Saturday 21 November 2015

TIPS MEMILIH BIDANG/JURUSAN DI UNIVERSITI.


Mungkin entry ni sesuai untuk adik-adik yang nak melanjutkan pelajaran ke Universiti. Pemilihan bidang di Universiti adalah salah satu perkara yang sangat penting sebelum korang proceed untuk ke step seterusnya. Untuk yang lepasan SPM atau STPM dan masih tak tahu atau keliru nak pilih bidang yang sesuai, korang boleh refer tips yang aku sediakan okay?

1. MINAT DAN CITA-CITA

  • Pastikan korang kenal pasti minat korang dalam bidang apa dan cita-cita korang pada masa hadapan. Ini akan memudahkan korang untuk memilih bidang yang berkaitan dengan minat dan cita-cita. Contohnya, kalau korang minat dalam bidang pertanian, so fokus dengan bidang pertanian sahaja. So, dalam bidang pertanian tu, korang boleh pilih sama ada nak pengkhususan dalam perikanan ke, perladangan ke atau lain-lain. So, akan lebih senang untuk korang memilih dan tak keliru dengan bidang-bidang lain.
2. SESUAI DENGAN KEPUTUSAN
  • Ini yang paling penting, walaupun minat korang ke arah lain tapi keputusan korang tak mengizinkan untuk pilih bidang tu, jangan sesekali berkeras juga nak pilih bidang tu. Sebab apa? Tak akan dapat! Percaya pada rezeki. Keputusan upsr dan pmr korang dah boleh tolak tepi dah sebab tak akan diambil kira, Yang penting result SPM. Pilih bidang yang memang memerlukan kelayakan yang setanding dengan keputusan yang korang dapat. Minat boleh dipupuk ye adik-adik. Jangan risau.
3. BUAT RESEARCH
  • Sebelum korang pilih bidang yang korang nak. Tolong tolong tolong buat research pasal bidang tu. Bukan setakat tanya pakcik, maklong, kawan ye. Tapi buat research betul-betul supaya korang tak menyesal dengan pilihan. Paling bagus, korang datang ke 'KARNIVAL JOM MASUK U' atau mana-mana karnival pendidikan dan rajinkan diri tanya diorang yang jaga booth kat situ pasal bidang yang korang nak tu, bukan setakat bidang je, Universiti pun korang boleh buat research dan perbandingan. Biasanya lecturer pun turun padang jaga booth U masing-masing tau, so ambil lah kesempatan untuk bertanya, malu bertanya sesat jalan. Tau tak apa yang lagi best? korang akan dapat goodie bag free dalam dia ada pen, notebook dengan brochure. Hahahaha. Kalau tak dapat pergi, google je, mesti ada. Bila dah buat research betul-betul, korang boleh lah proceed. Utamakan buat research kat Universiti Awam ye adik-adik.
4. JANGAN IKUT KAWAN
  • Biasanya, kalau kawan korang nak bidang tu, korang pun akan ikut. Setia kawan lah kononnya. Padahal korang tak tahu apa-apa pun pasal bidang tu. Jangan sekali-kali okay? Bila dah masuk U, korang akan pilih jalan hidup sendiri untuk masa depan korang. Buat pilihan sendiri berdasarkan minat dan kemampuan masing-masing. Awak belajar kat U bukan berminggu dik, bertahun tau. 
5. PENDAPAT IBU BAPA
  • Pendapat ibu bapa pun memainkan peranan kat sini. Refer lah pada parents ye pasal bidang yang seeloknya korang nak pilih. Ibu bapa ni banyak pengalaman dan pengetahuan pun luas. Dorang tahu mana yang patut dan tak patut korang pilih. Jarang lah mak bapa kata TIDAK kalau anak-anak nak ke Universiti, so jangan takut dan jangan anggap ringan benda-bend macamni. Utamakan ibu-bapa.
6. PEKERJAAN
  • Korang juga kena buat research pasal prospek pekerjaan untuk bidang yang korang nak tu. Bila dah kerja nanti, korang kena buat apa? Sektor mana yang lagi bagus, berapa gaji. semua tu kena ambil kira dek non.
7. IPTA / IPTS
  • Aku nasihatkan pilih IPTA untuk jimat duit. Korang akan dapat banyak benefit kalau study kat IPTA, Silap-silap tak payah pinjam PTPTN sebab yuran pengajian tak sampai pun seribu untuk satu semester. Percaya atau tidak untuk yuran diploma UiTM, satu semester cuma perlu bayar RM480 dan kalau korang student baru (semester 1), kena bayar mahal sikit RM680. Tapi kalau korang nak juga IPTS atau rezeki dah masuk IPTS, it's up to you. Cuma be careful ye sebab sebenarnya ada yang tak mendapat kelulusan dan bila cari kerja nanti, kalau sijil tak ada kelulusan, korang tak boleh diterima kerja. Itu lah pentingnya buat RESEARCH.
8. BUAT PILIHAN BIJAK
  • Kalau korang dapat 2 tawaran sekaligus. Contohnya macam aku dulu, unexpectedly dapat tarawan Politeknik dan lepastu dapat juga tawaran UiTM. Di situlah pentingnya korang untuk membuat keputusan. Bandingkan kedua-dua tawaran dan bidang yang ditawarkan dan cari pro dan contra nya. Bila dah yakin, korang boleh proceed dengan pilihan korang ye. 
So, nasihat aku, buatlah pilihan bijak. Jangan terburu-buru. Nak tentukan masa depan ni tak boleh rushing tau. Sebab sekali kita dah melangkah ke U, kita tak boleh undur balik. Banyak yang menunggu korang bila korang melangkah ke alam Universiti ni. Sebab tu, keyakinan dan kesungguhan tu kena ada. Good luck untuk yang tengah stress nak pilih course/bidang tu. Jangan stress oi, kalau stress korang tak boleh buat keputusan dengan baik. 

Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh comment kat bawah ni ye, saya sedia membantu. Hee. Thank you :)

3 comments:

  1. good info..sesuai untuk student2 yg masih mencari kan..

    any study tips??mind to share with me..g kt post i k?

    ReplyDelete
  2. Hai Alia,
    a'ah sesuai dan harap2 dapat mmbantu lah. Okay nanti i buat entry untuk study tips k. nway, dah follow blog awk.

    ReplyDelete
  3. hai..bagus sharing dik..tk kisah mana kite bljr janji kite kene usaha kuat kuat kan..tkde kejayaan dtg bergolek semua kene usaha kan..hehe..btw ..sis nak share ni..jika ade adik2 minat nk mengikuti diploma pendidikan awal kanak kanak-program ni kerjasam UPSI jgn segan wsp akak 011-16930576..sis juga bole bg advice utk course lain..jus wsp jer la yer ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...