Monday 25 January 2016

D.I.Y : MASKER 3 DALAM 1 UNTUK KULIT MUKA BERMINYAK.


Hello dan Assalamualaikum..

I'm back with second DIY. Kali ni nak share cara buat masker untuk korang yang jenis muka berminyak macam saya! Kalau muka berminyak, mesti akan buat kita rasa tak confident dan sebagainya kan? Dan juga muka berminyak ni kalau tak jaga betul-betul, akan tumbuh lah pimples kat mana-mana dan merosakkan muka. Taknak kan macamtu? So, you should take care of your skin sebelum jadi makin teruk.

So, kali ni nak share pasal masker muka yang berfungsi untuk mengawal minyak, mencerah dan juga membersih muka. So, kita panggil masker kita kali ni, MASKER 3 DALAM 1 okay?

Bahan-bahan :
  • Raw Honey ( Madu Asli )
  • Setengah biji Lemon/Limau kapas ( sebaiknya gunakan Lemon )

1. Perahkan Lemon/Limau Kapas dan buang bijinya (kalau pakai limau). Lemon dan Limau ni mengandungi citric acid yg merupakan agen pembersih dan sumber vitamin C. So, dia bukan je membersih, tapi tinggi vit C yang dapat mencerahkan.


2. Kemudian, campurkan satu sudu teh raw honey. Madu pula berfungsi untuk membantu mengurangkan excess oil atau minyak yg berlebihan kat kulit kita. Madu pun berfungsi untuk melembap tanpa menyebabkan kulit kita bertambah oily. And natural antiseptic property of honey is HIGHLY beneficial for acne-prone oily skin. Make sure korang dapatkan raw honey tau. Sebab dah ramai org jual yg tak asli sekarang. Beware guys.



TADAAA~ Dah siap. Bila dah gaulkan sebati honey dan lemon/lime tadi, Boleh lah sapukan kat muka dan biarkan selama 15-30minit. Memang akan rasa sticky. Lepastu bilas lah muka macam biasa. Korang akan dapat kulit yang smooth dan sangat-sangat sihat.

Korang boleh juga buat lebih dan masukkan dalam peti ais. Mana lah tahu malas nak buat banyak kali kan, boleh buat sekali untuk seminggu terus. 


Friendly Reminder : Sapu masker ni SELEPAS korang cuci muka gunakan cleanser. Dan sebelum sapu masker ni disarankan untuk steam muka dulu ye. Supaya pores korang terbuka dan khasiat dari honey & lemon tu dapat betul-betul menyerap kedalam kulit. Bila korang ada pimples yang baru nak tumbuh/tengah tumbuh, mungkin korang akan rasa pedih disebabkan effect lemon tu, so takpayah sapu dulu. Takut muka korang break out atau merah-merah. Tapi bila korang rajin amalkan pakai masker ni, kulit korang akan sangat jarang tumbuh pimples. Sebab kulit bersih, minyak pun berkurang dan makin cerah pula. 

Pakai 2-3 kali seminggu sahaja. Tak perlu pakai hari-hari sebab effect lemon tu agak kuat dan takut merosakkan kulit muka korang. So, Pakai sekali seminggu pun dah cukup ikut keadaan kulit muka korang.

SELAMAT MENCUBA!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...