Wednesday 23 December 2015

FOOD REVIEW : MAGGI ROYALE KOREAN SPICY BRAISED BEEF FLAVOUR

Hello dan Assalamualaikum..

Harini nak berkongsi pasal maggi Royale ni. Ni baru pertama kali cuba maggi royale ni, sebelum ni cuma makan yang biasa je. Mula-mula rasa nak beli penang laksa, tapi tangan tu gatal juga nak ambil korean spicy ni. Yela, dengan kpop, kdrama, apa-apa pun korea-sampai maggi pun nak try yang korea. Sebenarnya dah beli bulan lalu tapi baru kali ni buka dan cuba. Sebab aku tak selalu makan maggi ni, even masa study dulu pun. Ikut mood juga lah. Yang ni pun adik yang nak makan dan aku ambil kesempatan mengacau haha.

Dalam satu pack tu dalamnya cuma ada 4bungkus ye kawan-kawan. Berbeza sikit dari yang maggi biasa.


Yang membezakan maggi royale ni, mee dia lebih besar. Tak pasti pula kalau penang tu mee nya besar juga tapi korean beef ni lebih besar.


Perencahnya pula, ada sediakan 2. Satu serbuk perisa daging dan satu lagi dalamnya ada sayuran comel. Ada lobak merah, daun bawang & hirisan lada. Tapi yang bestnya bila korang makan, lobak tu still boleh rasa lah kemanisan lobaknya. Tak kering.


Korang masak macam masak maggi biasa ye. Kalau nak letak telur ke, isi ayam ke, potongan daging ke. Ikut selera korang ye. Macam adik aku, dia campurkan dengan telur.  

Hasilnya.

TAA-DAA!


Korang boleh tengok tau mee dia besar sikit dari maggi lain kita pernah makan dan rasanya mee nya kenyal sikit. Aku pun banyak juga makan tadi sampai adik aku bising. So, maggi ni sangat sesuai untuk korang yang suka makan pedas-pedas. Sebab rasanya pedas ye. Lagi satu, supnya memang ummpps sedap!


Siapa yang tak cuba lagi, boleh la cuba. Dijamin puas hati especially untuk yang suka makan pedas-pedas tu. Selamat Mencuba!

Cik Siah bagi 3.5/5 bintang!

Saturday 19 December 2015

HILANGKAN BAU BADAN DENGAN BEDAK BERUBAT AIKEN & AGNESIA

Hello dan Assalamualaikum..

Bau badan adalah satu benda yang semua orang tak suka. Bayangkan kalau tengah duduk kat satu tempat, sebelah kau bau badan dia memang tak tergambar oleh kata-kata. So, sini aku nak kongsi tentang 2 bedak yang SANGAT MEMBANTU untuk sesiapa yang ada masalah bau badan. Untuk pengetahuan, dua bedak ni aku dah guna lebih 10 tahun ye. So, tak ada unsur penipuan. Haha.


1. AGNESIA

Untuk korang yang ada baby ke anak buah ke adik, mungkin mak korang pernah pakaikan kat baby tu kalau-kalau naik ruam dan gatal-gatal kat badan. Fyi, sejak sekolah rendah aku dah pakai bedak ni, sejak botol dia 4segi lagi dulu. Cuma on-off pakai lah. Masa sekolah rendah dulu pakai untuk ruam dan pakai harian lah. Sampai sekolah menengah, dah bujang, dah matang, ada lah bau-bau badan dan kena start jaga kebersihan badan masa tu, plus aku jenis yang cepat berpeluh so aku pakai balik bedak ni. Sampai sekarang, pakai selepas mandi, tak kisah keluar rumah ke atau mereput kat rumah, memang akan pakai bedak selepas mandi.


Kalau korang ada masalah kulit lain, ruam atau gatal-gatal, ataupun jerawat kat belakang badan, boleh guna bedak agnesia ni, memang akan hilang. Rajin-rajin lah pakai. Saiz botol bedak ni ada besar kecil ye, cuma aku suka beli yang kecil sebab senang nak bawa kalau nak balik kampung atau ada outdoor activity atau travel kemana-mana.Botol kecil ni harga dia RM5+ korang boleh dapatkan kat kedai runcit pun ada, supermarket, kat watsons/guardian pun ada. Tak susah mencarinya.
Nampak tak ada 25% zinc oxide kat situ? Zinc Oxide tu adalah formula yang yang membantu merawat dengan cepat dari apa-apa masalah kat kulit khususnya kulit bayi. So, lepas guna ni kulit kurang akan tetap lembut.

