Tuesday 24 November 2015

APA YANG PELAJAR UNIVERSITI WAJIB TAHU?

Hello everybody..

Well, aku sebenarnya tengah dalam mood rindu dengan universiti. So sekarang dalam mood nak post entry pasal study. Tapi takpe lah sebab mungkin akan berguna untuk adik-adik yang baru nak menjejaki ke alam Universiti ke Kolej. Sebelum korang jadi part of the university, korang kena tahu apa korang wajib tahu dan korang perlukan sepanjang bergelar pelajar U. Cekidaut!

1. KAD PELAJAR/KAD MATRIX
  • Kad matrix ni korang boleh ibaratkan sebagai nyawa korang ye. Sebab korang kena bawa kemana je korang pergi sepanjang berada dalam kampus. Pergi kelas ke, ada ceramah ke pebenda. Korang kena bawa sampai kad matrix korang tu buruk lunyai. Haha. Tapi aku dulu masa sem 1 je pakai. Start dari sem 2 sampai habis aku tak pakai dah. Dan tak pernah kantoi dengan pak guard dan kena denda. Haha. Tak pakai kat sini bukan macam main letak je kad matrix tu taktahu mana. Tak pakai maksudnya, kad tu letak juga kat dalam bag cumanya tak keluarkan. 
  • Aku tak sure kalau U lain tapi kalau UiTM peraturan dia agak ketat tau so kalau korang kantoi dengan Guard yang korang tak pakai matrix, korang akan kena saman. Bayar RM50. Kau nak RM50 terbang melayang macamtu je? 
2.  BUKU ( buku teks, slides/handouts, buku manual )
  • Okay ini panduan especially untuk adik-adik yang baru nak masuk U. Bila dah start study nanti, korang mesti kena ada material atau bahan rujukan kan. Kat sini aku nasihatkan cari material daripada senior-senior. Biasanya dorang akan jual dengan harga yang lebih murah. Sebab kebanyakan subject untuk semester ni, tak akan ulang lagi untuk sem-sem depan. Kecuali kalau korang kena repeat paper la. Beli dengan senior ni banyak benefit korang akan dapat selain lebih murah dan korang boleh jimat duit, biasanya dorang akan bagi free past year questions. 
  • Honestly, korang akan lebih memerlukan slides/handout daripada buku teks. Sebab buku teks agak susah untuk korang nak hadam sebab tulisan panjang2 lah tak menarik lah macam2. Tapi Slides tu memang penting lah. Biasanya lecturer sendiri akan bagi soft copy untuk korang fotostat dan itu je yang akan korang gunakan. Dan buku manual pula sama penting untuk korang lebih memahami apa yang korang study. Contohnya, kalau dalam slide korang ada point-point je tak ada explaination, korang cari dalam buku manual biasanya ada. TAPI jangan salah buku manual eh, takut-takut isi dalam buku tu tak sama. So, tipsnya sebelum korang nak fotostat ke atau beli buku manual tu, tanya lecturer yang ajar korang subject tu. Kalau dia kata boleh juga, boleh lah proceed. 
  • Kalau lecturer korang nak juga guna buku teks untuk mengajar dan suruh korang beli, korang kena dapatkan juga lah buku teks tu. Lain pengajar, lain gayanya.
3. KELAS MALAM & KELAS HUJUNG MINGGU
  •  Bersedia untuk datang kelas malam dan hujung minggu ye. Benda-benda macamtu biasa untuk pelajar U. Memang rutin. Biasanya kalau yang buat kelas malam ni lecturer part-time dan kelas hujung minggu biasanya untuk replacement class atau kelas tambahan. Biasanya penyakit kelas hujung minggu ni datang bila nak dekat final exam. Haaaa, memang semua berlumba nak buat kelas masa hujung minggu. 
4. KEHADIRAN
  • Korang kena jaga kehadiran korang ke kelas. Kalau diikutkan kalau 3 kali tak datang kelas tanpa notis, korang akan dapat surat amaran pertama. Bila dah dalat 'surat cinta' tu, haaa maksudnya korang dalam pemerhatian fakulti. Dan kalau masih berterusan ( tak datang kelas tanpa sebab ), korang akan di'bar' dari final exam. Maksudnya korang akan disenarai hitamkan dari menduduki final exam. Dalam erti kata lain, kau tak boleh jawab final exam sebab nama kau dah dikeluarkan. 
  • Ada lecturer yang akan bagi amaran kat kau atau yang lagi prihatin, dorang akan tanya 'kenapa awak tak datang kelas minggu lalu? mana surat?' Itu kira dah bagus. Dan ada lecturer yang akan diam je tuptup ko dah dapat surat amaran. Creepy kan? 
5. TEAM-MATE MALAS
  • Untuk assignment, korang akan buat dalam individu dan berkumpulan. Saja lah nak ingatkan, kalau kerja berkumpulan tu, hati-hati kalau ada yang malas dan taknak buat kerja. Dorang akan biar member lain buat dan dia tak ada rasa aa-apa pun. Untuk orang macamtu, takpayah bawa dalam kumpulan. Kalau memang dah dalam kumpulan korang spesies yang macamtu, cuba cakap kat dia elok-elok. Kalau dia tahu malu, dia berubah lah. Kalau tak juga nak menolong, dalam assignment korang nanti kalau dah siap, jangan tulis nama dia. Boom!
6. TIBA-TIBA QUIZ/TEST
  • Haaaaa.. ini memang selalu jadi. Jangan nak buat-buat terkejut kalau tiba-tiba lecturer masuk kelas tak sempat duduk lagi dia dah cakap 'Okay, harini kita ada quiz', 'Class, harini kita buat test.'. Pesan aku, redah je! Hahaha.  
  • At least, malam sebelumnya tu, korang buat revision sikit pasal apa yang korang dah belajar masa class yang sebelumnya. So kalau ada benda-benda mengejut macamni korang tak sakit jantung. 
7.  OGA 
  • Ini yang palinggggg penting. Korang tau OGA tu apa? OGA tu On-Going Assesment. OGA ni akan menyumbang peratus yang besar dalam final exam korang nanti. Aku tak sure U lain, tapi tempat aku OGA menyumbang kepada 40% markah dan 60% lagi untuk Final exam. 
  • Mana datangnya OGA ni? Dari quiz, test, kehadiran dan ada lagi element-element yang lain. Biasanya lecturer akan bagitau berapa % korang dapat dalam OGA ni masa dekat-dekat nak final exam. Scary kan? So, jangan pandang ringan ye.
 Okay itu je setakat ni. Korang boleh tengok study tips kat jugak okay? Kalau ada pertanyaan atau komen atau apa-apa pun. Boleh comment kat bawah ye. Thank you :)

3 comments:

  1. Replies
    1. my pleasure. hehe. stay tune mungkin akak buat part 2 nanti sambungannya.

      Delete
  2. kak kalau lect ckp dia dah report attandance kat fakulti macamana?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...