Thursday 28 January 2016

KOREAN SKINCARE HAUL ( MAJOR-B ) #PART3


 Hello dan Assalamualikum..

yeay!!! I received my parcel today. I terpaksa ke post office lepas i check tgok parcel dah sampai sebab kalau i tunggu dihantar ke rumah memang  berkulat lah.

I order my parcel kali ni di MAJOR B dan i order sheet mask sahaja. Major B ni new website untuk skincare. Masa i beli ada 50% off untuk sheet mask Innisfree & Etude House. And i'm so so excited sebab i memang bagi positive feedback untuk Innisfree mask yang green tea haritu and i memang plan nak try the others. Kebetulan this website ada buat promotion.

RM2 untuk Innisfree.
RM2.50 untuk Etude House.

MURAH GILA!



i beli semua 16 jenis sheetmask untuk Innisfree & cuba 2 jenis mask untuk Etude House. I excited gila nak try PEARL! haha.


The package sangat-sangat baik dan box tu sangat-sangat cute. Dan berpuas hati sangat dengan parcel ni. Semuanya okay.


I sangat-sangat excited nak cuba semua and buat challange 7daysofmasks and buat review nanti. Insyaallah. 

Overall, i just spend RM40 untuk semua 27 sheet mask dan RM10 postage fee. Semuanya cuma RM50. Jimat pun jimat. And one more thing i memang obses dgn korean skincare and sheet mask. So yeah. Hehe. Tggu my review for each sheet mask ni okay? 


VLOG : EH, SAYA KE DUNIA YOUTUBE!

Hello dan Assalamualaikum..


How are you doing, guys? Sorry i menyepi untuk seketika. I got many things to share and many reviews to do but i berehat sekejap ye sebab i banyak kerja kena buat.

Tapi lately i kinda enjoy buat video kat youtube. I mean like, i ada youtube account dah bertahun but never upload anything. So, i just decided to give it a try! I buat research macamana nak buat video yang baik interm of visual, sound, lighting, editing etc. So, yeah i buat video past 2 weeks but i deleted sebab the sound is not good and editing tak berapa gempak. well, saya budak baru belajar. Haha.

The hardest part is, berdepan dengan editing software yg i kena belajar A-Z but now i slowly dapat catch up. So, yeah. I kadang-kadang malas nak bemaip sebab kerja i sehari-hari memang menaip. So, sampai satu masa i malas nak menaip dan lebih prefer bercakap. So, here it is.

So, awak-awak semua. Boleh SUBCRIBE my channel. Sebab i tak ada subcriber lagi. So, subcribe and let's be friend ;) And kalau awak ada channel juga and minta i followback, just put your comment below ya? And you are always welcome to write comment or give recommendation untuk my next next video. Jangan malu jangan segan.

Cauu.



Monday 25 January 2016

D.I.Y : MASKER 3 DALAM 1 UNTUK KULIT MUKA BERMINYAK.


Hello dan Assalamualaikum..

I'm back with second DIY. Kali ni nak share cara buat masker untuk korang yang jenis muka berminyak macam saya! Kalau muka berminyak, mesti akan buat kita rasa tak confident dan sebagainya kan? Dan juga muka berminyak ni kalau tak jaga betul-betul, akan tumbuh lah pimples kat mana-mana dan merosakkan muka. Taknak kan macamtu? So, you should take care of your skin sebelum jadi makin teruk.

So, kali ni nak share pasal masker muka yang berfungsi untuk mengawal minyak, mencerah dan juga membersih muka. So, kita panggil masker kita kali ni, MASKER 3 DALAM 1 okay?

Bahan-bahan :
  • Raw Honey ( Madu Asli )
  • Setengah biji Lemon/Limau kapas ( sebaiknya gunakan Lemon )

1. Perahkan Lemon/Limau Kapas dan buang bijinya (kalau pakai limau). Lemon dan Limau ni mengandungi citric acid yg merupakan agen pembersih dan sumber vitamin C. So, dia bukan je membersih, tapi tinggi vit C yang dapat mencerahkan.


2. Kemudian, campurkan satu sudu teh raw honey. Madu pula berfungsi untuk membantu mengurangkan excess oil atau minyak yg berlebihan kat kulit kita. Madu pun berfungsi untuk melembap tanpa menyebabkan kulit kita bertambah oily. And natural antiseptic property of honey is HIGHLY beneficial for acne-prone oily skin. Make sure korang dapatkan raw honey tau. Sebab dah ramai org jual yg tak asli sekarang. Beware guys.