2. BEDAK BERUBAT AIKEN
 

Pilihan kedua pula, bedak aiken. Yang ni sama juga dengan agnesia, kalau ada ruam ke merah-merah kat kulit pakai je bedak ni. Lagipun bedak aiken ni memang dah jadi brand kegemaran family aku. Selain bedak kitorang pun guna sabun mandian aiken juga. Aku pun pakai aiken tea tree oil spot away pimple cream. Memang berkesan! Untuk yang berbau badan pula memang boleh pakai ni, sebabnya memang 'bedak berubat' kan. Dan berbanding agnesia, bedak ni tak ada bau, kalau korang hidu pun memang tak bau apa, so sesuai untuk yang beraktiviti luar dan untuk lelaki kot. Sebab ada yang tak suka dengan bau bedak kan, boleh pakai ni. 

 

Lagi satu, aku tak suka pakai diadorant. Aku lebih suka pakai bedak ni. So, aku akan pastikan dua-dua bedak ni ada. Kalau nak pergi mana-mana dan bermalam, aku akan bawa agnesia, lebih selesa guna agnesia lah kiranya. Tapi aiken ni pun tak ada masalahnya cuma aku lebih suka yang ada bau. Bau nya pula tak lah kuat sangat.

Korang boleh cuba nanti kalau ada masalah bau badan ni. Kalau korang tak selesa, inikan lagi orang-orang sekeliling. Betul tak? Selamat Mencuba!

Friday 18 December 2015

BEAUTY REVIEW : WATSONS CAMU CAMU FRUIT EXTRACT FACIAL MASK ( WHITENING & MOISTURISING )

Hello dan Assalamualaikum..

Haritu ada update pasal Watsons Aloe Vera Facial Mask. Kali ni nak share review pasal Watsons Camu Camu Extract seperti yang dijanjikan. Pakai mask ni semalam rasa berbeza masa aku pakai yang aloe vera. Maksudnya aku lebih selesa dan suka sangat pakai.  Bila hidu baunya memang sangat sangat wangi. Bau berry tu macam ada bau bunga juga. Memang wangi.

Berbeza dengan Aloe Vera, Camu Camu ni lebih kepada Whitening dan Moisturising. Kalau korang nak tahu Camu Camu ni kaya dengan Vitamin C sangat banyak khasiatnya untuk kulit. Camu Cmu Berry ni pun kalau tak silap ada dalam Innershine. Dulu rajin minum lah masa sekolah menengah, sekarang dah tak minum dah sebab mahal. Tunggu kerja nanti memang nak minum balik. Ok berbalik pada review ye kawan-kawan. Mula-mula pakai ada rasa pedih sikit, tapi tu tak sure sama ada kesan daripada terdedah cahaya matahari pagi semalam atau macamana. Masa rasa pedih sikit tu dah risau takut tak ngam ke atau nanti tiba-tiba timbul jerawat. Tapi syukur tak ada apa-apa.


Selepas pakai tu rasa muka segar dan lembap. Dengan wangi tu lagi still melekat kat muka, rasa best je tidur lepastu.


Apa yang buat aku suka extractnya banyak berbanding yang aloe vera itu hari aku pakai. Tengok tu, banyak kan? Aloe vera haritu tak banyak macamni.The same problem jugak, sticky! Terlalu melekit. Ada sikit tak selesa lah lepas sapu extract tu kat muka sebab melekit. Mungkin juga aku excited sangat sapu banyak extract tu, sebab tu melekit. Haha.



PROS :
  • Smell so nice
  • Affordable
CONS :
  • STICKY!

Cik Bayah bagi 3.2/5 bintang!

Selamat Mencuba!

Thursday 17 December 2015

MEMAAFKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.


 Hello dan Assalamualaikum..

