Tuesday 2 February 2016

BEAUTY REVIEW : ETUDE HOUSE WONDER PORE FRESHNER 10 IN 1



Hello dan Assalamualaikum..

Macam I janji tadi, I akan buat review. And insyaallah another entry I akan share D.I.Y kalau sempat ye. Before this I ada buat HAUL untuk this product, boleh click SINI ye. And I pun dah janji I akan buat review bila masanya dah sampai. So, let’s proceed untuk review kali ni.

This is WONDER PORE adalah BEST SELLER untuk Etude House. Basically, Wonder Pore ni ialah Toner yang korang boleh pakai macam toner biasa, dan juga boleh gunakan sebagai mist spray kat muka. But so far, I tak pernah gunakan wonder pore ni sebagai mist. 


This product adalah toner yang diformulakan khas untuk korang yang ada masalah pores. And sesuai untuk yang ada oily type skin & combination type skin. Wonder pore comes with 2 size, 250ml & 500ml.

But i punya ni yang botol besar (500ml) sebab kebetulan the owner of website tempat i beli ni bagi huge discound semena new year, so i just grab the huge bottle la. But masa tu i ambil risk juga, yang i takut, toner ni tak sesuai untuk my skin kan. Walaupun my skin jenis yang boleh terima most of product, so far lah. But ada juga yang menyebabkan i break out setengah mati. Product apa? I akan buat review nanti.

So berbalik kepada review kita, yess, 10 in 1 dengan bermacam-macam fungsi memang akan buat kulit korang sihat especially yang oily type & pores macam i. Huhu



Korang boleh tengok function-function nya kat bawah ye. Actually toner ni tak terlalu control my sebum and oil yg berlebihan especially before this. Before i pakai catephil. Yes, membantu tapi ada dalam berapa percent je. But don't worry, dalam banyak-banyak review i baca, mmg sgt membantu reduced their sebum. Macam i pernah cakap, kulit masing-masing tak sama. But toner ni sangat membersih pore. Deep cleansing tau. Dan juga of course, kurangkan dan ketatkan pores.

Yep, i admit i punya pores sangat-sangat teruk dulu sebab dulu i cuma pakai cleanser tah apa-apa and thats it! Itu je. So my skin jadi kusam, berminyak, dan lama-lama pores jadi membesar. Start from last year, baru i ambil tahu apa itu toner, apa fungsi dia dan yg lain. And lama kelamaan my skin jadi kurang kusamnya. Sebab i rajin jaga and jarang keluar rumah kot sekarang. Haha.


Kat belakang box ni mostly hangul language, but kat bawah tu ada basic instruction dalam english. Jangan risau ye.


And, kena habiskan dalam masa 12 bulan selepas korang start buka dan pakai. Contoh, kalau start pakai Januari, korang kena habiskan bulan Disember tahun tu juga. Jangan ingat barang cosmetic tak ada expired date tau.


I tak faham Etude House ni come sangat. Tengok tu...


Okay. Sebenarnya bila korang beli 500ml, korang akan dapat cotton pad percuma. Cotton pad nya i tak tipu, serius best! Ada dua bahagian, satu untuk macam biasa la, untuk rub kat muka, dan bahagian satu lagi untuk keringkan. And sebab tu lah i tak guna-guna lagi sampai sekarang. Sekarng i pakai cotton pad biasa je. Nanti bila dah nak habis toner ni baru pakai yang tu.


Tengok macamana besar nya botol ni kan. Haha. Ini lah botolnya, i taktahu lah i je ke yang rasa packaging untuk wonder pore ni comel gila atau macamana hehe.


Satu yang i suka, bila bukanya penutup nya, korang cuma kena letak cotton pad dan pump 2 ke 4 kali lepastu boleh rub kat muka. Toner tak tumpah, selamat untuk digunakan. I admit, i suka this method. 



So, ini dalamnya cotton pad, memang cun-cun je penuh satu box ni tersusun. And memng termasuk dalam box tu tau.


Kat belakang box tu semua hangul language, tapi boleh tengok lah melalui gambarnya tu.


Disebabkan botol dia besar, Kalau nak pergi mana-mana, contohnya balik kampung ke travel ke, Tuangkan je ke dalam spray bottle macamni. I ada dua saiz satu yang kecil ni dan satu lagi yang tinggi sikit kalau i pergi mana-mana dalam tempoh masa yang agak lama atau lebih dari seminggu. So, takpayah lah bawak satu botol.


Kesimpulannya, bagi i, toner ni membantu mengurangkan pores i yang jelas nampak bila i belek-belek muka kat cermin haha. Korang boleh tengok video of my favourite products untuk January 2016 kat youtube ye. Dan tak dinafikan control my sebum dan minyak berlebihan tapi tak sepenuhnya. But still! Membantu. And i pakai ni hari-hati sehari 2-3 kali pakai sebelum mandi dan sebelum tidur, dan sekali lagi kalau rasa-rasa rajin nak pakai haha. I tak pakai banyak kali sebab takut my skin jadi kering. Sebab bau lemon kuat, so i takut dia akan keringkan kulit. And sometimes, i skip gunakan ni dan guna NUTOX astrigent toner kalau rasa my skin kering lepas i buat exfoliate.

Fyi, main ingrediant untuk wonder pore ada alcohol which is mungkin akan menyebakan kulit korang sedikit kering selepas apply toner ni. So, amatlah penting untuk korang sapu moisturizer selepas toner ni ye. And maybe untuk kulit kering dan sensitif korang perlu cuba the stater kit dulu, sebab mungkin tak sesuai dengan jenis kulit korang. Dan dalam ingredient ni ada pappermint, lemon, orange dan extract buah-buahan yang lainnya. Which is menjadi ingredient utama untuk ketatkan pores dan kurangkan sebum.

Harga : I suggest korang beli online which the price is wayyyyyy cheaper. I just beli botol besar ni RM50.00. Banyak sangat beza bila i tanya the price masa i pergi Etude House punya store haritu. So, survey dulu, which website yang jual murah. bandingkan harga.

Here the ingredient ( i took the picture from the other blog, sebab i lupa snap. Link ada kat bawah ye ) :

Sources : CLICK

PROS :
  • Deep cleansing my pores
  • Tighten my pores
  • Reduce my pores
  • Friendly uses ( pump )
  • SUPER easy and quick absord into my skin
  • Not Sticky
  • Moisturize my skin
  • Doesn't cause me any breakout
  • Doesn't make my skin so dry ( just a little bit SOMETIMES )
CONS :
  • The smell is kinda weird ( too strong lemon+pappermint scent )
  • Not 100% controlling my sebum & excessive oil

Rating : 4/5 bintang!

5 comments:

  1. comel comel comel packaging dia ^^ produk korea mmg smua mcm tu ~~

    ReplyDelete
  2. Sedang pakai . So far so good.. Sejak pakai produk ni muka kurang berminyak dan pores kurang 😍😍😍

    ReplyDelete
  3. woww..tengah mencari yang sesuai untuk pores juga ni :-)

    ReplyDelete
  4. Agak2 kalau dry skin blh pakai tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...