TADAAA~ Dah siap. Bila dah gaulkan sebati honey dan lemon/lime tadi, Boleh lah sapukan kat muka dan biarkan selama 15-30minit. Memang akan rasa sticky. Lepastu bilas lah muka macam biasa. Korang akan dapat kulit yang smooth dan sangat-sangat sihat.

Korang boleh juga buat lebih dan masukkan dalam peti ais. Mana lah tahu malas nak buat banyak kali kan, boleh buat sekali untuk seminggu terus. 


Friendly Reminder : Sapu masker ni SELEPAS korang cuci muka gunakan cleanser. Dan sebelum sapu masker ni disarankan untuk steam muka dulu ye. Supaya pores korang terbuka dan khasiat dari honey & lemon tu dapat betul-betul menyerap kedalam kulit. Bila korang ada pimples yang baru nak tumbuh/tengah tumbuh, mungkin korang akan rasa pedih disebabkan effect lemon tu, so takpayah sapu dulu. Takut muka korang break out atau merah-merah. Tapi bila korang rajin amalkan pakai masker ni, kulit korang akan sangat jarang tumbuh pimples. Sebab kulit bersih, minyak pun berkurang dan makin cerah pula. 

Pakai 2-3 kali seminggu sahaja. Tak perlu pakai hari-hari sebab effect lemon tu agak kuat dan takut merosakkan kulit muka korang. So, Pakai sekali seminggu pun dah cukup ikut keadaan kulit muka korang.

SELAMAT MENCUBA!


Friday 22 January 2016

KOREAN SKINCARE HAUL ( HARIKA.MY ) #PART 2


Hello dan Assalamualaikum..

Tadaa~ Received my parcel today. So, kali tak lah dari seoul sistar or any website but from one of IG SHOP : Harika.my.

Let's check it out!


Sebab kali ni i tak purchase kat mana-mana website sebab i beli cuma 2 product and less than RM100 so disebabkan fikir-fikir kena tanggung postage lagi, i decided untuk beli kat IGShop saje. Sebab kalau beli item yg sikit, postage pula yang tinggi. So yeah, i buat lah pilihan bijak. Luls. Tapi, kalau korang nak beli dari IGShop, cari yang trusted & jual barangan yang ORIGINAL ye. Sebab banyak gila yang jual fake product sekarang. So, beware.

Basically, i beli Soothing and Moisture Aloe Vera Mist ( Nature Republic ) dan juga No Sebum Mineral Powder ( Innisfree ).

Soothing and Moisture Aloe Vera Mist = RM 28 usual price dapat RM25
No Sebum Mineral Powder = RM28 usual price dapat RM25
Postage Fee = RM10 dapat FREE Postage
Total = RM50


Okay, sebenarnya dah lama nak cuba mineral powder ni sebab bedak ni sangat bagus untuk control oil & sebum. Even my bestfriend pun dah lama pakai ni dan dia recommend untuk i pakai. So, yeah. I guna. Tapi sebenarnya expect this powder saiz besar or mcm saiz bedak biasa, tapi saiznya kecil. Yep, seriously. And the price is quite expensive. Tapi takpe, i akan cuba pakai dulu and buat review bila nanti. Kalau boleh membantu my oil & sebum then i think harganya memang sesuai lah dengan kualiti.


And Aloe vera mist ni, i yang nak beli. Tak dipengaruhi oleh sesiapa pun haha sebab cuaca sekarang yang sangat panas and my skin boleh takan teruk juga dan tumbuh jerawat. So, i decided untuk give it a try. Sebab saiznya cuma 150ml, tak besar dan tak kecil, senang untuk dibawa kemana-mana.And hopefully akan memudahkan & membantu 'menenangkan' keadaan kulit muka i sekarang.


So yeah, this is my free gift. Walaupun i expect dia akan bagi free samples or apa-apa yang berkaitan dengan skincare. Sebab testimoni lain, i tengok dorang dapat samples. But its okay, i still love this souvenir. All the way from Korea okay! I takkan guna, i simpan elok-elok haha.



