Tuesday 19 January 2016

INFO : KHASIAT BIJI CHIA UNTUK KESIHATAN.


Hello dan Assalamualaikum..

Kita stop kejap review pasal skincare. And untuk kali ni i nak share pasal kebaikan Chia Seed dalam kesihatan korang. Korang mesti pernah dengan pasal biji chia ataupun pernah nampak kat mana-mana kedai kan? Sebenarnya, biji chia ni adalah salah satu makanan sihat yang SANGAT SENANG untuk korang praktikkan. Actually i baru start amalkan biji chia ni dalam 2 minggu and the result sangat-sangat bagus. And sekarang i dah faham dah no wonder my parents consume biji chia ni.


Ini rupa biji chia ni ye. Dan bila korang campurkan dalam air minum, atau yogurt atau oats, dia akan mengembang dan boleh nampak lah rupa sebenar. Yang ni dia malu-malu lagi nak mengembang. Haha. So, nak tunggu kembang tu sekejap je, letak dalam air lebih kurang satu sudu macam yang i tunjuk dalam gambar tu, tunggu dalam 5 minit macamtu dia akan kembang. Lepastu minum macam biasa. Tak payah dikunyah/digigit pun biji chia tu. Tapi kalau korang nak gigit nak rasa apa sebenarnya rasa dia ni, cuba lah. Memang tak ada rasa apa-apa. Don't worry.


Nutritional Information kat bawah ni wajib korang tengok k. Tengok protein dia sangat tinggi dan juga 0 sugar. Itu yang paling penting.


So, sekarng kita discuss pasal kandungan-kandungan yang ada dalam biji chia ni dan macamana boleh membantu perkembangan kesihatan dan kecantikan kita.

1. KAYA SERAT (FIBER)

  • Kalau korang tambahkan biji chia ke dalam menu harian korang, korang akan rasa cepat kenyang dan dalam mengawal nafsu makan. And kesannya, korang boleh menurunkan berat badan dengan cara yang betul dan sihat. DAN yang paling penting, korang juga akan lebih teratur untuk membuang. Sistem pencernaan akan jadi lancar. Usus besar akan jadi bersih dan apa yang tak diperlukan oleh tubuh dapat disingkirkan. 
2. KAYA OMEGA 3 
  • Korang tahu kan salmon omega 3 nya tinggi. Tapi kandungan dalam biji chia ni lagi tinggi dari salmon. Omega 3 ni berfungsi untuk mempertingkatkan perkembangan otak dan juga membuang kolestrol jahat (LDL). Hasilnya, jantung pun dalam keadaan sihat, no more stress dan mengawal tekanan darah.
3. VITAMIN B
  • Biji chia ni adalah sumber vitamin B yang sangat baik. Korang tahu tak akibat dari kekurangan vitamin B tu boleh menyebabkan terjadinya strok dan pengakit jantung. Kandungan vitamin B3 dalam biji Chia adalah lebih tinggi daripada jagung, soya dan beras.
4. PROTEIN 
  • Merupakan makanan yang berprotein, kandungan proteinnya adalah lebih tinggi daripada biji dan gandum yang lain. Kandungan protein dalam biji Chia adalah 19%-23% berbanding dengan beras yang hanya 7%-16%.
5. AMINO ACID
  • Mengandungi 18 jenis asid amino, selain daripada 8 asid amino yang diperlukan oleh badan manusia, ia mengandungi asid amino yang anti kegemukan dan asid amino pembakaran lemak. Asid amino yang anti kegemukan akan meleraikan lemak dan menghalang penyerapan sebaik sahaja memasuki badan manusia. Manakala, asid amino pembakaran lemak membantu meleraikan lemak terkumpul.
6. BORON
  • Boron merupakan elemen kecil yang boleh membantu penyerapan kalsium, justeru membantu dalam pertumbuhan tulang, mengelak dari osteoporosis dan arthritis. Pada masa yang sama, ia juga boleh menyeimbangkan penghasilan estrogen. Selain itu, biji Chia juga mengandungi kalsium, kuprum, magnesium, kalium, besi, zink dan fosforus yang amat diperlukan oleh badan manusia.
7. ANTI-OKSIDAN
  • Anti-oksidan biji Chia boleh menyekat lemak, protein dan radikal daripada dioksidakan. Anti-oksidannya adalah lebih hebat daripada vitamin C atau vitamin E.

So, itu adalah kandungan-kandungan yang ada dalam biji chia. Rajin-rajin google ye sebab mungkin ada khasiat lain yang tak tersenarai. So, basically biji chia ni i rasa adalah sangat sangat elok utk memperbaiki tubuh badan. Plus i memang dalam proses mengurangkan berat badan. Haha. So yeah, i just consume biji chia and selalu letak dalam oatmeal dan air masak. And memang sistem pencernaan rasa sangat-sangat bagus, perut pun rasa ringan je. Tapi jangan salah faham antara biji chia dan biji selasih ye. TAK SAMA.

I pun kadang-kad buat air sirap dan campurkan biji chia. Tapi ingat, air sirap tu jangan buat manis karang lain pulak yang jadi. Honestly i punya air sirap tak ada rasa macam air sirap. Cuma warna je merah. Sebab kadang-kadang bosan cmpur kat air putih. So, yeah buat sirap cair yang tak ada rasa sirap, cuma baunya saja. Lepastu letak chia dan letak dalam fridge. Kalau rasa-rasa bosan degan air putih, boleh minum ni. TAPI JANGAN SELALU SANGAT. Macam hari ni, i buat sirap chia dan air putih kena juga cukupkan 8liter. So yeah, wish me luck! 



So, untuk yang nak cuba, boleh beli pack kecil dulu untuk cuba. Lepastu baru beli yang besar kalau dah terbiasa. AND please please kalau korang ada tips diet yang sihat, boleh share kat ruangan comment. Sebab i really need your help.

Selamat Mencuba!

4 comments:

  1. Aaaaa ramai dh makan chia seeds ni hm nak gak la hihu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. my mum beli kat cosway, tp kat supermarket maybe ada. sbb yg i tau ada pack kecil juga.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...