Friday 22 May 2015

BOOK REVIEW : ANTITHESIS [dubookpress]


ANTITHESIS - BENZ ALI


Antithesis.. buku yang aku rasa ada macam-macam rasa. Ada manis-pahit-masam-kelat-tawar. Semua ada. Aku baca buku ni awal tahun 2015 kalau aku tak silap. Jujurnya, aku tak kenal pun siapa dia Benz Ali. Lepas aku baca buku beliau, baru aku jejak dia kat facebook. Dan aku jumpa. Okay berbalik kepada buku ni. Sudah ditulis kat atas cover buku kalau kau jenis manusia yang cepat tersinggung atau dalam erti kata moden nya kau tak open minded, jangan beli buku ni. JANGAN.

Aku bukan aktivis atau apa. Tapi mungkin dah tertulis aku jenis manusia yang tak kisah apa pun yang aku baca-dengar-lihat, jadi aku tak payah pujuk kepala otak aku supaya terima apa yang penulis cuba sampaikan. Buku ni sangat berani. Lantang. Macam aku cakap tadi, kalau kau jenis yang bukan open minded, kau akan cakap buku ni biadap. Isu yang cuba penulis sampaikan pun ada yang menurut aku betul, ada juga yang buat aku kurang bersetuju. Masing-masing ada pemikiran dan pandangan masing-masing so kau tak boleh lah menidakkan apa yang kau rasa dan menidakkan apa yang si penulis cuba ketengahkan. Semua yang disampaikan memang betul, cuma dari segi pendapat tu tak semua orang sama. Isi-isi dalam buku ni boleh dikatakan 360 darjah melawan arus. Bila aku baca setengah muka surat buku ni, aku berkerut dahi sekejap, dia ni semua benda tak setuju ke? Dia nak apa sebenarnya? Sebut je, politik, agama, isu semasa, ustaz alim ulama, kalimah Allah, semua ada. Aku taktahu tapi isu kalimah Allah ni antara tulisan/pandangan penulis yang aku setuju hampir 100%

Sebenarnya aku suka baca buku macamni. Walaupun tak semua isinya kau setuju, tapi at least, kau akan dapat sesuatu. Kau tahu dan belajar terima dan kenal pandangan orang. Kau akan latih juga diri kau untuk berfikir. Sesuatu yang kau tak akan dapat kat mana-mana selain membaca. Tak kira siapa yang menulis, atau apa yang ditulis. At least, dia berani menulis, berani suarakan pendapat melalui penulisan. Tabik. 

Buka lah minda, berfikirlah. 

Cik Senah bagi 3/5 bintang!

Thursday 21 May 2015

BOOK REVIEW : KACAU [bukufixi]

KACAU - ARIFF ADLY

Buku setebal 327 muka surat ni aku baca beberapa bulan lalu. Aku dah tak ingat. Tapi cerita nya aku tak boleh lupa. Seingat aku, aku habiskan buku ni dalam 3 hari kalau tak silap. Genre buku ni thriller/seram penulisnya Ariff Adly.

Mengisahkan 8 orang kawan dok gatal takde kerja mengada nak main spirit kat bangunan lama shopping complex. Lepas dari sana, bermula sesuatu yang engkorang tak sangka. Mungkin korang boleh kata 'eleh cerita macamni boring dah'. Haha. Cuba engkorang baca dulu then cakap. Aku nasihatkan jangan skip baca, sehelai muka surat korang skip, korang dah tak boleh faham dah cerita. Seram? Aku mengaku lah memang seram. Makin lama makin seram, dalam seram ada juga kelakarnya dan bahasa yang digunakan pun bahasa yang buat orang tak boring. Young and fresh gittew!

Ending? Minta maaf ler, ini bukan cerita seram biasa dan ending yang tengah berlegar dalam kepala otak engkorang tak sama dengan ending buku ni. Haha.

Cik Latipah bagi 4/5 bintang!

Wednesday 20 May 2015

BOOK REVIEW : KOPI LEJEN [lejenpress]

ANTOLOGI CERPEN - KOPI LEJEN

Aku penggemar tegar kopi. Dari aku tingkatan sampai sekarang. Bagi aku aroma kopi tu dah cukup buat aku terbang diawang-awangan haha. Dapat kau bayangkan baca buku sambil minum kopi panas hitam-pekat-likat time hujan. Woahhh aku lah paling bahagia kat muka bumi Tuhan ni. Sebenarnya buku ni aku baca masa tengah final exam. Maaf ler, nafsu membaca aku akan datang tak kenal masa.