So yeah, i tak guna even tak muka pun packaging nya lagi. Still dalam plastik lagi sebab i tak pergi mana-mana. Don't worry i akan buat review bila dah bersedia nanti okay. I tak sabar nak guna juga awhhhh~

Till then, Bye guys.

BEAUTY REVIEW : INNISFREE IT'S REAL SQUEEZE MASK ( GREEN TEA ).


Hello dan Assalamualaikum..

Hai guys! So, our topic for today is SHEET MASK!!! I excited sebab i ni obses dengan sheet mask so i palinggg suka mencuba semua sheet mask. Hehe.

Untuk kali ni, i nak buat review pasal korean punya brand which is INNISFREE. Apa yang i suka dengan korean product especially Innisfree ni, ialah dorang menggunakan bahan-bahan semulajadi. And mcm kita tahu memang sangat sangat berkhasiat dan berguna untuk kulit. 


And green tea ni for moisturize. Ni first time i pakai sheet mask Innisfree and it was AWESOME! The scent sangat-sangat harum tapi tak terlalu kuat, just nice. Dan juga mask nya nipis. I taktahu kalau korang suka mask yang lebih tebal, but i sangat suka dan lebih selesa pakai yang nipis. And innisfree ada semua yang i perlukan!

Kali ni i pakai green tea, mask yang i dapat kat SINI. I sebenarnya tak boleh nak dapatkan brand Innisfree kat Sabah sebab tak ada kedai. So, yeah, just boleh beli online dan kebetulan dapat ni as free gift. 


Don't worry, still ada english instruction. And bila i pakai, i took 30minutes baru tanggalkan. Biasanya ngam-ngam 20minit i memang tanggalkan ( kalau tak tertidur ). But yang ni, i biarkan lama sikit sebab i sangat-sangat selesa dan haaa idk how to describe.

Bila tanggalkan, the essence tak sticky langsung. And the best part is it brighten my skin even until now. My skin pun rasa moisturize and sampai pagi tadi my skin still in moisture and bright. Sebab i tidur dengan air-cond, kadang-kadang untuk mask sebelum ni, i terpaksa letak aloe vera gel untuk lembapkan my skin sbb essence tu tak lembapkan kulit pada masa yg panjang and ada juga yang terlalu sticky sampai i rasa nak basuh je muka. But this... really did its job!

And lepas tu, the essence yang ada kat pack tu, gunakan dan urut kat muka and neck, memang sangat best. I mula-mula takut nak gunakan sebab takut sticky tapi tak lekit langsung. And it so so nice. Ahhh


Innisfree ada 16 sheet mask dengan berlainan 'flavour' ( i taktau kenapa i selalu cakap flavour lulz ). And i skrg dalam perancangan nak beli semua and try satu persatu disebabkan my sheet mask punya stock tinggal 3 --'

I THINK I'M FALLING IN LOVE WITH INNISFREE SHEET MASK! 
Nak tengok macamana nipisnya mask nya, sangat-sangat nipis macam gel. And it is sooo sooo good! So, anyone yang dah lama tak pakai mask, or your skin jenis yang dry atau terdedah kepada panas and aircond. Try this innisfree green tea sheet mask and i yakin you akan suka. ( Omg i'm so excited! )


PROS :
  • Scent is so nice
  • Not sticky
  • Brighten my skin 
  • Moisturized my skin 
  • Reduce redness
  • My skin feel smooth clean
  • Doesn't cause any itchy and break out
 CONS :
  • Still not available at Sabah ( Innisfree Store) 
Rating : 4.8/5 bintang!

Thursday 21 January 2016

BEAUTY REVIEW : ETUDE HOUSE PLAY THERAPY SOFT CLAY MASK ( PORE & SEBUM CARE ).


Hello dan Assalamualaikum..

Harini i nak share my current face mask yang i guna which is product daripada Etude House. Mask ni i beli awal January sempena dengan buy1free1 promotion. Memandangkan buy1free1, so the other one yg i beli is baking powder pore cleansing cream. Check out the review. This clay mask, containing Brazilian forest clay, is a smooth and creamy greenish substance, quite thick in consistency, yet easy to apply.

Before this, i memang ada try mask daripada brand lain, fucntion nya sama, untuk pores and control sebum. Disebabkan mask tu i tinggalkan kat kampung so i need to find the other one and i decided to try brand lain. So, here it is!