Bila sampai masa kau dah matang, maksudnya kau sedar dan tahu manusia ni bukan semua baik, bukan semua suka dengan apa yang kau buat dan bukan semua akan gembira dengan pencapaian kau.
Kau pun akan tahu siapa betul-betul keluarga dan siapa sebenar-benarnya kawan.

Bila kau dah lalui satu fasa dimana kau betul-betul faham maksud maaf. Kebencian yang orang dah lontar kat kau tu, kau decide untuk maafkan je. Sebab dengan memaafkan orang lain lah, kau akan rasa tenang. Tak ada benci, tak ada rasa dendam. Kau pun tahu, bila orang buat jahat kat kau, serahkan pada Tuhan. Kau manusia, kau sendiri pun tak sempurna, inikan lagi nak berdendam dan menghukum.

MEMAAFKAN DIRI SENDIRI
  • Memaafkan diri ni sangat penting sebenarnya untuk korang terus maju kehadapan. Manusia tak lari dari kesilapan. Bila tahun-tahun yang lalu kau buat silap, kehidupan kau tak lah sebaik sekarang, pernah buat kesilapan besar. Atau sebagainya. Kau kena berubah dan maafkan diri, Pujuk diri sendiri supaya korang tak rasa terkepung dalam cerita lama. Maafkan diri sendiri, maadkan kesilapan yang dah dibuat, dan move forward. Bila korang dah move on ke kehidupan yang lebih baik, selalu je ingat yang jangan lagi ulang silap yang dulu. Memaafkan diri sendiri tu berperingkat, dan perubahan tu pun mengambil masa. Jangan terburu-buru, good thing takes time.
MEMAAFKAN ORANG LAIN
  • Mungkin ini yang paling susah. Apa yang susah? Bila hati dah sakit, akan susah untuk kau memaafkan apa yang orang lain dah buat kat kita. Dan lagi satu ialah EGO. Tapi pusing-pusing cerita pun sampai mana kan? Yang paling penting ingat ada lagi yang berhak menghukum selain kita. Manusia ni kerjanya bukan menghukum, bukan nak membalas kejahatan orang kat diri kita. Kalau kita balas perbuatan jahat yang orang buat kat kita dengan kejahatan juga, apa beza kita dengan diorang kan? Sama je. 
  • Maafkanlah, tapi jangan lupa. Jangan lupa siapa yang buat kat kau, jangan lupa apa yang dia buat kat kau supaya kau boleh belajar dan kau sendiri tak akan buat semua tu pada orang lain. Dalam erti kata lain, yang buat jahat kat kau ni, dorang sebenarnya minta perhatian. Dan percayalah, dorang tak layak dapat perhatian kau. 
Kesimpulannya, belajar untuk memaafkan tu sebenarnya fasa untuk belajar mengenal diri sendiri dan orang lain. Supaya kita lebih berhati-hati memilih siapa yang layak untuk kau jadikan kawan/pasangan. Dan kalau dorang ni dari keluarga sendiri, doakan je la yang baik-baik walaupun rasa macam nak bash balik kan. Tapi ingat keluarga ni susah kita nak predict, bila kita susah mungkin dorang akan tolong dan kalau dorang susah mesti kau akan tolong juga. Lebih baik doakan yang baik-baik. Tuhan sayang orang yang memaafkan orang lain.

Monday 14 December 2015

BEAUTY REVIEW : WATSONS ALOE VERA FACIAL MASK ( RADIANT & MOSTURISING )

Hello dan Assalamualaikum..

Kali ni nak buat review pasal watsons facial mask aloe vera. Sebenarnya dah pakai few weeks ago but sekarang baru teringat nak buat review.  So, this is my first time trying watsons mask. Sebab sebelum ni jarang pakai. 

The reason why i choose aloe vera, sebab aku da terbiasa dan selesa dengan produk yang berkaitan dengan aloe vera ni. So, bila masuk watsons haritu dan nampak brand watsons ni terasa nak try. So, i bought aloe vera & camu camu fruits extract. Insyaallah kalau dah pakai camu camu fruits nanti aku akan buat review ye.

