Friday 22 January 2016

KOREAN SKINCARE HAUL ( HARIKA.MY ) #PART 2


Hello dan Assalamualaikum..

Tadaa~ Received my parcel today. So, kali tak lah dari seoul sistar or any website but from one of IG SHOP : Harika.my.

Let's check it out!


Sebab kali ni i tak purchase kat mana-mana website sebab i beli cuma 2 product and less than RM100 so disebabkan fikir-fikir kena tanggung postage lagi, i decided untuk beli kat IGShop saje. Sebab kalau beli item yg sikit, postage pula yang tinggi. So yeah, i buat lah pilihan bijak. Luls. Tapi, kalau korang nak beli dari IGShop, cari yang trusted & jual barangan yang ORIGINAL ye. Sebab banyak gila yang jual fake product sekarang. So, beware.

Basically, i beli Soothing and Moisture Aloe Vera Mist ( Nature Republic ) dan juga No Sebum Mineral Powder ( Innisfree ).

Soothing and Moisture Aloe Vera Mist = RM 28 usual price dapat RM25
No Sebum Mineral Powder = RM28 usual price dapat RM25
Postage Fee = RM10 dapat FREE Postage
Total = RM50


Okay, sebenarnya dah lama nak cuba mineral powder ni sebab bedak ni sangat bagus untuk control oil & sebum. Even my bestfriend pun dah lama pakai ni dan dia recommend untuk i pakai. So, yeah. I guna. Tapi sebenarnya expect this powder saiz besar or mcm saiz bedak biasa, tapi saiznya kecil. Yep, seriously. And the price is quite expensive. Tapi takpe, i akan cuba pakai dulu and buat review bila nanti. Kalau boleh membantu my oil & sebum then i think harganya memang sesuai lah dengan kualiti.


And Aloe vera mist ni, i yang nak beli. Tak dipengaruhi oleh sesiapa pun haha sebab cuaca sekarang yang sangat panas and my skin boleh takan teruk juga dan tumbuh jerawat. So, i decided untuk give it a try. Sebab saiznya cuma 150ml, tak besar dan tak kecil, senang untuk dibawa kemana-mana.And hopefully akan memudahkan & membantu 'menenangkan' keadaan kulit muka i sekarang.


So yeah, this is my free gift. Walaupun i expect dia akan bagi free samples or apa-apa yang berkaitan dengan skincare. Sebab testimoni lain, i tengok dorang dapat samples. But its okay, i still love this souvenir. All the way from Korea okay! I takkan guna, i simpan elok-elok haha.



So yeah, i tak guna even tak muka pun packaging nya lagi. Still dalam plastik lagi sebab i tak pergi mana-mana. Don't worry i akan buat review bila dah bersedia nanti okay. I tak sabar nak guna juga awhhhh~

Till then, Bye guys.

2 comments:

  1. eeeee bestnya i dah lama usha yg bedak tu sebab banyak review cakap bagus boleh control oil tapi tak beli-beli lagi sebab yg tgh pakai skrg ni pun tak habis lagi. haha. tak sabar nak baca ur review!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti i buat review ye. hehe. org kata bedak tu mmg mmbantu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...