And the scent ada bau mint+lemon dan bagi sensasi mint. So, korang rasa sejuk je bila tengah pakai sementara tunggu kering kan. Its sooooo nice!


 As i mentioned dekat baking powder review sebelum ni, etude house didn't use 100% bahasa korean. This means, untuk international costumer/users, ada disediakan english instruction untuk korang baca dan ikut. And bila korang nampak dalam instruction, hanya biarkan 5-10 minit lepastu cuci. SEBAB clay mask akan buat kulit kering kalau dibiarkan lama. So, kalau nak paling lama pun just 15minit and then bilas. Macam i, i akan tunggu paling lama 15minit dan still tak rasa kulit kering so yeah. Dan maybe juga tak sama depends on your skin condition. 10minit pun dah mencukupi. Jangan biarkan terlalu lama :) Untuk mask lain, i bet takde masalah kalau biarkan lama sikit but not clay mask okay!

And jangan pakai hari-hari untuk mengelakkan kulit korang kering. 1-2 times sahaja. And kalau muka korang yang extremely oily macam i, boleh la pakai 2-3 times a week ya.


Selain dari packaging dia yang sangat sangat comel. Memang dah tertulis ini ialah SOFT CLAY MASK and yessss memang sangat sangat SOFT. Bila apply kat muka, for example i suka apply kat seluruh muka dan focus more on cheek and nose, bila dah kering, dia tak buat skin/muka i ketat macam mask yang lain. Bila dah kering tu, kita nak bercakap pun susah kan? But this mask langsung tak buat macamtu. Rasa ringan dan comfortable bila pakai.


 Bila dah pakai dan dah bilas. Memang rasa kulit sangat smooth dan bersih. But it deosn't brighten my skin and tak berapa nak control my sebum. Idk maybe muka i terlalu berminyak or what. But yeah, it does not doing it job on controlling sebum as what it claims. Sedih. Tapi untuk membersih dan melembut. Yes it is! And so EASY TO WASH, tak macam mask yang lain.


Conclusion, it is a good mask but failed to control my sebum but did it excellent job on cleansing my pore. I tak rasa menyesal purchase this mask because for some reason, i like it. And i suka mencuba. So, yeah as long as its not irritate my skin, i still boleh habiskan guna before i try my innisfree jeju volcanic mask lepasni. Ahh super excited!

PROS :
  • Scent is so good
  • Easy to use
  • Easy to wash
  • Makes my skin/pores smooth & clean
  • SOFT 
  • Doesn't cause any irritate/brakout
CONS :
  • Didn't control sebum
  • Doesn't brighten my skin after use
 Rating : 3/5 bintang!

VIRAL : GADIS INI MENETAP 9 BULAN DI NEW ZEALAND, BERKONGSI 12 TIPS UNTUK MOHON 'WORKING HOLIDAY VISA'.

Hello dan Assalamualaikum..

Hati rasa tertarik nak kongsi pengalaman one of my fb friend, yang sekarang ceritanya dah trending kan? To be honest, i simpan niat untuk travel lebih dari 3 bulan kat satu tempat. Which means, i tinggal, kerja semua kat situ. Tapi tak tinggal selamanya. and my friend, Jay, dah buat. So why not kan. Insyaallah, satu hari nanti. 

So, jom kita baca tips dari Salmi.


Long-term travel is not a vacation, it’s a full-time job. After many months away from home, after 2 mini-earthquakes, hundreds of perfect rainbows, thousands of mountains and seas, millions of cows and sheep, trillions of amazing and mesmerizing sceneries and uncountable random roadtrips; im finally home! 

I’ve learned a lot about people, about the world, about life. But what I like the most, this journey has taught me to become a better person and bring me closer to Allah. Syukur Alhamdulillah for the opportunity.

For those yg pm/dm/msg/whatsapp/email/tulis surat/hantar pigeon tanya pasal ‘how did I go travel and work in NZ?’ nindiaa jawapan dia. (sorry kalau takdan reply satu2, I’d try my best utk reply k)

-Ramai yg tanya ‘you pakai agent ka?’ or ‘you agent ka?’ the answer is ‘NO, Tidak, nehi kabi nehi’. Ni mmg p sendirian berhad dari awai sampaila dh selamat balik Malaysia.

