Wednesday 25 November 2015

BAGAIMANA MUZIK MENGUBAH MOOD DAN HIDUP ANDA?

Hello dan Assalamualaikum..

 Korang pernah tak rasa lega bila dengar muzik, tak kira lah cuma instrument atau berlagu. Lagi-lagi bila lepas korang rasa serabut, marah, tertekan. Pernah kan? Adakah itu bermaksud korang 'pencinta muzik'? Kalau ya, kita geng! Korang tahu tak muzik ni berdasarkan penelitian merupakan salah satu cara untuk lepaskan tekanan, menenangkan jiwa, mencerdaskan otak dan banyak lagi. Okay jom kita share macamana muzik tu boleh mengubah mood ataupun hidup kita.Cekidaut!

1. Menenangkan Fikiran.
  • Bila korang rasa tertekan dan rasa macam otak korang dah stuck dan tak boleh berfungsi dengan baik dah. Confirm mood korang pun rasa macam nak sepak terajang orang kan? (aku selalui macamtu eh, jangan bohong kalau korang tak pernah rasa macamtu ). Untuk mengelakkan mood korang tu terjangkit ke orang lain dengan perlakuan korang. Ambil sedikit ruang untuk dengar muzik. Cara aku, aku akan pergi kat tempat yang tak ada orang macam bilik ke, dan dengar lagu kat handphone. Aku akan make sure aku pakai earphone. So, korang boleh cuba, dengar slow muzik ke ataupun piano instrument ataupun yang rancak ikut kehendak korang. Tak ada masalah. 
  • Korang tak perlu sebarang ubat penenang ke anti-stress ke apa-apa jenis ubat semua tu. Kalau boleh elakkan lah.
2.  Merangsang Perkembangan Otak
  • Ini khas untuk ibu mengandung, research membuktikan bahawa kalau si ibu membiasakan mendengar muzik ketika hamil, boleh meningkatkan kecerdasan otak bayinya. Sel-sel otak tu senang berhubung lah kan bak kata iklan TV. Tapi jangan lah pulak nak dengar muzik keras sangat. Muzik klasik atau instrument adalah yang paling sesuai.
3. Fokus
  • Untuk yang mempraktikkan belajar atau buat kerja sambil mendengar muzik, korang boleh kekal fokus dengan mendengar muzik-muzik klasik atau yang bernada perlahan. Tak kisah lah bahasa apa sekalipun. Korang boleh tengok study tips yang lain yang aku sediakan ye. 
4. Membantu Proses Penyembuhan
  • Berdasarkan research dari University Of Kentucky, pesakit yang menjalani pembedahan yang berasa takut dan stress bila disuruh mendengar muzik sebelum ke ruang pembedahan dan  selepas pembedahan akan berasa kurang stress dan cepat sembuh berbanding yang tidak mendengar muzik.
  • Aku pernah terbaca berita di luar negara. Ada seorang lelaki koma apabila ahli keluarganya pasang muzik kegemaran dia tiap hari, dia sikit-sikit menunjukkan reaksi positif. 
5.  Meningkatkankan Semangat
  • Muzik rancak terbukti dapat meningkatkan mood korang. Tak kisah lah korang nak menari ke apa, yang penting mood korang kembali ke sedia kala. Mood korang jadi normal balik.
Muzik cara aku?
  • Tak kira lah mood aku dalam keadaan macamana sekali pun, aku tetap akan dengar muzik. Biarpun cuma satu dua lagu, aku mesti akan dengar lagu-lagu yang aku suka. Aku akan install apps yang terbaik yang sesuai untuk pencinta muzik macam aku tak kisah lah apps untuk mendengar lagu ataupun download. Biasanya aku akan install dari handphone samsung aku, sebab tak leceh dan banyak cikadak macam apple. So, yeahh.. apps yang lain aku dah delete sebab rasa macam tak best. Tinggal yang kat dalam gambar tu je yang aku rasa terbaik.

Apps Muzik Terbaik.
  • Bagi aku apps yang paling seronok dan menarik setakat ni adalah Spotify. Kat spotify ni, dalam mood apa pun korang, dia akan sediakan folder. Contohnya, kalau mood korang sekarang tengah nak dengar lagu country, pergi kat folder nya dan semua semua dalam tu adalah lagu country dari yang lama sampailah yang latest.
  • Apps terbaik yang kedua, ialah Smule, Smule ni seperti yang korang tahu, apps untuk karaoke ye kawan-kawan. So, kalau aku tengah stress ke ataupun bosan, aku biasanya akan buka smule dan cari lagu apa nak karaoke then nyanyi lah ikut suka hati. Korang pun boleh duet dengan orang lain dalam smule ni. Sangat berkesan untuk kurangkan stress dan lupakan semua masalah. Try lah!
  • Ketiga ialah Soundcloud, kat sini aku biasanya akan dengar cover yang dibuat oleh orang-orang biasa. Selain suka dengar muzik akustik, aku juga suka dengar cover. 

566 tracks dalam handphone aku still tak mencukupi --'

Kalau ada tips tambahan dari dorang dan apps muzik yang korang rasa best, boleh share kat ruang comment okay.

1 comment:

  1. I love music too. Tak kira lah dalam mood apa, mesti dengar lagu. Tak kira nak buat apa, mesti cari phone nak dengar lagu. Hee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...