Basically untuk aloe vera, its more about radiant (menyeri) dan mosturizing (melembap). Aku ingat lagi aku pakai sebab sepanjang hari tu aku terdedah dengan cahaya matahari dan berpeluh. So, malamnya aku pakai mask ni untuk melegakan kulit muka lah. Dan bila tengok kat packaging nya, ada tertulis made in korea so aku pun macam.. emm okay lah, apa salahnya try kan? So masa buka paketnya, pertama sekali aku hidu baunya, kita pun tahu kan aloe vera ni wangi. Makanya dah jadi habit untuk aku menghidu benda-benda yang berkaitan dengan aloe vera ni hehe. Bila dah hidu, bau aloe vera nya tak terasa sangat. Maksud aku, ada bau, tapi baunya sangat kurang.


pakai kat muka, not bad, essence yang ada tak lah sampai meleleh ke tangan dan buat tak selesa macam sesetengah produk. Lebih kurang 40 minit pakai kat muka, mask pun dah kering, kulit rasa smooth dan lembap. Dan essence yang tertinggal kat dalam pack nya sapu lagi kat muka dan urut sekitarnya. Bila ada essence kat dalam pack tu tertinggal, jangan terus buang ye, lumurkan kat muka dan urut lah dalam satu atau dua minit. 



Kesimpulannya, tak ada masalah kalau nak pakai lagi next time sebab lepas pakai, tak ada masalah pada kulit aku. Tak ada breakouts. Tapi satu yang buat aku tak selesa, sticky ataupun melekit. Yang lain semuanya okay. Lepas pakai rasa lebih lembut.


PROS :
  • Affordable ( RM 6.90 )
CONS :
  • Sticky
  • Saiz mask agak kecil
  • Kurang aroma/bau aloe vera
Cik Firah bagi 2.8/5 bintang !

Sunday 13 December 2015

SAKIT GIGI DAN CABUT GIGI.

Heloo dan Assalamualaikum..

Rasanya macam dah lama tak update blog. Okay untuk makluman selama aku tak update blog, aku dekat kampung. Yes, bila bercakap pasal kampung, memang betul-betul kampung ye kawan-kawan. Hutan, tak ada coverage untuk Maxis, wifi lagi lah jauh sekali, dan KTW tak sampai ke rumah aku yang kat kampung. So, selama itu lah aku telah menjadi orang kampung. Seminggu lebih lah kot. So now i'm back.Sebenarnya balik rumah ni pun sebab dah tak tahan dengan boring dan tak ada apa nak buat. Nak dijadikan cerita, sejak 5 hari lalu aku telah diserang sakit gigi. Yang tersangat sakit sampai airmata aku tak boleh nak tahan. Rasanya ini pengalaman pertama aku sakit gigi. Selama ni, tak pernah sakit gigi dan cabut gigi cuma tampal je lah. Itu pun masa sekolah dulu. Lepas tu dah tak ada. Honestly, this is the worse experience ever. Like.. ever!

Setelah 5 hari menahan sakit, aku decide nak jumpa dentist semalam. Awal pagi lagi dah bertolak dari kampung ke beaufort, dan selama 5 hari tu lah aku tak dapat nak tidur dengan lena nya. Sebab berdenyut-denyut rasa kat mulut sampai ke kepala rasanya. Aku ada buat survey sikit pasal dental yang ada kat Beaufort ni sebab aku memang tak tahu mana yang ok, mana yang kurang ok. I mean yelah, kita kena pentingkan quality kan kalau bab-bab kesihatan ni. We cannot simply main redah je. We need to do few research, refer dengan kawan-kawan or family. Dalam kes aku, aku tanya few friends yang memang tinggal kat Beaufort ni kalau-kalau dorang pernah pergi dental. Luckily, bestfriend aku baru pergi bulan April haritu, dan dia recommend Klinik Pergigian  Nyuk Tien. Aku cuba research la kat FB kebetulan ada pula page dia. And tengok ramai yang pagi rating 5 star untuk service dan environment dan bagi positive comment. So, terus nak pergi situ je.