-Maybe ramai yg dh taw, so utk yg taktaw lagi I apply Working Holiday Visa (WHV). Visa ni utk encourage young people (umoq 18-30 saja) utk travel ke NZ. At the same time boleh kerja utk support traveling cost. Maklumla segala mak nenek kt NZ ni mahai.

-WHV valid 6months ja for Malaysian but you can extend another 3months dgn syarat dh buat seasonal work for 3months. So total 9months max boleh stay kt NZ. (masa nk apply visa extension dia akan mintak 12 payslips so every week dpt gaji simpan k payslip tu kumpoi sampai 12)

-Visa ni boleh apply in January (date tak fix kena selalu check website) every year. Each year 1150 seats ja available. So seats are limited sapa cepat dia dapat. Visa ni apply online saja, dekat website NZ immigration. Fee dia $165. Ada syarat2 lain lagi boleh baca sendiri dkt website,
http://www.immigration.govt.nz/…/malaysiaworkingholidaysche…

-For 2016/2017 the quota will open on 20 January 2016 at 10am NZ time (pukul 5pagi waktu Malaysia). So stay up la atau bgn awai utk apply.

-Awai2 lagi dh boleh register siap2 ID and password dkt website tu. Remember your ID and password sbb bila nk start apply kena login dulu. Buatla research byk2 before nk apply, fahamkan betoi2.

-4.30am dh boleh standby siap2 dpn pc, laptop, tab, ipad, mobile sbb page ni akan hang/error/unable to click due to high big traffic of the website. Guna semua gadget, who knows mobile page may load faster kan? Masa 2014 visas are out of grab within 30minutes!!!

-Make sure you prepare all the details, personal details, credit card (utk bayaq application), passport details type jgn ada salah nanti kena reject. Kena byk bersabar, byk refresh, tgn kena laju sbb mcm2 nk kena isi (byk page), jgn giveup. Taw! (I dulu refresh 2hours k, kesabaran menggunung bak Misty Mountains)

-Jangan buat keja halfway lepastu giveup. Jgn jd rabbit yg masuk race rehat tgh jln, jadilah seperti kura2. Sbb kdg2 if some of the 1150 applications are rejected they will release a news for replacements, browse website regularly k.

-Lepas dh buat payment $165 tu and dah jumpa word ‘congratulations’ maknanya dh berjaya la tu. Dh boleh rileks mkn koci sambil tggu email electronic visa from NZ immi. Yg tak berjaya takyah dok p teriak kt bantal, boleh try lagi January nextyear.

-Good news for you people now Air Asia dh bukak route KL-Auckland (all-in fares) from rm499!!! So tggu apa lagi, now everyone can fly.

-Don’t be afraid! Kalau hobbit petite berat less than 40kg ni pun boleh survive kt sana, you all pun for sure boleh. Serious you are more capable than you realize. You will never know how true that is until you’ve been thrown far out of your comfort zone. It is all depends on luck to grab the seats so I wish you GOODLUCK and enjoy New Zealand!!!

Credit :  Salmi Shafie

Wednesday 20 January 2016

D.I.Y : COFFEE SCRUB UNTUK MENGHILANGKAN HITAM BAWAH MATA.


 Hello dan Assalamualaikum..

So this is my 1st DIY segmen and im very excited muehehe. So, for the first segmen, i akan tunjuk cara buat coffee scrub untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata atau yang biasa korang dengar, dark circle. Kalau nak tahu, i ada dark circle yang sangat sangat sangat serius! Dark circle dan panda eyes sekali memang ada sekali. Before this memang cuba macam-macam and tak merubah apa pun. So, i berbalik kepada NATURAL REMEDY and rasa so far sangat membantu. Sangat membantu bukan maksudnya pakai sekali dua dah hilang ye, cuma dia berkurang sedikit demi sedikit dan juga mata rasa lebih segar. Jangan ingat kopi tak ada gunanya tau, dia ada seribu satu penawar utk kulit dan kesihatan kalau dipraktikkan dengan cara yang betul.

Untuk korang yang tak tahu, kopi ni ada kandungan 'anti-inflammatory' yang membantu untuk mengurangkat redness dan juga melancarkan aliran darah dan mengurangkan radang yang menyebabkan lingkaran bawah mata tu jadi hitam. Sebenarnya, hitam bawah mata tu, atau panda eyes tu, sebenarnya ialah darah ye kawan-kawan. Peredaran darah tu tak lancar kat bahagian mata, so lama-lama dia terbiar kat situ dan lama-lama jadi warna hitam. Macam darah beku. Ini pun salesgirl kat Etude House bagi tahu haritu dan bila i google memang betul. Ngeheh.


