Thursday 14 January 2016

TELINGA TERSUMBAT & CUCI TELINGA.

Hello dan Assalamualaikum..

I'm back. Tengok betapa gembiranya bila dapat update blog kembali. Cerita nya sepanjang i tak online, i tak sihat. Sakit apa? telinga belah kiri tersumbat. I can't hear anything. Sebenarnya 2 minggu masalah ni sejak i shampoo rambut & rasanya buih or air termasuk dalam telinga. I biarkan and esoknya rasa macam dah okay, tapi macam jugak ada something. Tapi i hiraukan. Sampai lah ahad lepas i dekat kampung sebab ada kenduri, tengaharinya i tidur sekejap ( sebab dah penat masak and tak cukup tidur kan ), bila i bangun....TADAAAA Telinga kiri i langsung tak dengar apa-apa dan memang nyata tersumbat. Awak semua dapat rasa kan kalau telinga tersumbat masa naik flight ke atau lepas swimming ke. Kan? Itu lah i rasa selama 5 hari ni. Banyak memberi kesan pada selera makan i memang tak ada. I just makan oat. Rutin i pun terbatas. And lepas makan ubat tu memang i langsung tertidur. Kalau i memang kaki tengok tv sampai pukul 1-2 pagi, selama i sakit tu pukul 10 i memang dah masuk bilik. Huuuuu

Isnin
  • Hari ahad i memang dah rasa something wrong kat telinga ni kan. I memang dah tak tahan, macam rasa nak marah setiap masa pun ada. So, hari isnin bawa ke klinik. Mula-mula bawa ke Polyclinic, tapi doktor tak ada. So, i pergi ke klinik yang selalu i pergi masa i kecil dulu. Klinik Dr. Gan. Lebih kurang 15minit juga lah menunggu sambil bermain soda crush, haha. Bila nama dipanggil pun rasa sayup-sayup je. So bila doktor tanya kenapa, cakap lah telinga tersumbat sebelah kiri dan tak dapat dgr apa-apa. Dia check pakai alat apa taktau, lepastu dia geleng. Tahu tak dia cakap apa 'Ni dah tertutup habis dah ni.' I punya cuak tu aduhai. So, dia tanya blablabla. Dia kta bagi ubat dulu untuk lembutkan wax kat telinga tu, and then ada antibiotik dan ubat supaya telinga tak rasa gatal dan suruh datang balik khamis. 

Isnin-Khamis
  • Ubat titis telinga i kena titis 4 kali sehari supaya wax kat dalam telinga tu lembut dan bila masa cuci telinga nanti tak sakit. And i makan antibiotik on time tak pernah miss. Sebab i takut telinga kena infection and bernanah. So, i makan ubat on time dan titis ubat on time. 

Khamis
  • Datang balik untuk cuci telinga. Dan bila doc check balik telinga kata dah boleh cuci dah. Dari situ i start cuak bila dia bercakap dengan nurse i cuma mampu mengucap je dalam hati. Bila nampak alat dia tu nurse bawa, i dah start tutup mata. Doc tu cakap 'Ok saya masukkan ubat ya.' I dah tutup mata dah time tu. Dah ada kat alam sendiri rasanya haha. Bila dia masukkan ubat/air tu, wahhhhh i tak rasa ngilu, tak rasa geli, tak rasa sakit. I macam blank sikit. Yang i dengar bunyi buzzzzzz dalam telinga. Macam tuang coca cola dalam gelas, ada bunyi kan gas nya? Ha exactly macamtu lah bunyi. Lepastu dia sedut balik ubat tu untuk keluarkan wax yang menompok kat dalam telinga tu. Masa disedut tu ada rasa ngilu sikit lah. Then doc suruh muka mata suruh tengok apa yang dia sedut, Okay memang kotor. Berketul-ketul wax. Dia lagi sekali procedur tadi dan bagi i tengok lagi. Dah bersih. So dia tanya, 'dah boleh dengar?' I ambil masa seminit dua nak pastikan, rasanya dah okay dari sebelumnya, tapi masih samar-samar. Sebab still ada air dalam telinga. Lepastuuuuu i dah mula rasa pening berpusing-pusing. Memang dia dah kata, akan rasa pening. Tapi yang bestnya lepas je dia sedut benda tu keluar.. i dah boleh dengar. walaupun samar-samar lagi. And then i kata telinga sebelah tak perlu bersihkan ke, dia kata tak payah sebab sebelah okay. I memang nak cuci dua belah so nanti pendengaran jadi stabil lah kan. But dah doc kata macamtu, i oun ikut je la. So, lepastu memang dah okay dah semua. Cuma i duduk kejap kat luar untuk hilangkan rasa pening tu. Luckily telinga i tak bernanah cuma nak membengkak so tadi dia bekalkan lagi antibiotik untuk habiskan. 

Sekarang i still susah nak biasakan telinga sebab sebelah kiri memang clear sangat. Tajam pendengarannya, rasa ringan je. Yelah sebab baru dicuci kan. Sebelah kanan pula dengar juga tapi tak setajam kiri. Kebetulan i dari semalam selsema teruk, mungkin sebab tu juga kot telinga i rasa tak selesa.

So, untuk korang yang rasa telinga ada masalah, jangan tunggu dan terus datang jumpa doktor. Dan untuk korang yang nak tertanya sakit ke tak cuci telinga, kalau tanya i. TAK SAKIT SAMA SEKALI. Jangan risau. As long as telinga you tak ada nanah, tak bengkak, Insyaallah tak rasa sakit.

9 comments:

  1. Klinik dr gan di mana ya?

    ReplyDelete
  2. Takut dengar your experience ni. Ni my right ear clogged and yeah I just went to the doctor and jumpa on this Friday

    ReplyDelete
  3. After cuci memang jadi tak dengar ke kejap? Hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun baru lepas cuci td. Rasa brdenggung2 kan. Tak selesašŸ˜­

      Delete
  4. saya pun ada problem telinga tersumbat tp dah pergi ENT dr ckp macam ada problem di telinga dalam. Doakan saya

    ReplyDelete
  5. Sy br lepas cuci telinga,google sbb tkt nk tau sakit ke tak hihi xsakit tp rs xselesa..mmg pening² melayang lps rwtn hihi..skrg ok skit..

    ReplyDelete
  6. Ade number telofon k kilinik ini

    ReplyDelete
  7. Hai sy pon ade masalah sama dh 1 tshun dh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...