Hai semua..
Kali ni entry kita berkenaan review lagi. Haha. Kali ni aku nak share sikit pasal Bio-Essence Miracle Bio Water. Which is the hot item kan sekarang ni. Well, Aku sebenarnya dah beli lama dah, haritu beli sekali dengan cleanser NUTOX sekitar awal-awal bulan lapan macamtu lah. ( Beli pun sebab terpengaruh dengan twitter kbye ). Tapi sebenarnya, i found that this product is good and kinda addictive. Kenapa?
Yeppp! Multi-Purpose
Miracle Bio Water ni boleh digunakan untuk muka, badan, rambut dan untuk baby pun boleh. Kira macam all in one spray water lah. Sesuai untuk dibawa kemana-mana. Contohnya, aku akan make sure benda ni ada dalam beg aku kalau nak pergi ke kelas. Which mean, aku jarang pakai ni kalau kat rumah, kalau pakai pun untuk rambut, sebab kalau rasa-rasa rambut macam kering ke apa, just spray kan Bio Water ni. Sangat bagus! Untuk muka pula, aku akan selalu guna bila aku dekat luar. Contohnya bila aku terpaksa stay kat campus dari pagi sampai ke petang atau malam menghadap assignment yang menggunung, muka pun dah macam zombie, aku akan spray kan ni kat muka. Akan jadi segar balik. Muka pun jadi lembap dan kalau ada rasa penat dan mengantuk tu, boleh jadi fresh kembali. Air nya pun kalau spray tu sejuk ke dan mudah meresap dan lepas guna tu tak ada pun apa-apa kesan negatif macam gatal-gatal ke, pedih atau mengelupas.
- Face such as relieving sensitive skin, controlling oil effectively, lifting skin, refining pores etc
- Body such as soothing and calming damaged skin, moisturizing and refreshes skin under hot sun
- Hair such as moisturizing lustrous hair and relieving dryness & split ends
- Babies such as soothing diaper rashes and ideal skincare for babies
Selain tu, Bio-Essence pun ada product lain juga. Which is got many positive feedback. Korang boleh cuba tengok kat mana-mana yang ada jual ye, (paling senang guardian/watson je) Heee..
Harga untuk 100ml Miracle Bio Water ni dalam RM16++ dan ada juga jual dalam bentuk value pack, murah sikit lah kot. So, itu sahaja dari akak. Selamat mencuba.
Cik Senah bagi 4.3/5 bintang!
ni pakai bila rasa kering je ke?
ReplyDeleteBila2 boleh pakai 😊
Delete