Bahan-bahan yang kita perlukan senang je. Cuma ada 2 bahan. 
  1. Kopi
  2. Madu

By the way, kopi yang i guna ialah kopi dalam uncang ye. So, i perlu cuci dulu, gunting uncang dan keluarkan serbuknya. Dan untuk kopi yang i guna ni serbuknya kasar dan susah sikit nak letak kat bawah mata. Korang boleh guna kopi yang lepas diguna atau yang baru. Terpulang. Tapi sayang pula kan kalau tak guna dulu. tapi kalau korang guna yang memang serbuk, guna je terus.


Seterusnya campurkan madu kedalam serbuk kopi tadi. Letak lah sebati dengan kopi tu. Tengok madu dalam rumah ni pun dah habis. So, i tuangkan dan habiskan je semua. Alang-alang tinggal sikit kan.


Last step, campurkan dengan sebati kopi dan madu tu sampai betul-betul sebati. Bila dah betul-betul sebati semua, boleh lah letak kat bawah mata dan tunggu sampai kering and then boleh bilas. Kalau rajin buat lebih so boleh simpan dalam peti sejuk. So, tak payah buat banyak kali kan. Dan bila dari fridge sejuk-sejuk letak kat bawah mata pun selesa je. 

Tapi jangan biarkan pula sampai tertidur, kene juga bilas, takut nanti semut bermaharajalela lain pula jadinya. Korang boleh pakai setiap hari tak ada masalah dan lebih baik sebelum tidur.Kalau i, i akan pakai sebelum tidur bila i tak pakai masker dan juga kadang-kadang lepas bangun tidur. Sebab tu i suka buat banyak sekaligus penuhkan container comel yang macam kat bawah ni :)


Itu saja untuk DIY pertama. Senang kan? So, siapa yang ada masalah dark circle, boleh cuma cara ni. Senang dan berkesan. Yang penting kandungan semua semula jadi.

Nanti i akan share progress dark circle i bila dah makin berkurang ye. Don't worry. 

Untuk DIY seterusnya, i akan share cara buat coffee scrub juga tapi untuk 'puffy eyes'. Bahan-bahannya lain, tapi jangan risau, senang jugak. Stay Tuned!

Selamat Mencuba!



Tuesday 19 January 2016

INFO : KHASIAT BIJI CHIA UNTUK KESIHATAN.


Hello dan Assalamualaikum..

Kita stop kejap review pasal skincare. And untuk kali ni i nak share pasal kebaikan Chia Seed dalam kesihatan korang. Korang mesti pernah dengan pasal biji chia ataupun pernah nampak kat mana-mana kedai kan? Sebenarnya, biji chia ni adalah salah satu makanan sihat yang SANGAT SENANG untuk korang praktikkan. Actually i baru start amalkan biji chia ni dalam 2 minggu and the result sangat-sangat bagus. And sekarang i dah faham dah no wonder my parents consume biji chia ni.


Ini rupa biji chia ni ye. Dan bila korang campurkan dalam air minum, atau yogurt atau oats, dia akan mengembang dan boleh nampak lah rupa sebenar. Yang ni dia malu-malu lagi nak mengembang. Haha. So, nak tunggu kembang tu sekejap je, letak dalam air lebih kurang satu sudu macam yang i tunjuk dalam gambar tu, tunggu dalam 5 minit macamtu dia akan kembang. Lepastu minum macam biasa. Tak payah dikunyah/digigit pun biji chia tu. Tapi kalau korang nak gigit nak rasa apa sebenarnya rasa dia ni, cuba lah. Memang tak ada rasa apa-apa. Don't worry.


Nutritional Information kat bawah ni wajib korang tengok k. Tengok protein dia sangat tinggi dan juga 0 sugar. Itu yang paling penting.


So, sekarng kita discuss pasal kandungan-kandungan yang ada dalam biji chia ni dan macamana boleh membantu perkembangan kesihatan dan kecantikan kita.