Bila sampai situ dalam pukul 10.30 pagi memang tak ada orang, register kat kaunter dan tak sampai 5 minit dah kena panggil. Sebab aku first time datang, rasa tak berapa nak tenang juga la. Tapi aku memang betul-betul nak pergi dental sebab dah tak tahan. Memang aku ketepikan lah rasa takut, risau dan apa-apa benda semua tu. Plus, memang aku dah ready kalau gigi aku memang tak boleh nak diselamatkan which mean kena cabut, sebab gigi aku tu gigi geraham aka gigi kekal. Maksudnya lepasni memang tak tumbuh lagi dah. Masuk je bilik ada doktor perempuan lembut dan baik gila. Aku ulang ye, baik dan lemah lembut. So, perasaan tu jadi tenang terus. Dia periksa gigi yang aku tunjuk sakit dan berlubang tu. And then doktor tu suruh X-RAY sebab tak boleh nampak keadaan gigi kat dalam tu. So, X-RAY tu kena bayar RM30, aku cuma ye kan je lah. sebab aku taknak lambatkan proses tu. Bila dah siap x-ray baru lah bro proceed. Doktor bagi pilihan nak buat rawatan akar ke atau nak cabut. Kalau buat rawatan akar adalah dia akan buat which is akar pada gigi tu akan dibetulkan dan lepastu baru lah tampal. Tapi memang costly lah - RM320 ( klinik lain mungkin berbeza tapi memang RM300 keatas ). Aku memang rasa nak cabut terus je, tak payah rawatan apa semua sebab nanti kita tak tahu kalau gigi tu akan sakit balik kn? So, better cabut terus.

Tak ke selesa macamni? haha

Procees cabut tu aku dah gentar dah. Nurse pun dah start pasang tv dan ada clip video macam-macam. Tengok gambar aku kat atas tu pun dah rasa best kan. haha. Aku enjoy juga lah cabut gigi sambil berhibur kan. Haha. Bila kena jarum tu aku siap genggam tangan nurse tu. Biarkan beberapa minit tunggu bius tu bertindakbalas. And then doktor tu dah ready nak cabut gigi aku. Dia kata, 'saya dah nak cabut ni ye, kalau rasa sakit angkat tangan, saya akan tambah bius.' So, dia dah mula nak pulas gigi aku, aku dah jerit sebab sumpah still rasa sakit. Then dia tambah sekali lagi bius. Maksudnya jarum kali kedua. Kali kedua ni memang tak rasa apa pun dia jarum tu sebab dah ada kesan jarum pertama tadi kan. So, lepastu barulah dapat cabut, itu pun aku still dapat rasa gigi aku kena tarik. Aku cuba relaks je lah. Dah selesai semua, dapat ubat painkiller. Painkiller tu kena makan setiap 6 jam. Memang aku dah tak dengar dah masa nurse tu bagi ubat, mak aku yang ambil ubat. Total bayaran semalam RM130. Tapi berpuas hati dengan layanan dan kualiti dorang!


Lepas je balik dari dental tu baaaaru lah rasa kebas gila. Mana tak nya, dua kali kena jarum. Aku makan aiskrim dan jus avocado. Sebab doktor pesan minum/makan yang sejuk je. So, sepanjang haritu aku cuma minum air yang sejuk saje ye dan tak makan apa-apa. Malam tu aku siap pergi kenduri kawin ye dan tak makan apa-apa. Lapar gila. Lagipun dalam gigi masih rasa berdenyut-denyut. Sampailah sekarang tapi dah berkurang lah daripada semalam. Pagi tadi pun aku dah boleh makan mihun goreng tapi kena pulan-pelan lah sebab masih terasa kesan jarum lagi. Lepas makan tu aku ambil painkiller. Dan painkiller tu betul-betul killer. Lepas makan je rasa mengantuk. Maybe dia nak kita rehat kot.

So, conclusion aku, kalau sakit gigi jangan lah tunggu lama, terus jumpa doktor. Dan jangan takut nak jumpa doktor, sebab biasanya doktor gigi ni baik-baik dan lembut belaka sebab dorang nak make sure lah pesakit tak rasa takut kan. Tapi of course apa-apahal pun korang kena survey dulu klinik mana yang lebih baik dari yang lain. Oh satu lagi, kalau korang rasa sakit gigi waktu malam ke atau bila-bila yang korang rasa tak mengizinkan untuk ke klinik gigi, korang boleh cuba berkumur-kumur dengan air garam, pastikan suam ye. Insyaallah akan berkurang sikit.

