Monday 21 March 2016

D.I.Y : YOGURT MASK FOR YOUTHFUL GLOW ACNE-FIGHT

Hello dan Assalamualaikum.. Let's begin with our DIY segmen! I selalu super excited bila sampai bab DIY mask, because i love natural remedies so much! Works wonder on my skin. Ngeeeh

Untuk kali ni, i akan fokuskan pada sesiapa yang kulit muka yang kusam, dull dan ada garis-garis halus kat muka. And of course, semua orang boleh pakai. Except kepada yang memang sensitive dengan natural remedies. Kalau korang memang jenis macam i yang memang suka pakai diy mask, Boleh amalakan mask ni. It's super easy & effective!

Basically, i akan gunakan 1-2kali seminggu sebab hari2 lain dalam seminggu tu akan dibahagikan juga untuk pakai clay mask & sheetmask. So, korang boleh bahagikan masa korang mana yang sesuai dan rasa2 tengah rajin.


Bahan-bahan :
  1. Yogurt ( Natural/Greek yogurt )
  2. Raw Honey
  3. Oats ( Any types of oats )


Yang paling penting untuk buat yogurt mask ialah gunakan plain yogurt or natural yogurt or greek yogurt. Plain yogurt tak dicampur dengan apa-apa mcm strawberry ke peach ke. Tu untuk makan boleh. Kalau buat DIY mask ni kita perlukan plain yogurt ya. So, kat sini i beli emmi swiss premium greek yogurt. Tak semestinya brand ni ya, korang boleh dapatkan brand lain kat pasaran. Dutch Lady contohnya.

Sukatannya korang boleh agak sendiri jumlah yang diperlukan. Tak perlu banyak sangat dan tak lah sikit sangat. Ikut keperlukan wajah korang ye.

Okay pertama, campurkan plain yogurt ke dalam mangkuk oats yang kita gunakan tadi. Oats pula, boleh gunakan apa-apa jenis oats. Rolled oats/instant oats etc. Tapi kalau korang gunakan rolled oats, kena rajin sikit hancurkan atau blend. Sebab rolled oats agak kasar. Tapi untuk instant oats boleh terus digunakan.


Kemudian campurkan juga madu asli kedalam campuran oats & yogurt tadi. Pastikan guna madu asli ya supaya khasiat dan keberkesanannya tak lari atau tak hilang.


Lepastu gaulkan je semua bahan tadi sampai lah jadi satu paste. Pastikan tak terlalu cair. Sebab kalau terlalu cari nanti akan menyusahkan korang. Dia akan meleleh sini sana. So, kalau rasa macam terlalu cair, boleh tambahkan sedikit yogurt lagi.


TADAAAAAA! Dah siap!


Lepastu boleh lah pakai dan biarkan dalam 20-30minit dan bilas dengan air biasa. Fyi, mask ni bila dah masa korang nak bilas, dia akan jadi keras so agak susah untuk dibasuh. So, i sarankan gunakan air yg sedikit suam. Supaya senang nak dibilas. DAN tips kedua, bila tengah tanggalkan mask tu, dan yogurt tu dah mencair, korang massage yogurt yg dah cair tu beberapa saat atau 1minit muka korang untuk calm kan otot wajah. So, korang akan kekal fresh dan yang paling penting kulit muka tak 'stress'.



Addition:
  • OATMEAL : GREAT EXFOLIATE! Nourishes skin & removes excess sebum and dirt from deep within skin pores.
  • HONEY : Softens and moisturizes skin, rinch in antioxidants which prevent free radical damage. Reduces fine lines and wrinkles.
  • YOGURT : CLICK HERE!
Itu saja untuk DIY segmen kali ni. So, kalau korang ada request untk DIY segmen or apa-apa saja. Leave your comment below, i akan cuba tolong dan share tips. Thank you.

BEAUTY REVIEW : SUNPLAY SKIN AQUA UV WATERY GEL SPF50+PA++++

Hello dan Assalamualaikum..

Hey i'm backkkkkkkkkkkk! --'

It's been a while. Fuhh, okay i'm sorry sebab dah laaaaama tak update blog. Tbh, i sangat busy dengan benda-benda ang lebih penting. But now, i'm back.

Okay tanpa membuang masa, i akan start blogging dengan review tentang sunscreen. Since sekarang cuaca tengah tak elok. Panas dan kering. So, untuk korang nak ke class or kerja especially yang melibatkan outdoor, kena betul-betul jaga kesihatan kulit korang ye. Selain itu, ada yang lagi penting. Apa? AIR! Kurangkan minum minuman bergas & banyakkan minum plain water.  Minum lah sekurang-kurangnya 3liter air dan minimumkan aktiviti luar. Sebab risiko terkena strok haba adalah sangat tinggi dan boleh membawa maut. Jaga kesihatan ya.

So, let's start with our review.

Kali ni nak buat review tentang sunscreen yang membantu untuk korang especially untuk jenis kulit muka oily dan combination.  Dan juga untuk yg cepat berpeluh, This is the right choice!



I mula gunakan sunscreen agak lambat. Yes! dan before that memang tak pakai protection or everything. So, this is my 1st sunscreen and luckily sangat-sangat sesuai dengan keadaan kulit muka i yang berminyak dan mudah berpeluh.

SUNPLAY SKIN AQUA UV WATERY GEL ni texture dia lightweight dan cepat meresap. Dan bila berpeluh, muka tak akan jadi shiny sebab the sunscreen dah absorb ke dalam kulit kan. Fungsi lain sunscreen yang ni, dia ada whitening effect but tak rasa sangat effectnya kat kulit muka i but i tak ambil kisah sgt pasal 'whitening' sebab i lagi pentingkan protection. So, far so good!


Sunscreen ni juga mengandungi SPF50+PA++++ dan spf50+ sebenarnya dah cukup melindungi kulit kita but ada je yang sampai spf130+ so yeah its up to you nak pilih mana but for me, spf50+ pun dah cukup.

Kandungan nya juga ada solarex 3 yang berfungsi untuk lebih kuat melindungi kulit kita dari sinaran UV dan akan sentiasa buat kulit kita lembap dan tak 'rosak' disebabkan oleh sinaran matahari yang jahat tu. Solarex 3 juga ada 'broad spectrum' iaitu kandungan yang wajib ada untuk sunscreen yang bagus dan betul-betul membantu. Broad spectrum ni yang akan lindungi kulit kita dari UVA & UVB.

Jahat sebab apa? sinaran UV boleh menyebabkan penyakit kulit contohnya KANSER KULIT. Of course, kita tak akan rasa dalam 10-15tahun. Tapi bila dah tua, tenaga pun tak sangat terhad, badan pun lemah, kat situ macam-macam penyakit yang datang.

Apa itu UVA & UVB ?




So, sangat penting untuk korang memilih sunscreen yang ada 'broad spectrum' untuk melindungi kulit korang UVA dan juga UVB! Biasanya kat packaging akan ada tulis. So, kena peka ye?


Texture nya sangat2 light dan putih macam cream biasa but ini lebih watery. Ye bie, dah lama pun watery gel. Hohoh!


A : without sunplay
B : with sunplay


TIPS :
  • Sebaiknya pakai sunscreen 15-30 minit sebelum keluar rumah/melakukan aktiviti.
  • Re-apply sunscreen setiap 2-3 jam untuk mengekalkan 'protection'
  • Sapu keseluruh muka/pergelangan tangan etc dan 'tap tap' untuk pastikan sunscreen meresap ke kulit sepenuhnya.
Thats all for today, will update more DIY MASKER soon. Stay tuned. Byeee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...