1. KAYA SERAT (FIBER)

  • Kalau korang tambahkan biji chia ke dalam menu harian korang, korang akan rasa cepat kenyang dan dalam mengawal nafsu makan. And kesannya, korang boleh menurunkan berat badan dengan cara yang betul dan sihat. DAN yang paling penting, korang juga akan lebih teratur untuk membuang. Sistem pencernaan akan jadi lancar. Usus besar akan jadi bersih dan apa yang tak diperlukan oleh tubuh dapat disingkirkan. 
2. KAYA OMEGA 3 
  • Korang tahu kan salmon omega 3 nya tinggi. Tapi kandungan dalam biji chia ni lagi tinggi dari salmon. Omega 3 ni berfungsi untuk mempertingkatkan perkembangan otak dan juga membuang kolestrol jahat (LDL). Hasilnya, jantung pun dalam keadaan sihat, no more stress dan mengawal tekanan darah.
3. VITAMIN B
  • Biji chia ni adalah sumber vitamin B yang sangat baik. Korang tahu tak akibat dari kekurangan vitamin B tu boleh menyebabkan terjadinya strok dan pengakit jantung. Kandungan vitamin B3 dalam biji Chia adalah lebih tinggi daripada jagung, soya dan beras.
4. PROTEIN 
  • Merupakan makanan yang berprotein, kandungan proteinnya adalah lebih tinggi daripada biji dan gandum yang lain. Kandungan protein dalam biji Chia adalah 19%-23% berbanding dengan beras yang hanya 7%-16%.
5. AMINO ACID
  • Mengandungi 18 jenis asid amino, selain daripada 8 asid amino yang diperlukan oleh badan manusia, ia mengandungi asid amino yang anti kegemukan dan asid amino pembakaran lemak. Asid amino yang anti kegemukan akan meleraikan lemak dan menghalang penyerapan sebaik sahaja memasuki badan manusia. Manakala, asid amino pembakaran lemak membantu meleraikan lemak terkumpul.
6. BORON
  • Boron merupakan elemen kecil yang boleh membantu penyerapan kalsium, justeru membantu dalam pertumbuhan tulang, mengelak dari osteoporosis dan arthritis. Pada masa yang sama, ia juga boleh menyeimbangkan penghasilan estrogen. Selain itu, biji Chia juga mengandungi kalsium, kuprum, magnesium, kalium, besi, zink dan fosforus yang amat diperlukan oleh badan manusia.
7. ANTI-OKSIDAN
  • Anti-oksidan biji Chia boleh menyekat lemak, protein dan radikal daripada dioksidakan. Anti-oksidannya adalah lebih hebat daripada vitamin C atau vitamin E.

So, itu adalah kandungan-kandungan yang ada dalam biji chia. Rajin-rajin google ye sebab mungkin ada khasiat lain yang tak tersenarai. So, basically biji chia ni i rasa adalah sangat sangat elok utk memperbaiki tubuh badan. Plus i memang dalam proses mengurangkan berat badan. Haha. So yeah, i just consume biji chia and selalu letak dalam oatmeal dan air masak. And memang sistem pencernaan rasa sangat-sangat bagus, perut pun rasa ringan je. Tapi jangan salah faham antara biji chia dan biji selasih ye. TAK SAMA.

I pun kadang-kad buat air sirap dan campurkan biji chia. Tapi ingat, air sirap tu jangan buat manis karang lain pulak yang jadi. Honestly i punya air sirap tak ada rasa macam air sirap. Cuma warna je merah. Sebab kadang-kadang bosan cmpur kat air putih. So, yeah buat sirap cair yang tak ada rasa sirap, cuma baunya saja. Lepastu letak chia dan letak dalam fridge. Kalau rasa-rasa bosan degan air putih, boleh minum ni. TAPI JANGAN SELALU SANGAT. Macam hari ni, i buat sirap chia dan air putih kena juga cukupkan 8liter. So yeah, wish me luck! 



So, untuk yang nak cuba, boleh beli pack kecil dulu untuk cuba. Lepastu baru beli yang besar kalau dah terbiasa. AND please please kalau korang ada tips diet yang sihat, boleh share kat ruangan comment. Sebab i really need your help.

Selamat Mencuba!

Monday 18 January 2016

BEAUTY REVIEW : WATSONS MIXED BERRY EXTRACT FACIAL MASK ( ANTIOXIDANT & MOISTURISING )


Heloo dan Assalamualaikum..