Beralih ke review buku, kali ni aku kongsi pasal kopi lejen. Dalam buku ni ada 15 cerpen dari penulis yang berlainan-jalan cerita yang berlainan-watak yang berbeza tapi semuanya ada sangkut paut dengan kopi. Pendapat peribadi aku, cerpen kegemaran aku dalam kopi lejen ialah cerpen pertama 'wanita si pengutip kopi'. Aku tersentuh bila cerita yang penulis cuba sampaikan, apa pun yang terjadi, jangan pernah menyesal atau malu dengan hidup. Jangan pernah malu kalau kita miskin, jangan pernah malu kalau mak kita cuma bekerja sebagai pengutip kopi. Dan aku suka endingnya. Apa-apapun buku ni sangat berbaloi untuk engkorang beli.

Cik Peah bagi 3.5/5 bintang!

Tuesday 19 May 2015

BEAUTY REVIEW : VIETNAM MASK (BLACKHEAD/WHTEHEAD REMOVER)


So, kali ni aku rajin sikit nak buat review produk. Bagi korang yang ada masalah blackhead atau whitehead, boleh lah cuba vietnam mask ni. Thanks to facebook sebab ada sorang amoi dalam satu group aku join ni hampir tiap hari duk promote, mula-mula aku ignore tapi lama-lama aku ternampak housemates aku pun guna. Aku gatal lah tangan calitkan kat hidung dan lekat kertas yang dalam pack tu. And.. disitu lah bermulanya jatuh hati pandang keberapa kali aku pun taktau. 


Produk ni aku boleh cakap memang superb. Dia tarik segala macam kotoran yang melekat kat hidung, pipi, dagu entah mana-mana celah lagi. Tapi, engkorang kene tahan sikit lah masa nak cabut tu susah sikit sebab bila dah melekat susah sikit nak tarik. Jangan sampai kulit mengelupas atau luka. 

Cara pakai, sapu lah mask ni kat hidung/pipi/dagu. Sebaiknya sapu guna cotton bud sebab guna jari kang bakteria lain pulak yang datang. Lepas dah sapu, lekat dengan kertas yang diberi. Tunggu dalam setengah jam ( atau lebih ) lepastu bila dah kering, engkorang tarik dari bawah ke atas dengan perlahan.  Lepastu boleh cuci muka. Tak kisah lah kau lelaki ke perempuan ke. Pakai je, untuk kebersihan muka/diri engkorang. Harga tak lah mahal. kurang dari RM10 saje. Aku beli pun RM7. Mungkin ada lagi yang murah dari ni. Survey lah harga dulu ek. Satu botol ni kau boleh pakai dalam sebulan atau mungkin lebih ikut kekerapan kau pakai lah. Botol ni kiut-miut-kecik saje.

P/S : Sebelum tampal tu, korang boleh stim kejap muka dengan air suam dalam beberapa minit supaya pori-pori terbuka untuk memudahkan blackhead/whitehead korang ditarik.

 Ini lah hasil nya lepas aku pakai mask ni. Aku tak cilok gambar dari google ek. Ini memang aku lah ni punya kotoran blackhead yang nak jugak menyumbat kat kulit aku. Euwwww~


Cik Habibah bagi full setarrrrrr! 5/5

UPDATE : 
CHECK OUT MY VIETNAM MASK REVIEW PART 2 
AND THE EFFECTIVE WAY TO APPLY. 

Monday 18 May 2015

BOOK REVIEW : CATATAN MATLUTHFI [putehpress]

CATATAN MATLUTHFI
Catatan Matluthfi ni sebenarnya aku dah baca masa sebelum final exam haritu lagi. Cuma, masa tu aku belum buat pun blog ni dan memang tak ada masa nak berblog bagai. So, kalau engkorang semua kenal matluthfi, mesti tahu macamana dia ketengahkan satu isu tu dengan slumber, guna vlog je beb. Aku tak tipu kalau tengok video dia, kau akan rasa macam-macam. Lawak ada, sedih pun ada, dan motivasi kau pun mungkin akan naik juga. yelah, sebab video dia graduate buat aku semangat nak habiskan study lulz. So cerita pasal buku ni, dalam ni banyak catatan dia yang buat kau selak sehelai demi sehelai muka surat nak tahu apa benda lah dia dok tulis kat catatan dia ni. Paling penting, setiap catatan yang dia tulis tu ada 'isi' yang buat kau berfikir sejenak-seketika-berjam-berhari-berbulan ( terpulang pada kau lah ).

Untuk engkorang yang tak tahu lagi siapa dia ni? atau macam pernah dengaq nama tapi lupa lah pulak. atau nak cuba tengok video dia ke atau blog dia. Mehh lah aku bagi link. Nama pun informasi dihujung jari kan. Ini BLOG dan ini akaun YOUTUBE. Mungkin dengan kau layan video dia, kau akan faham apa yang dia cuba sampaikan. Jangan risau lah, video atau blog dia tak menyesatkan atau ada unsur-unsur hasutan pun. Dan aku jamin tak membosankan. Eh, zaman-zaman video membosankan-serius sepanjang masa ni dah nak habis lah so jangan ah risau.

Cik Tipah bagi 4.5/5 bintang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...