-apa product sekalipun, kena make sure yang ada batch code dekat bawah botol dan pelekat blink-blik ( Maaf ye aku lupa nak snap sticker blink-blink tu ). Untuk suppliment 21st century ni, sticker nya ada kat bahagian belakang botol tu. Jangan lupa juga periksa tarikh luput. 

Selamat Mencuba!

Cik Tipah bagi 4/5 bintang!

49 comments:

  1. Ape beza 1000mg dgn 250mg ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BEZA DIA DOSE.. 1000MG TINGGI DOSE DIA TP KNE TGK BERAPA DOSE YANG BADAN KITA PERLUKAN

      Delete
    2. Mcm mana nak tau berapa mg badan kita perlukan ?? Sya terambik yg 1000mg pnya..so dnga kata mcm tinggi sngt dose dia ..tpi boleh ke ?

      Delete
  2. bezanye 1000mg lagi bnyk dri 250mg .. kita disyorkan utk makan 1000mg sehari utk dpt lebih kesan positif laa. tpi jangan makan lebih pulak. kalau lebih lain pulak jadinye nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk...Ap yg sy bljr, Mne ad vitamin b dan c dtgkn kesan buruk. Mkn byk pon takpe. Sbb dia water soluble. Kalau vitamin A, D, E, K tu yelaa x leh makan byk, sbb akn jd toksin dlm badan. Hehe, sbb dia fat soluble.

      Delete
    2. http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-dan-ketoksikan-vitamin-c/

      Delete
    3. Anon, consume berlebihan vitamin c tak datangkan kesan buruk cuma rugi je lah. Sebab kalau berlebihan consume, vitamin c yg terlebih tu hanya akan dikeluarkan melalui toksin badan mcam urine semua tu tanpa diserap oleh badan. tq

      Delete
  3. Assalamulaikum...nk tanya,klu mkn vit 1000mg ni bleh makan skli dgn 21st century b-complex tak? Nak naikkan berat badan sekali merawat ekzema,dan kulit kusam..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Biasa dlm multivitamin pun mmg combination of vitamin B 1,6,12 and vitamin c dlm 1 tablet. So mksdnye should be ok je makan sekali

      Delete
  4. Nak tnye vitamin ni mengemukan x..dh byk sy cuba vitamin kebanyakan naik badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. vitamin apa yg boleh naikkan badan tu ye, sy susah nk naik berat badan :(

      Delete
    2. Cuba vitamin c jenama shine . Sy pernah gemuk masa amalkan vit c shine . Dan pernah test dekat beberapa kawan , memang naik kilo . Lepastu sy stop sebabnya terlebih berat dari yg sy nak , selera makan terlajak hahaha

      Delete
  5. Nak tnye vitamin ni mengemukan x..dh byk sy cuba vitamin kebanyakan naik badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOLEH BERTANYA DI KLINIK BERHAMPIRAN BAGI JAWAPAN YANG LEBIH DETAIL

      Delete
  6. Hello., nak tanya kalau msa period.. Bole mkn tak ubat ne?

    ReplyDelete
  7. Klau dalam tempoh haid boleh tak makan women multivite with epo, royal jelly & Korean ginseng

    ReplyDelete
  8. Nak tanya,kalau ibu hamil boleh tak mkn vitamin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tak silap sbb ibu hamil paling memerlukan vitamin c

      Delete
  9. Bagus utk badan Betul Saya Dah Cuba.. Selepas makan beberapa Minit Akan Terasa Mcm kelembapan pd kulit Dan Perasaan rasa mcm happy Dan mood jadi OK.. Mula Saya tak jumpa pharmacy cerita hal Alahan pemakanan.. Lama kami consultation hal Alahan Dan Akhirnya pharmacy mencadangkan vit-c
    So Saya Baru 1/2 jam Mengunakan Dan Terus rasa kesan kesan kebaikan nya

    Baru Sebiji mencuba Niii , Kalau guna Seterusnya nya haha Makin lebih Hensom laaah Saya haha.. Joke

    Boleh u all try 100 % sy cadangkan Produk Apa Sahaja vit - c

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. BOLEH CARI DI SEMUA DRUG STORE MALAYSIA.

      Delete
  11. baru beli , xtry lg . tuptup mmber kata adik dia mkn brt bdn naik . Haih . tp harap tak la .

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try? naik ke? risau pulak nak try

      Delete
    2. xlah, dy naik badan sbb xcontrol makan, bkannya salah vit C. haha. sy pn dah try. xdaa lah naik badan. makan yg control. bkan salah Vit c. sy pn jenis y cpat naik berat, tp so far ok jee. xda masalah.

      Delete
  12. Apa kesan dia kalau ambik 2 tablet shri.. hehehe vitamin c xde msalah kan kalau ambik 2 tablet. Mean sblm sarapan dgn sblm tdo.

    ReplyDelete
  13. Saya baru beli yg ni 1000mg..tapi saya jenis manusia kurang minum air,tak pe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kerap minum air supaya buah pinggang dapat proses ubat tersebut

      Delete
  14. Boleh kurus ka makan ni vitamin c

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vitamin tak boleh buat orang kurus ��

      Delete
  15. Boleh kurus ka makan ni vitamin c

    ReplyDelete
  16. yang mana lebih baik, vitamin c, 21 century atau blackmores?? pls bg jwpn..xtahu nak beli yg mana satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 pn ok, asl kn kandungan vit c tu.. lgpun harga beza ni 21st more cheap than blckmores . Fr me i choose value fr money bcs nk cnsume everyday

      Delete
    2. Mana2 pn ok, asl kn kandungan vit c tu.. lgpun harga beza ni 21st more cheap than blckmores . Fr me i choose value fr money bcs nk cnsume everyday

      Delete
    3. Mana2 pn ok, asl kn kandungan vit c tu.. lgpun harga beza ni 21st more cheap than blckmores . Fr me i choose value fr money bcs nk cnsume everyday

      Delete
  17. Tapi lain packaging dia skrg

    ReplyDelete
  18. Kalau consume b complex pastu ambik vitamins c ni boleh ke

    ReplyDelete
  19. Cara makan MCM mana ye....kunyah atau hisap ..perlu makan dgn air ke?

    ReplyDelete
  20. Nak tanya umur brapa boleh consume 21s century ni?

    ReplyDelete
  21. Mkn vitamin nie mmg cirit ke sbb saya da mkn 4 hari cirit je kenapa ye ?

    ReplyDelete
  22. Vitamin c 1000mg boleh tambah selera makan tak??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...