Friday 20 November 2015

BEAUTY REVIEW : JEJU ALOE VERA 99% FRESH SOOTHING GEL THE FACE SHOP



Kali ni kita cerita pasal product korea pula ye. Ramai dah tahu gel aloe vera ni sangat banyak kegunaannya kan? Banyak juga gel berlainan jenama yang terdapat kat pasaran. Tinggal pilih je. Bagi aku, pilihan yang paling sesuai ialah aloe vera gel keluaran THE FACE SHOP product dari korea. Kalau korang nak tahu, Jeju merupakan satu tempat kat Korea yang kaya dengan tumbuhan semula jadi nya. Dan tak hairan lah banyak product yang berasaskan tumbuhan semula jadi dihsilkan dari jeju island ni. Contohnya macam gel aloe vera ni, mengandungi 99% ekstrak aloe vera dan kalau korang buka penutupnya, bau aloe vera tu memang sangat wangi ye. Sejak awal tahun ni aku start pakai sampai lah sekarang dan tak terfikir nak tukar gel aloe vera brand lain sebab yang ini pun dah bagus sangat-sangat dah. Harga nya dalam RM20++ tapi THE FACE SHOP ni selalu buat sale. Korang boleh dapat dengan harga yang lagi murah. 
Kegunaan :


1. Moisturizer.
-Masa mula-mula aku beli dulu sebab muka aku mengelupas sebab tersalah guna cleanser, teruk juga lah. So, aku cuba beli ni untuk sapu pada kulit muka aku yang mengelupas terutama sekali kat bahagian hidung. Dalam 2 hari dah nampak perubahan ketara. Lepastu, aku mula guna sebagai moisturizer lah, aku gunakan setiap pagi dan sebelum tidur.
2. Merawat Rambut.
-Kalau rambut korang ada masalah kering dan menggerbang. Korang boleh pakai gel aloe vera ni dekat rambut untuk kurangkan kekeringan rambut korang. Bukan tu je, rambut korang akan jadi wangi. Untuk rambut yang tak ada masalah apa-apa pun korang boleh guna juga, no problem. Untuk make sure yang rambut korang sentiasa terjaga kan?
3. Sunburn
-Kalau korang lama sangat berjemur kat tengahari terik atau baru lepas mandi laut ke camping pengakap ke sampai muka merah-merah, korang sapukan je aloe vera gel ni untuk merawat kulit korang tu. 
4. Kulit Melecur
-Kalau kulit korang melecur, cepat-cepat sapukan gel ni kat tempat yang terkena tu supaya tak jadi teruk ye. Sebab housemate aku pernah kena air panas dan aku cuba sapukan gel ni kat tangan dia, alhamdulillah lecuran tu cool down. 
5. Selebihnya korang boleh refer gambar kat atas k.

Pros:

  • Wangi -Tidak melekit  
  • 99% ekstrak aloe vera 
  • Sejuk semasa diguna 
  • Bekas plastik dan tidak mudah pecah 
  • Boleh diguna untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif 
  • Berkesan sebagai pelembab dan mengurangkan sunburn 
  • NO paraben, benzophenone, animal oil, mineral oil, artificial coloring


Cons:

  • Mengambil masa yang lama untuk meresap ke kulit
Cik Senah bagi 4.5/5 bintang!

10 comments:

  1. Hai nak tanya kalau dah gun gel ni dkt muka kan, then kena ke basuh muka lepas guna?

    ReplyDelete
  2. Setuju . Dah pakai lama kat muka . Scar pun hilang sikit sikit ����

    ReplyDelete
  3. Nk tnye,klau pkai gel Ni kt bibir boleh x?

    ReplyDelete
  4. Nk cerahkan warna bibir ataupon nk hilangkn parut ?berkesan x?bhya x?

    ReplyDelete
  5. Assalamualikm Boleh pakai kat kulit kepala utk elak masalah keguguran ramabut tak?

    ReplyDelete
  6. Boleh pakai kat kulit kepala tak?

    ReplyDelete
  7. gel ni sgt2 bagus.. sapu pada jari yg berkedut akibat menggunakan air terlalu lama atau kena pencuci yg pekat.. sapu keseluruh tangan.. kedut sekejap saja akan hilang.. coba la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...