Itu je untuk kali ni, harap bermanfaat untuk korang yang tengah berfikir lagi nak ke klinik gigi atau tak. Untuk warga Beaufort, Kuala Penyu, Weston atau mana-mana, boleh pergi Klinik Pergigian Wong Nyuk Tien atas BSN. Jamin puas hati.


Tuesday 1 December 2015

BELAJAR DARI KEMATIAN.

Hello dan Assalamualaikum..

2 hari yang lepas, tengah syok-syok tengok TV dengan gelak ketawa nya, sambil-sambil buka, aku terkejut dengan berita kematian arwah Pak Yus (Jambu). Waktu tu aku rasa macam beku seketika. Bukan apa, aku terkejut tak percaya pun ada. Baru minggu lalu aku tengok kumpulan jambu perform untuk juara parody. Tapi Tuhan sayang dia, maka dia ambil awal. Instead of buka news yang ada kat facebook tu, aku baca komen, entah tengok muka arwah pun aku rasa janggal, astro warna pun aku still tak tengok lagi, sebab hampir semua cerita kat astro warna tu, ada muka arwah. Sebenarnya, aku bukanlah 'menyanjung' manusia-manusia yang ada di dunia hiburan ni. Cuma untuk kali ni, aku rasa janggal. Bayangkan orang yang selalu buat orang lain ketawa, selalu buat orang pecah perut dengan lawak dan usik-mengusik, tiba-tiba dah tak ada. Tiba-tiba.

Bila aku baca komen-komen yang ada, ada beberapa komen yang betul-betul buat aku rasa 'something', sisi baik dan sedih arwah yang orang tak tahu. Arwah tak ada mak bapa ( aku dah tau lama sejak aku follow dia dari Raja Lawak 1 lagi ), adik-beradik dia pernah sisihkan dia dan pernah puasa dan beraya sorang-sorang. Sebatang kara. Apa yang aku ingat, lepas je habis Raja Lawak 1 dulu, arwah macam senyap sikit tak berapa nak menyerlah. Sampailah Maharajalawak arwah berkumpulan dengan Tauke. Kat sana dia mula menyinar sampai akhir hayat dia. Sedih. Even sampai ke hujung hayat dia pun, arwah masih menghibur orang lain. Walaupun dia rasa sakit, penat dan tak larat, dia tetap hiburkan orang bagi orang lain happy. Korang boleh baca komen yang aku screenshot semalam, bukan komen tapi lebih kepada luahan sahabat baik arwah tentang kebaikan arwah.




Orang baik disayang Tuhan 
Mungkin sebab arwah merupakan public figure, cerita baik mengenai arwah senang tersebar. Dan aku taktahu kenapa aku tersentuh dengan keperibadian arwah. ( terus-terang sebelum ni aku tak jangka ). Dan aku makin faham maksud disebalik ayat 'orang baik disayang Tuhan'. Mungkin sebab taknak arwah hidup lama di dunia yang sementara ni yang makin lama makin banyak dosa, bumi makin rosak. Tuhan nak lindungi arwah dari benda-benda buruk dalam dunia ni. Mungkin berkat ketabahan arwah masa tak ada offer berlakon dulu, dan berkat kebaikan hatinya suka tolong orang, rezeki dia tak putus-putus. Semua aturan Tuhan. 

Mungkin sebab aku pun berjiwa seni. Aku senang emo. Tapi aku sendiri rasa kehilangan. Apatah lagi kawan-kawan dan keluarga arwah. Aku belajar banyak benda dari berita ketiadaan arwah yang secara tiba-tiba. Walaupun dia buat orang ketawa, tapi dia sendiri sakit-sedih-kecewa, kita taktahu. Aku belajar mengenal sesuatu yang selama ni aku abaikan. T-U-H-A-N. Bila tengok gambar arwah yang sudah siap dikhafankan, aku makin tersentuh. Dalam beberapa saat juga lah aku terdiam, jelas muka arwah tersenyum. Aku sempat lah dapat gambar tu sebelum di padam atas permintaan family arwah. Mungkin sebab amal yang arwah bawa antara sebabnya, doa-doa dari orang-orang yang pernah arwah tolong. 

Bersemadi lah dengan tenang wahai penghibur, terima kasih untuk semua gelak ketawa, terima kasih untuk semuanya. Al-Fatihah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...