Wednesday 29 April 2015

BOOK REVIEW : MANI - WANITA KEBAYA KUNING [lejenpress]


MANI : WANITA KEBAYA KUNING - SYAFIE MAHYUNI

Kisah si Marcus merupakan seorang penulis datang ke tempat pelancongan yang cantik dan tenang bersama isteri. Emily. Buku ni aku ambil masa tiga hari untuk habiskan. Campur tolak darab bahagi dengan waktu aku tidur-makan-minum-berak-shishi. Mulanya kau akan rasa berbunga dengan kemesraan Marcus dan Emily tapi lama kelamaan kau akan rasa janggal-gerun-takut semua ada. Dalam cerita ni je kau akan jumpa cendol harga RM 1.50 hahaha. pertengahan muka surat, aku dah rasa takut dan tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi. Dimana tubuh Emily dan apa kena mengena Marcus dengan semua ini. Jujur aku cakap, aku awal sikit tahu kenapa semua ni boleh jadi kat Marcus & Emily dan blablabla. Entah mungkin masa aku tengah membaca, kotak fikiran aku tengah ligat berfungsi kot. Dan bila aku dah mula melompat kegirangan sebab dah sampai kat penghujung cerita-aku terfaktab sekejap. Aku nak minta kat saudara Syafie Mahyuni, cepatlah siapkan sambungannya. Hahaha.

 Cik Kiah bagi 3.5/5 !

 Buku ni buku kedua yang buat aku takut nak ke tandas malam-malam buta selepas karya bertajuk Asrama karya Mohd.Fatrim.

Thursday 23 April 2015

BOOK REVIEW : JAHANAM [bukufixi]

JAHANAM - HASRUL RIZWAN

Permulaan cerita, kau akan kenal siapa Jasuli. Si pekerja kilang tinggal di bawah kulung rumah Hj Ghani si orang tua gatal berbini muda merangkap tuan rumah tempat dia menyewa. Rutin harian yang sama. Kau akan anggap dia lelaki boring-looser-kalah dengan girlfriend dia yang jauh lebih pandai. Tapi demi satu cerita yang akan buat kau kerut dahi sampai kening kau boleh bersambung. Jangan kau anggap kau boleh expect apa ending dia. Dan bagi aku, lepas kurang dari 48jam habiskan buku ni, aku rasa jahanam. Haha.

Untuk yang akan baca atau sedang baca, sila baca dengan hati yang tenang seperti tenang-tenang air dikali. Wuuuuu.

Rating : Cik Peah bagi 4/5 !


Wednesday 22 April 2015

Kelakar.

Bayangkan satu situasi.

Satu hari kau craving nak minum starbucks,
Lalu kau pesan menu biasa kau minta,
Masakau keluar dari starbucks dengan gelas venti ditangan,
Kau terserempak dengan Maimunah si kawan lama,
Berjejak kasih seminit dua,
Tak kau duga dia tanya kau satu benda,
Dengan tak semena dia kata 'Eh starbucks eh? Boikot lah.' dengan muka serius nakmampus,
Kau ternganga terkesima terfaktab, sebab?
Sedari tadi kau sedar dia jinjing bakul plastik bertulis 'K-F-C'.

p/s: mungkin kau kena tahu satu hal. Bila kau sibuk tegah orang itu ini, makin lama kebodohan kau makin terserlah. tup! macam taik keluar dari jubo.

*Ehmm mungkin dia tak tahu kot KFC pun seangkatan dengan stabak-mekdi-begeking. Think positif je lah.

sekian.


Wednesday 1 April 2015

Aku masih aku yang dulu, cuma cerita-cerita aku lain. mungkin. Mungkin lagi sadis dari sebelumnya, lagi sedih atau lagi bodoh?
.
.
.
.
.
1 April 2015 blog ini dibuka.
Hai.. salam kenalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...