Saturday 14 November 2015

BEAUTY REVIEW : ST. IVES SCRUB (APRICOT SCRUB BLEMISH CONTROL )

Hai.. okay so now nak buat shoer review pasal scrub yang aku guna. Tengok gambar je dah tahu brand apa kan? ST.IVES ni sebenarnya ramai je yang bagi positive feedback kat twitter ke or facebook ataupun korang google je memang ada. scrub ni kalau tak silap ada empat jenis utk purpose yg berbeza-beza lah. 1st try aku guna APRICOT SCRUB. Scrub ni aku bagitahu eh, memang wangi dan bila kau apply kat muka, kau rasa selesa lah juga dengan bau dia kan.

1. CARA PENGGUNAAN. KENA PAKAI HARI-HARI KE?



-Honestly, ini 1st time aku pakai scrub bagai ( sebab kulit aku Masyaallah makin teruk ). So aku pun ambil dengan berani nya nak pakai produk-produk ni untuk cegah kulit aku dari tambah bermasalah. Okay by the way. cara nak guna lepas korang cuci muka guna cleanser, lepastu apply lah scrub ni, sapu je kat muka. focuskan kat tempat yang bermasalah contohnya kat area hidung yang biasa tumbuh blackhead/whitehead. Tunggu beberapa minit ( jangan lama sangat ), lepastu basuh. Danggg! lepas korang basuh dah bersih tu korang akan rasa kulit muka korang licin dan lembut. haha. ye, betul. Jangan satu ganas sangat ye, sebab untuk struktur apricot ni, struktur dia kasar. Takut kulit korang luka nanti. Pelan-pelan je. 

-Tapi dek non, tak payah pakai hari-hari ye, sebab kalau pakai hari-hari kulit korang akan jadi kering dan tak pasal-pasal masalah lain pula timbul. dalam 2-3 kali seminggu tu dah cun dah. 

2. KAT MANA JUAL DAN HARGA?
-Macam biasalah korang boleh dapatkan kat watson or guardian. Sebab kat sana je yang senang nak dapat kan. Tak payah susahkan diri cari tempat lain. Untuk ni aku minta ampun sangat aku dah lupa harga, tapi masa aku beli dalam RM20++. 


3. KESAN SELEPAS GUNA.
-Minyak dekat muka terkawal. ( maksudnya muka dan tak terlalu berminyak )
-Lepas guna, kulit akan rasa bersih, halus dan licin
-Membantu kawal blackhead/whitehead
-Mengurangkan pores
-Membantu mengawal pertumbuhan jerawat
-Tanggalkan kulit mati

So, bagi aku, product ni sangat bagus dan struktur dia yang kasar tu tak menjadi masalah. ( bagi aku lah ). yang paling penting, produk ni FREE PARABEN. So, tak perlu bimbang.

Cik Noy bagi 4/5 bintang !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...