Saturday 21 November 2015

10 TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH DAN EFEKTIF ( Study Tips )

Heloo..

Kalau entry sebelum ni aku share tips nak memilih course yang sesuai kat Universiti. Kali ni nak share study tips. Tak kira lah untuk student sekolah ke atau U, rasanya lebih kepada student U tapi tak kisah lah mana-mana tips kat bawah ni yang rasa-rasa boleh digunakan untuk rujukan, boleh cuba ye. Biasanya kalau dah seharian kat sekolah atau kampus, memang tak larat dah nak buka buku kat rumah atau hostel. Kadang-kadang rasa malas tu berlanjutan lah sampai berhari, berminggu, berbulan. Dan bila rasa nak buka balik buku nak study, kat sana lah tiba-tiba datang macam-macam ragam ( lagi-lagi bila lepas cuti ). So, aku sediakan tips dan cara aku sendiri belajar.

1. PASTIKAN PERALATAN BELAJAR CUKUP.
  • Bagi aku, aku paling tak suka bila stationary tak cukup. Aku akan jadi hilang mood nak belajar terus. Perangai aku ni memang dari sekolah menengah lagi. So, mula-mula aku akan pastikan pen, pencil, pemadam, pembaris, highlighter apa semua memang ada dalam pencil box. Aku memang gunakan pencil box yang besar gedabak so aku boleh muatkan semua benda kat dalam tu. Termasuklah stapler kecil, stick note dan macam-macam. So, kalau perlukan apa-apa, memang dah ada kat dalam pencil box ye kawan-kawan. Tapi, kalau korang pakai pencil box yang kecil pun tak apa, asal stationary korang cukup, dah okay dah tu. 


2. NOTA & MIND-MAP
  • Kalau korang jenis yang suka study last minute, korang kena buat peta minda. Sebab bila korang study last minute dan nak baca buku teks tebal tu memang tak lah kan. Kalau korang baca pun, korang tak akan dapat catch up semua yang tertulis. So, korang perlukan mind map atau nota kecil je untuk baca. Masa yang sesuai untuk buat mind map atau nota ringkas ni setiap kali bila korang dah habis belajar satu tajuk, buat satu mind map/nota. Elakkan bertangguh ye. Bila korang tangguh, makin malas korang nak buat lagi. Lagipun bila korang buat mind map lepas je habis belajar tajuk tu, otak korang still lagi fresh.



  • Korang boleh gunakan pen berwarna supaya korang senang ingat fakta yang penting melalui warna. Aku lebih suka guna pen warna stabilo ni, lagipun tahan lama. Aku guna dari semester 2 sampai sekarang warna dia still terang lagi. Tak apa kalau mind map korang tak cantik, tak colourful, yang penting korang faham dan senang ingat.


  • Penggunaan stick note pun penting untuk korang tulis mana-mana isi penting untuk korang lekatkan kat mana-mana yang sesuai. Contohnya, formula math. Korang boleh tampal kat study board kat dalam bilik. 
3. TUMPUKAN PERHATIAN DI DALAM KELAS
  • Yang paling penting ialah korang kena tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Korang kena dengar betul-betul apa yang cikgu/lecturer sampaikan sebab apa yang dorang cakap tu benda-benda yang kadang-kadang tak tertulis pun dalam buku teks/slide. So, masa ni lah korang kena tumpukan betul-betul apa yang disampaikan dan kalau korang tak faham, sila tanya. Kalau korang malu nak bertanya depan kelas, masa take 5 ke bila-bila, korang boleh je jumpa dia personal. Lagi senang. 
4. STUDY GROUP
  • Study group ni juga berkesan untuk korang mengembangkan lagi idea dan pemahaman korang dalam pelajaran. Kalau ada yang korang tak faham, korang boleh discuss dan cari jawapan ramai-ramai. Lagi mudah untuk korang faham.
5. JAWAB BANYAK LATIHAN & SOALAN-SOALAN LEPAS
  • Percaya lah cakap aku, kalau korang banyak buat past year question, korang akan senang jawab untuk test atau final exam nanti. Sebab soalannya lebih kurang je cuma ayatnya je ditukar. Tapi elakkan spot soalan masa exam nanti, takut tak keluar, korang yang ternganga.
  • Untuk subject mengira, korang kena banyak buat latihan. Satu hari lima soalan pun dah cukup, supaya korang tak lupa dan senang ingat formula. Yelah, masa final exam nanti tak semua formula diberi kan. Ada yang korang kena ingat sendiri. 
6. HEALTHY SNACKS & WATER
  • Korang wajib minum air putih secukupnya tahu tak? Kalau pergi kelas ke library ke, bawa lah botol air. Kena cukup air dalam badan untuk otak korang berfungsi dengan baik. Kalau korang tak boleh berfikir dengan baik, susah lah korang nak study. Dan makanlah biskut atau snacks yang baik untuk kesihatan. Contohnya biskut jacob's atau yang mengandungi oats. 
7. HIGHLIGHTER
  • Guna highlighter untuk tandakan mana-mana yang penting. dan elakkan guna satu warna sahaja supaya korang tak terkeliru nanti. Sekali lagi aku cakap, warna memainkan peranan penting ye.

8. ENVIRONMENT
  • Yang ni tak semua orang boleh terima. Kalau macam aku, course aku memerlukan 80% menghafal dan mengingat dan bila study, aku akan dengar lagu. Kebanyakan kawan-kawan aku akan study kat tempat-tempat senyap untuk menghafal. Kalau aku, boleh belajar dalam keadaan yang ada muzik dan suasana senyap. Ikut mood juga. 
  • Bagi yang tak boleh belajar dalam suasana yang bising dan ada bunyi, korang boleh cari environment yang senyap contohnya library, dalam bilik dan tempat-tempat yang mengikut kesesuaian korang ye.
9. ELAKKAN STRESS & REHAT 
  • Korang tak boleh lah belajar terlalu kuat ye. Korang kena ambil masa untuk berehat dan rehatkan fikiran. Rehat dulu tengok drama ke runningman ke. Keluar kejap main bowling ke. Rehatkan fikiran dan elakkan stress. Kalau stress, apa pun tak dapat.
10. MENGAJAR ORANG LAIN & TAK KEDEKUT ILMU
  • Satu lagi tips berguna, dengan mengajar dan memberi penerangan kepada orang lain, korang makin cepat untuk mengingat dan tak mudah lupa. Rajin-rajin mengajar member korang bila dorang tak faham. Jangan kedekut ilmu, sebab ilmu tu untuk dikongsi. 

6 comments:

  1. Nice tips :) Kita kalau study satu muka surat tu penuh highlight haha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Emy,
      terima kasih :) haha jangan penuhkan, cari yg betul2 penting ye. hehe

      Delete
  2. huhu..nice dear..gud luck in stdy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you nabila. awak pun, good luck ye :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...