Untuk review kali ni, still jugak facial sheet mask dari watsons. Which is yang ni mask yang ketiga i try selepas aloe vera & camu-camu. Boleh check kat link ye. So, untuk kali ni ialah MIXED BERRY EXTRACT which is contain mixture of precious superfruits including blackberry, blueberry, respberry, king's berry & acai berry. ALL ABOUT BERRY!

Firstly, bila bak keluar pack nya, dapat rasa essence nya yang banyak. So, bila pakai i really love the scent. Seriously sangat-sangat wangi!  Basically, mixed berry ni for antioxidant & moisturising. Em i rasa semua mask dari watsons ada function yang sama iaitu moisturising. But i still i tak guna the essence yang tertingal kat pack sebab dia akan buat my skin rasa sangat sticky means dia tak absorb 100% ke kulit. So, i just guna essence dari topeng tu and massage dekat muka and neck. Feeelll soo nice.

Macam kita tahu, buah-buahan yang terkandung dalam unsur antioxidant ialah salah-satunya vitamin C, and BERRY ni sangat kaya dengan vit C. So, it's good untuk sel badan kita termasuk juga kulit muka.


I'm so sorry sebab the pictures kali ni tak banyak sebab i snap tadi pagi sebab sebelum guna mask ni i tak sempat lagi charge battery camera so yeah.. my bad.. 

Honestly, i suka yang ni daripada 2 'flavour' yang i pernah try sebelum ni. I dont know why but yang ni lagi macam enjoy juga sebab the scent memang scent yang i sangat sangat suka kot & maybe juga i terlalu excited sebab last week i tak dapat nak exfoliate my skin & pakai mask sebab my ear problem dan lepastu demam pulak. Or maybe juga maybe i memang perlukan something yang boleh kuatkan balik my body sebab baru baik dari segala macam sakit kan. Sbb i rasa sangat calm bila pakai. I pakai for 25 minutes sebab tertidur sekejap. Haha.
 

PROS :
  • Affordable
  • scent of berries is sooo good
  • moisturized my skin after use 
 CONS :
  • STICKY  
Rating : 3.4/5 bintang!

Saturday 16 January 2016

KOREAN SKINCARE HAUL ( SEOULSISTAS.NET) #PART1


 Hello dan Assalamualaikum.

I'm so excited because this is my first skincare haul ever! So, for korean skincare, i prefer beli online sebab lebih murah. You will get free gifts and sample jugak. Siapa tak suka free gifts kan? Come on..
Actually this is my first time buat HAUL so yeah agak lost dan excited at the same time. First of all, the box and packing make me fall in love. So pretty and barang kat dalam semua dalam good condition.

Luckily, i dapat less RM15 so i just kena bayar RM97 with free postage kalau ikutkan harganya dalam RM112.


 Basically, i order wonder pore Etude House and Super volcanic pore clay mask Innisfree. The reason why i choose to try kedua-dua ni, sebab banyakkk sangat positive feedback then i decided utk cuba dan tgok macamana perkembangan my pores. Will make a reviews later, sebab i tengah guna wonder pore and so far okay but belum try the clay mask sebab i still got my clay mask from Etude House.
So, habiskan dulu yang tu and baru pakai Innisfree.


TADAAA!


 I'm sooooo happy because i got soo many samples from Etude House and facial mask from Innisfree as new year gifts. I just can't wait to try both of the mask from Innisfree. Sebab Innisfree sangat kaya dengan natural ingredient and as you know, natural ingredient sangat sangat bagus untuk kulit.






 So, untuk korang yang nak beli online, just go to their website to purchase! Sekarang ada sale so hurry up! Highly recommended!


Satu lagi yang best pasal seoulsistas ni ialah dia punya fast reply/respond. And the seller sangat2 membantu dan friendly. Kalau korang taktahu which product yang sesuai untuk skin type korang, just tanya je and dia akan recommend skincare or product yang sesuai untuk skin type dan paling penting dia akan sesuaikan dengan budget korang. Almost all korean cosmetic brand dorang ada jual & kebanyakannya ready stock so takpayah tunggu lama untuk tunggu itme korang. And yess paling best setiap pembelian ada free samples. Maybe makin banyak korang beli, makin banyak lah sample. Taknak ke?  Kalau korang nak tanya anything, just DM Facebook page : Seoul Sistas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...